Tuesday, August 16, 2011

SJ - Puasa Tapi Tidak Tutup Aurat

SOALAN :

Saya nak tanya apa hukum perempuan yang puasa tapi tak tutup aurat?

Sahkah puasa dia?

Atau pahala dia saja yang kurang?

JAWAPAN :

Puasanya sah, tapi kualiti puasanya hanya setakat puasa umum, tidak mencapai puasa khusus, apatah lagi untuk mencapai puasa khusus dari yang khusus. Puasa umum ini puasa peringkat paling bawah daripada 3 tahap puasa sebagaimana yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali dalam Ihya' 'Ulumiddin. Dikatakan puasa umum kerana si wanita hanya menjaga daripada tidak makan, minum dan berjimak, tapi tubuh badannya masih melakukan perbuatan berdosa.

Maka puasanya sah, tapi perbuatannya tidak menutup aurat dengan sempurna dikira mendapat dosa.

SOALAN :

Sama maacm orang yang tidak menjaga mata,telinga dan mulut ketika berpuasalah ye?

JAWAPAN :

Ya. Jika dia berjaya menjaga semua indera dan tubuh badannya daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa, ketika itu puasanya meningkat ke tahap kedua iaitu puasa khusus.

SOALAN :

Ohh...ok, faham.

Abu Zulfiqar

Ogos 2011

2 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum w.b.t

saudara blog,
boleh kah meletakkan ubat pada hidung, mata atau telinga yang sakit ketika berpuasa? batal ke puasa tu? atau kurang pahala?

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Wlksm.
1. Boleh letakkan ubat pada mata, kerana ia bukan rongga terbuka. Tidak batal puasa.
2. Boleh letakkan ubat pada hidung dan telinga, jika diyakini ubat itu sekadar berada di tepi-tepinya sahaja dan tidak masuk ke dalam. Tidak batal puasa.
3. Sekiranya ubat itu diyakini akan masuk/mengalir jauh ke dalam, tak boleh, kerana hidung dan telinga ialah rongga terbuka. Batal puasa.

Tambahan - Ada satu pandangan yang jadi perbahasan para ulama. Sebahagian ulama membolehkan mengorek telinga ketika berpuasa dengan alasan rongga telinga tidak bersangkutan dengan rongga perut. WaAllahua'lam.