Friday, December 29, 2017

Fadhilat Zikir Laa IlahaillAllah

FADHILAT LAA ILAAHAILLALLAAH (Tidak ada Ilah selain Allah)

“Iman itu lebih daripada 60 cabang, yang paling tinggi ialah kalimah Laa Ilaahaillallaah dan yang paling rendah ialah membuang duri dari tengah jalan.” (Bukhari & Muslim)

“Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilahaillallaah dengan hati yang ikhlas.” (Bukhari)

Rasulullah bersabda : “Perbaharuilah iman kalian.”
Mereka bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami?”
Baginda menjawab : Perbanyakkanlah mengucapkan “Laa Ilaahaillallaah.” (Ahmad, Thabrani)

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Ibnu Majah).

“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah “Laa Ilaahaillallaah”.” (Ahmad)

“Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” (Thabrani)


“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya, melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahannam. Kalimah itu ialah “Lailahaillallah”.” (Al-Hakim)

- Terbit Yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah, ms 12

Inilah Nasihat2 Ringkas

Dari semasa ke semasa, ada orang2 yg pm atau mesej minta saya selalulah beri kata2 nasihat kepada mereka walaupun sedikit (ringkas).

Sebenarnya gambar2 Tazkirah FB Abu Zulfiqar https://www.facebook.com/Tazkirah-FB-Abu-Zulfiqar-13014938…/ itu himpunan nasihat2 sayalah, kepada qalbu saya sendiri terutamanya dan kepada qalbu2 yang lain umumnya. Ia ringkas dan mudah diulang2.

Semua gambar2 Tazkirah FB Abu Zulfiqar ini saya simpan dalam satu folder khas pada telefon. Setakat ini, ia antara penasihat yang bagus. Saya selalu mengulang2nya pada waktu lapang. Ia selalu membantu saya beringat akan hal2 yang saya sendiri sering terlepas.

Sekiranya dirasakan ada manfaat, ikutilah nasihat2 itu. Mana2 yang drasakan tidak sesuai, ketepikanlah. Kita manfaatkan anugerah teknologi yang Allah kurniakan.

Walaupun saya jauh, tidak dapat dilihat, didengar, disentuh, atau sudah tiada, anda akan berasa seolah2 saya dekat, sentiasa hidup dan masih memberikan nasihat2 buat diri anda.

Friday, December 8, 2017

Sikap Guru dan Atasan Jalan Kerohanian

Apabila kita menjadi guru atau atasan kepada orang2 lain dalam jalan kerohanian, maka sewajarnyalah kita punya sikap meraikan kesukaan orang2 walaupun perkara itu bukanlah minat kita, selagi kesukaan mereka itu tidak bertentangan dengan aturan2 agama.

Hal ini kerana orang2 di bawah kita punya pelbagai kecenderungan. Antaranya :
- ada yang minat bola sepak
- ada yang suka memancing
- ada yang minat aktiviti2 lasak
- ada yang aktif dalam seni beladiri
- ada yang suka nasyid, qasidah
- ada yang minat sains dan teknologi
- ada yang suka sejarah dan kajian2
- ada yang minat mengembara dan meneroka
- ada yang suka berjenaka
- ada yang suka menyendiri
- ada yang suka berpuisi berpuitis
dan pelbagai kecenderungan lagi.

Meraikan orang dicintai oleh Allah dan berpahala. Guru dan atasan tidak boleh mementingkan diri dan kecenderungan dirinya sahaja. Guru dan atasan punya tanggungjawab lebih kerana mereka bukan bertanggungajwab pada satu jiwa sahaja tetapi juga kepada jiwa2 lain di bawah mereka.

Bersama orang tua-tua ada caragaya mereka.
Bersama orang2 muda ada caragaya mereka.
Bersama kanak2 ada caragaya mereka.
Setiap caragaya ini adalah yang bersesuaian mengikut lunas2 agama, tanpa melewati batas.

Tidak sesuai jika ketika bergaul bersama kanak2 kecil, kita masih formal sebagaimana bergaul dengan para profesor.
Tidak sesuai juga jika kita sedang menghadap raja2 lalu kita berkelakuan seolah2 melayan para remaja.

Guru dan atasan yang bagus, mereka sentiasa sedar bahawa kini mereka bukan punya satu jiwa sahaja untuk diurus, tetapi sudah punya banyak jiwa yang berbeza-beza kelakuannya.

Saturday, November 25, 2017

Playlist Rakaman Kitab Ihya Ulumuddin

Alhamdulilah. Syukur. Ribuan terima kasih kepada Pak Chaq yang buatkan playlist keseluruhan rakaman syarahan Kitab Ilmu dan Kitab Aqidah (kedua2nya daripada kitab Ihya' 'Ulumuddin) sebanyak 908 fail di Youtube.https://www.youtube.com/watch?v=KLz2_dJuppo&list=PLg-mUll13vs5oyh-17qp3hpoev43NMm-u 

Kemudian tuan2 bolehlah sambung dengan keseluruhan syarahan Kitab Cinta Allah. Habis yang itu sambung pula ke keseluruhan syarahan Kitab Zuhud. Ada di Youtube.

Selesai semua itu, boleh sambung ke syarahan terkini (sedang berjalan, belum keseluruhan lagi) Kitab Tauhid & Tawakal dan juga Kitab Perkahwinan.

Baru 6 kitab, masih ada 34 kitab yang perlu kita lalui untuk selesaikan keseluruhan kitab Ihya' 'Ulumuddin ini.

Sambil2 itu sesekali bacakanlah Surah Al-Fatihah dan niatkanlah untuk menghadiahkan apa jua manfaatnya (yang hanya Allah sahajalah yang tahu) buat seluruh umat Islam khususnya tuan kitab kita ini Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.

Friday, November 17, 2017

Jalan2 Al-Ghazaliyyah siri ke-4

JALAN2 AL-GHAZALIYYAH siri ke-4.

Khamis 30/11 – Ke Selangor
Jumaat 1/12 – Pertemuan2 sekitar Selangor/KL
Sabtu 2/12 – Sekitar N. Sembilan/Melaka
Ahad 3/12 – Pertemuan2 sekitar Johor
Isnin 4/12 – Sekitar Johor
Selasa 5/12 – Perjalanan pulang.

Insya-Allah.

*Sekiranya tak sempat, pertemuan2 di N. Sembilan dan Melaka sahaya terpaksa skip dahulu. Insya-Allah sahaya akan cuba turun semula sekali lagi ke N/ Sembilan dan Melaka dalam Disember ini juga.
*Sahaya tak jadi ke Singapura. Semoga tuan2 dari Singapura boleh naik ke Johor.

PERSEDIAAN

Untuk sejahterakan urusan, tuan2 yang mahu bertemu bolehlah pm sahaya agar dapat sahaya susun perjalanan. Selalunya yang nak berjumpa ini atas SALAH SATU sebab daripada sebab2 berikut sahaja. Jarang sangat ada orang hendak jumpa atas sebab2 lain.
1.       Nak sedut fail2 rakaman kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.
2.       Hendak tahu atau hendak ambil Tariqat Gazaliyyah.
3.       Yang sudah tahu sebelum ini tetapi baru hendak berijazah & berbai’ah.
4.       Yang mahukan khidmat perubatan Islam.
5.       Yang nak sembang2 & kenal2.
6.       Jumpa kawan lama.

Jadi :

1.       Kepada yang mahu sedut semua siri rakaman kitab Ihya’ ‘Ulumuddin (siri 1 hingga siri 234 kali kuliah), sediakan external hard disk. Saiz semua dalam 85GB. Masa lebih kurang 45 minit (agak2 je ni). Tiada sebarang bayaran.

2.       Kepada yang mahu mendengar penjelasan tentang Tariqat Ghazaliyyah (sama ada mahu berTariqat Ghazaliyyah atau sekadar hendak tahu), sediakan masa 1 setengah ke 2 jam. Tiada sebarang bayaran.

