Ada orang bekerja, pendapatannya untuk diri sendiri pun
tidak cukup.
Ada orang bekerja, pendapatannya cukup-cukup sahaja untuk
dirinya sendiri.
Ada orang bekerja, pendapatannya lebih, sehingga dia
boleh buat simpanan.
Ada orang bekerja, pendapatannya lebih banyak,
sehinggakan dia dapat berkongsi dengan orang lain melalui sedekahnya, hadiahnya,
zakatnya, kendurinya, qurbannya…….
Jenis yang terakhir inilah yang terbaik.
Samalah halnya dalam menuntut ilmu agama.
Ada orang belajar, untuk dirinya sendiri pun tidak cukup.
Ada orang belajar, cukup-cukup untuk dirinya.
Ada orang belajar, lebih, tetapi belum cukup untuk
dikongsikan dengan orang lain.
Ada orang belajar, lebih banyak, sehingga dia dapat
berkongsi dengan orang lain, iaitu mengajarkannya.
Jenis yang terakhir inilah yang terbaik.
Begitulah kata Imam Al-Ghazali.
Di manakah kita?
Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment