XXXXXX MENULIS :
Assalamualaikum ustaz,
Saya ada terbaca di blog ustaz tentang artikel salafi wahabi..saya ada 1 soalan, apakah pandangan ustaz kalau saya membaca dan mengikuti blog Dr Asri? Dalam masa sama, saya tidaklah menyokong iktikad wahabi beliau (walaupun saya sendiri kurang jelas dan faham secara mendalam apakah iktikad-iktikad wahabi)...saya cuma suka idea-idea yang diutarakan terutama berkenaan isu-isu semasa..mohon bimbingan ustaz.. Jazakallah...
ABU ZULFIQAR MENULIS :
Wlksm Faisal Rowkstar. Boleh saja melayari blog Dr. Asri untuk baca ulasannya tentang isu-isu semasa. Untuk mengetahui tentang ciri-ciri fahaman Salafi Wahhabi, di sini ada sedikit maklumat http://tajdidsebenar.blogspot.com/2008/01/kenali-salafi-wahabi-yang-ditolak-itu.html
XXXXXX MENULIS :
Shukran ustaz.. sebenarnya, saya mula minat kepada Dr Asri selepas beliau tidak lagi menjadi Mufti Perlis... Sejak itu, saya banyak mengikuti artikel dan ceramah beliau,saya sangat tertarik dengan idea-idea beliau berkenaan isu semasa dan saya sangat kagum dengan ketenangannya ketika berbicara.. cuma, sejak akhir-akhir ni, saya agak pelik kerana Dr Asri kerap menampakkan kecenderungannya kepada PAS (untuk pengetahuan, saya adalah penyokong Pas).. kerana itu, saya cuba mencari jawapan benarkah dia wahabi? Dan apa pula ciri dan perangai golongan ini? Setelah saya cuba mendalami serba sedikit perihal salafi wahabi, baru saya dapat kesan sedikit-seidkit pengaruh-pengaruhnya dalam artikel-artikel Dr Asri (setelah saya membaca semula artikel-artikel beliau).. Sekaanrg baru saya faham, sebenarnya memang ada individu yang perlukan tauliah untuk mengajar, terutama apabila seseorang individu tu pernah atau sedang dilanda kontroversi, manakala bagi individu yang tiada isu, mungkin boleh dikecualikan dari tauliah ni.. baru la saya faham kenapa Dr Asri kerap memainkan isu tauliah..
Shukran Ustaz atas link blog Tajdidsegar ni.. banyak manfaat dan pengetahuan yang saya dapat dari blog ni... Banyak lagi artikel-artikel yang menarik yang saya belum sempat baca kat dalam blog tu.. Saya sebenarnya baru kembali untuk berjinak-jinak dengan agama, setelah beberapa tahun "tenggelam" dengan keseronokan dunia. (semoga Allah mengampuni saya).. dalam proses saya untuk mencari ilmu agama, saya sangat berharap agar tidak dikelirukan dengan ajaran-ajaran yang pelik dan menyimpang sebegini.. Selepas ini, saya mungkin hanya akan kagum dengan kepetahan Dr Asri, tapi tidak pada ajaran-ajaran salafi wahabi yang dibawa.. Insyaallah... shukran jazilan..
ABU ZULFIQAR MENULIS :
Ok, tuan.Semoga dimudahkan Allah segala usaha yang baik,dan mendapat keberkatan dari-Nya. Selamat maju jaya.
No comments:
Post a Comment