3.       Kepada yang sudah tahu tentang Tariqat Ghazaliyyah sebelum ini tetapi baru sekarang mahu berijazah & berbai’ah, 1 minit pun sudah cukup. Tiada sebarang bayaran.

4.       Kepada yang mahukan khidmat perubatan Islam, mohon maaf banyak2 kerana sahaya sudah berhenti beramal sebagai perawat sejak 2012. Entah mengapa sampai sekarang masih ada yang pm/mesej/call dsb nak berjumpa. Yang ini pun waktu sahaya aktif dulu, tiada sebarang bayaran juga.

5.       Kepada yang sekadar hendak berjumpa sembang2 dan kenal2, asal sahaya ada ruang kosong, insya-Allah boleh kita minum2. 

6.       Kepada kawan2 lama yang nak berjumpa, insya-Allah kita sama2 atur pertemuan. 

Dan yang akhirnya, walaupun tuan2 ada pm kepada sahaya untuk berjumpa, sahaya tidak berjanji untuk pasti berjumpa. Sekiranya kebetulan pada masa yang ditentukan itu sahaya berada pada tempat, laluan dan waktu yang kena, dapatlah kita jumpa. Kita rancang mungkin nak bertemu beberapa orang, tetapi yang dapat mungkin sedikit sahaja. Wallahua’lam

SIRI-SIRI PERJALANAN

Siri 1 - Kuala Lumpur (selesai sudah)
Siri 2 – Hulu Selangor, Temerloh, Jerantut (selesai sudah)
Siri 3 – Kedah, Perlis (selesai sudah)
Siri 4 – Selangor, KL, N. Sembilan, Melaka, Johor (dalam proses)
Siri 5 – Hulu Selangor, Raub, Jerantut (akan datang)
Siri 6 - (mungkin N. Sembilan, Melaka, Segamat)
Siri 7 - ???

Doa-doakan. Moga2 sejahtera.

Abu Zulfiqar Al-Amsyari

Jumaat 17 November 2017

Wednesday, November 1, 2017

Pelajaran Tarekat Ghazaliyyah 1


Assalamualaikum wbt.
Ikhwan sekalian,

Cinta Allah merupakan tujuan paling jauh daripada maqam-maqam yang mahu kita capai dan darjat yang tertinggi daripada darjat-darjat. Begitulah kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin.

Cinta Allah ini ada buah-buah atau hasil-hasilnya. Buah-buah atau hasil yang terbit daripada maqam cinta Allah ini adalah seperti buah rindu, jinak hati, redha dan yang seumpama dengannya.

Apakah bukti-bukti yang menunjukkan wujudnya cinta Allah? Bukankah sebahagian umat manusia mengatakan bahawa cinta Allah tidak wujud kerana yang ada hanyalah cinta sesama makhluk sahaja? Antara buktinya :

Firman Allah SWT : “Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya.” (Al-Maidah : 54)

Firman-Nya : “Orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah.” (Al-Baqarah : 165)


Saudara-saudaraku,

Sesungguhnya mencintai Allah dan Rasul-Nya itu wajib. Bukan sekadar wajib, bahkan kita wajib mencintai Allah dan Rasul-Nya LEBIH daripada yang lain-lain. Apakah sandarannya?

Sabda kekasih kita Nabi saw : “Tidak beriman seseorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada yang lain-lain.” (Bukhari, Muslim)

Baginda saw juga ada bersabda : “Tidak beriman seseorang hamba sebelum aku (Rasulullah saw) lebih dicintainya berbanding isterinya, hartanya dan manusia seluruhnya.” (Bukhari, Muslim)

Sudahkah selama hari ini kita mencintai Allah dan Rasul-Nya?
Sudahkah kita mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain-lain?
Ataupun ada lagi yang lain-lain yang lebih kita cintai berbanding Allah dan Rasul-Nya?

Jika ada, bagi kita ahli-ahli tasawuf khususnya dan umat makhluk berakal (manusia dan jin) seluruhnya, hal sedemikian sangatlah berbahaya kerana Allah SWT telah pun berfirman : “Katakanlah : Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, kekayaan yang diperoleh oleh kamu, perniagaan yang dikhuatiri rugi oleh kamu, dan tempat kediaman yang disukai oleh kamu; kalau semua itu lebih dicintai oleh kamu melebihi (cinta kamu kepada) Allah dan Rasul-Nya dan (melebihi) daripada berjuang pada jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik.” (At-Taubah : 24)

Ingatlah baik-baik! Sesungguhnya kita wajib mencintai Allah, Rasulullah dan kerja-kerja perjuangan pada jalan Allah lebih daripada yang lain-lain. Adakah kita terlibat dalam kerja-kerja pada jalan Allah dan mencintainya?

Semoga kita semua terselamat daripada tergolong ke dalam golongan orang-orang fasiq.


Saudara,

Apakah untungnya kita mencintai Allah dan Rasul-Nya?

Suatu hari seorang Arab desa datang kepada Nabi saw dan bertanya : “Wahai Rasulullah, bilakah Qiamat?”
Nabi saw menjawab : “Apa yang sudah engkau sediakan untuk (menghadapi) Qiamat itu?”
Arab desa itu menjawab : “Tidaklah aku sediakan untuk (menghadapi) Qiamat itu dengan membanyakkan solat dan puasa, cuma aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.”
Lalu Rasulullah saw bersabda : “Manusia itu (akan) bersama-sama orang yang dicintainya.” (Bukhari, Muslim)

Alangkah besarnya fadhilat (kelebihan) mencintai Allah dan Rasul-Nya!

Menurut Anas, sebagaimana yang dipetik oleh pendahulu kita iaitu Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin pada Kitab Cinta Allah : “Aku tidak melihat kaum muslimin yang (paling) bergembira kerana sesuatu sesudah Islam sebagaimana gembiranya mereka terhadap hadis ini.”


Tuan-tuan yang dimuliakan,

Umumnya :
-          Apabila kita selalu teringat-ingat akan sesuatu dalam keadaan kita suka akannya, itu bererti cinta.
-          Apabila kita selalu teringat-ingat akan sesuatu dalam keadaan kita tidak suka akannya, itu bererti benci.

Oleh itu, orang yang benar-benar cinta akan Allah dan Rasul-Nya, sudah pasti dia akan selalu teringat-ingat akan Allah dan Rasul dalam keadaan suka. Begitu juga dengan orang yang mencintai perjuangan pada jalan Allah. Mereka tentunya selalu teringat-ingat akan kerja-kerja perjuangan pada jalan Allah dalam keadaan suka.

Marilah kita berazam dan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi yang lain-lain. Juga untuk menjadi seorang yang sangat mencintai perjuangan, kerja-kerja dan pengorbanan pada jalan agama yakni jalan Allah.

Semoga dimudahkan Allah.

Abu Zulfiqar
1 November 2017

Monday, October 30, 2017

Kenangan Umrah - Ziarah Madinah (video)

Dakwah ke Utara Tanah Air



Insya-Allah program dakwah seterusnya, kali ini sahaya akan bermusafir ke utara tanah air (Kedah – Perlis) pada 4-5 Oktober 2017 (Jumaat-Sabtu). Untuk sejahterakan urusan, tuan2 yang mahu bertemu bolehlah pm sahaya agar dapat sahaya susun perjalanan. Selalunya yang nak berjumpa ini atas SALAH SATU sebab daripada sebab2 berikut sahaja. Jarang sangat ada orang hendak jumpa atas sebab2 lain.
1.       Nak sedut fail2 rakaman kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.
2.       Hendak tahu atau hendak ambil Tariqat Gazaliyyah.
3.       Yang sudah tahu sebelum ini tetapi baru hendak berijazah & berbai’ah.
4.       Yang mahukan khidmat perubatan Islam.
5.       Yang nak sembang2 & kenal2.
6.       Jumpa kawan lama.

