Tuesday, March 26, 2013

Cemerlang Agama vs Cemerlang Keputusan Periksa

Pelajar ambik keputusan peperiksaan, jika berjumpa/terjumpa saya, urutan soalan saya :
1. Macam mana cuti? (biasanya dijawab "ok/bolehlah/biasa-biasa je").
2. Macam mana ilmu-ilmu agama, amal-amal agama, hubungan kita dengan Tuhan....? Ada peningkatan tak?... Ataupun sama je dengan sebelum cuti dulu? (biasanya diorang akan tersenyum-senyum)
3. (Kemudian baru datang soalan....) Macam mana keputusan peperiksaan? (Kalau pelajar yang biasa dapat keputusan bagus... soalannya terus kepada "Berapa A?"

Untuk anak-anak usrah, soalan pertama terus kepada : "Macam mana wajibat (amalan-amalan harian yang sudah ditarbiyyah, yang perlu dilaksanakan setiap hari, yang bertahun-tahun dilatih dalam halaqah-halaqah usrah saya, mereka dah biasa dengan istilah 'wajibat')?" 


Kemudian baru datang soalan : "Macam mana result? (Atau) Berapa A?"

Sengaja urutan soalan disusun sedemikian rupa, supaya mereka mendapat gambaran (jika bukan hari ini pun, suatu hari nanti) mana YANG PENTING, dan mana yang LEBIH PENTING.

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails