Begitu caranya buat penilaian, ambil keputusan lalu ambil tindakan?
Huh…! Engkau tidak adil! Dia tidak adil! Mereka tidak
adil! Apalah punya keputusan!!!
Bagaimana pula cara kita sendiri membuat penilaian, ambil
keputusan dan ambil tindakan?
Adakah kita seorang yang adil?
Ataupun kita sama sahaja dengan engkau, dia dan mereka
yang di atas tadi?
Dalam kehidupan sehari-hari, kita seumpama seorang hakim.
Katakanlah kita sedang menghakimi dua pihak yang
bertentangan.
Sudahkah kita mendengar dan mengambil kira hujah
kedua-dua belah pihak?
Ataupun kita hanya mendengar dan mengambil kira hujah
satu pihak lalu terus buat penilaian, keputusan dan tindakan? Dan menghukum?
Sudahkah kita mendengar dan mengambil kira kedua-dua
belah pihak secara sama berat, ataupun sekurang-kurangnya hampir sama berat?
Ataupun kita mendengar dan mengambil kira hujah pihak A
selama 10 jam dan pihak B 2 jam lalu terus buat penilaian, keputusan dan
tindakan?
Teliti surat-surat pihak A 3 hari, surat-surat pihak B 3
jam lalu terus buat penilaian, keputusan dan tindakan?
Kita sendiri tidak adil, tapi bising-bising apabila orang
lain kita nampak tidak adil.
Maka marilah kita bersikap adil lagi bijaksana dalam menilai,
membuat pertimbangan, mengambil keputusan, mengambil tindakan dan menghukum.
Akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak segala ketidakadilan kita.
No comments:
Post a Comment