Jadi :

1.       Kepada yang mahu sedut semua siri rakaman kitab Ihya’ ‘Ulumuddin (siri 1 hingga siri 234 kali kuliah), sediakan external hard disk. Saiz semua dalam 85GB. Masa lebih kurang 45 minit (agak2 je ni). Tiada sebarang bayaran.

2.       Kepada yang mahu mendengar penjelasan tentang Tariqat Ghazaliyyah (sama ada mahu berTariqat Ghazaliyyah atau sekadar hendak tahu), sediakan masa 1 setengah ke 2 jam. Tiada sebarang bayaran.
3.       Kepada yang sudah tahu tentang Tariqat Ghazaliyyah sebelum ini tetapi baru sekarang mahu berijazah & berbai’ah, 1 minit pun sudah cukup. Tiada sebarang bayaran.

4.       Kepada yang mahukan khidmat perubatan Islam, mohon maaf banyak2 kerana sahaya sudah berhenti beramal sebagai perawat sejak 2012. Entah mengapa sampai sekarang masih ada yang pm/mesej/call dsb nak berjumpa. Yang ini pun waktu sahaya aktif dulu, tiada sebarang bayaran juga.

5.       Kepada yang sekadar hendak berjumpa sembang2 dan kenal2, asal sahaya ada ruang kosong, insya-Allah boleh kita minum2. 

6.       Kepada kawan2 lama yang nak berjumpa, insya-Allah kita sama2 atur pertemuan. 

Dan yang akhirnya, walaupun tuan2 ada pm kepada sahaya untuk berjumpa, sahaya tidak berjanji untuk pasti berjumpa. Sekiranya kebetulan pada masa yang ditentukan itu sahaya berada pada tempat, laluan dan waktu yang kena, dapatlah kita jumpa. Kita rancang mungkin nak bertemu beberapa orang, tetapi yang dapat mungkin 2-3 orang sahaja. Wallahua’lam

Sahaya nak kena susun perjalanan ini hasil pengalaman bermusafir ke KL dan kemudiannya sekali lagi ke Pahang tempoh hari. Rancangnya untuk bertemu dengan beberapa orang tetapi masa, laluan dan lokasi semasa dlaam perjalanan itu tidak mengizinkan. Insya-Allah dengan cara begini, akan boleh jumpa lebih orang.

Abu Zulfiqar 
30 Oktober 2017







Saturday, October 28, 2017

Ziarah Ikhwan Ghazaliyyah Filipina ke Pahang

Menerima kunjungan ikhwan Tarekat Ghazaliyyah - Tuan Abu Azri dari Filipina.

Beriadah ke Gua Kota Gelanggi

Ada banyak beberapa gua yang cantik di kawasan ini.
 
 Menguji stamina.

Beraktiviti sambil hati mengingati Allah.

 Kenangan indah di Lata Meraung untuk dibawa pulang ke bumi Filipina.

Tak dapat dinafikan, dalam program2, ikhwan Ghazaliyyah Pahang memang bersifat sangat meraikan. Ini yang kita sangat2 segan dengan mereka ni. 

Wajah2 yang selalu ada dalam rabitah.

Makan tanpa putus zikir di hati :)

*Semua gambar di atas adalah ehsan daripada Tuan Firdaus, Tuan Syed, Tuan Haizam dan Tuan Abu Azri

KOLEKSI BLOG INI 2011 2012 2013

DISEMBER 2013
NOVEMBER 2013
OKTOBER 2013
SEPTEMBER 2013
OGOS 2013
JULAI 2013
JUN 2013
MEI 2013 APRIL 2013
MAC 2013
FEBRUARI 2013
JANUARI 2013
DISEMBER 2012
NOVEMBER 2012
OKTOBER 2012
SEPTEMBER 2012
OGOS 2012
JULAI 2012
JUN 2012
MEI 2012
APRIL 2012
MAC 2012
FEBRUARI 2012
JANUARI 2012
DISEMBER 2011
NOVEMBER 2011
OKTOBER 2011
SEPTEMBER 2011
OGOS 2011
JULAI 2011
JUN 2011
MEI 2011
APRIL 2011
MAC 2011
FEBRUARI 2011
JANUARI 2011