JALAN2 AL-GHAZALIYYAH siri ke-4.
Khamis 30/11 – Ke Selangor
Jumaat 1/12 – Pertemuan2 sekitar Selangor/KL
Sabtu 2/12 – Sekitar N. Sembilan/Melaka
Ahad 3/12 – Pertemuan2 sekitar Johor
Isnin 4/12 – Sekitar Johor
Selasa 5/12 – Perjalanan pulang.
*Sekiranya tak sempat, pertemuan2 di N. Sembilan dan
Melaka sahaya terpaksa skip dahulu. Insya-Allah sahaya akan cuba turun semula
sekali lagi ke N/ Sembilan dan Melaka dalam Disember ini juga.
*Sahaya tak jadi ke Singapura. Semoga tuan2 dari
Singapura boleh naik ke Johor.
PERSEDIAAN
Untuk sejahterakan urusan, tuan2 yang mahu bertemu
bolehlah pm sahaya agar dapat sahaya susun perjalanan. Selalunya yang nak
berjumpa ini atas SALAH SATU sebab daripada sebab2 berikut sahaja. Jarang
sangat ada orang hendak jumpa atas sebab2 lain.
1. Nak
sedut fail2 rakaman kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.
2. Hendak
tahu atau hendak ambil Tariqat Gazaliyyah.
3. Yang
sudah tahu sebelum ini tetapi baru hendak berijazah & berbai’ah.
4. Yang
mahukan khidmat perubatan Islam.
5. Yang
nak sembang2 & kenal2.
6. Jumpa
kawan lama.
Jadi :
1. Kepada
yang mahu sedut semua siri rakaman kitab Ihya’ ‘Ulumuddin (siri 1 hingga siri
234 kali kuliah), sediakan external hard disk. Saiz semua dalam 85GB. Masa
lebih kurang 45 minit (agak2 je ni). Tiada sebarang bayaran.
2. Kepada
yang mahu mendengar penjelasan tentang Tariqat Ghazaliyyah (sama ada mahu
berTariqat Ghazaliyyah atau sekadar hendak tahu), sediakan masa 1 setengah ke 2
jam. Tiada sebarang bayaran.
3. Kepada
yang sudah tahu tentang Tariqat Ghazaliyyah sebelum ini tetapi baru sekarang
mahu berijazah & berbai’ah, 1 minit pun sudah cukup. Tiada sebarang
bayaran.
4. Kepada
yang mahukan khidmat perubatan Islam, mohon maaf banyak2 kerana sahaya sudah
berhenti beramal sebagai perawat sejak 2012. Entah mengapa sampai sekarang
masih ada yang pm/mesej/call dsb nak berjumpa. Yang ini pun waktu sahaya aktif
dulu, tiada sebarang bayaran juga.
5. Kepada
yang sekadar hendak berjumpa sembang2 dan kenal2, asal sahaya ada ruang kosong,
insya-Allah boleh kita minum2.
6. Kepada
kawan2 lama yang nak berjumpa, insya-Allah kita sama2 atur pertemuan.
Dan yang akhirnya, walaupun tuan2 ada pm kepada
sahaya untuk berjumpa, sahaya tidak berjanji untuk pasti berjumpa. Sekiranya
kebetulan pada masa yang ditentukan itu sahaya berada pada tempat, laluan dan
waktu yang kena, dapatlah kita jumpa. Kita rancang mungkin nak bertemu beberapa
orang, tetapi yang dapat mungkin sedikit sahaja. Wallahua’lam
SIRI-SIRI PERJALANAN
Siri 1 - Kuala Lumpur (selesai sudah)
Siri 2 – Hulu Selangor, Temerloh, Jerantut (selesai sudah)
Siri 3 – Kedah, Perlis (selesai sudah)
Siri 4 – Selangor, KL, N. Sembilan, Melaka, Johor (dalam
proses)
Siri 5 – Hulu Selangor, Raub, Jerantut (akan datang)
Siri 6 - (mungkin N. Sembilan, Melaka, Segamat)
Siri 7 - ???
Doa-doakan. Moga2 sejahtera.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
Jumaat 17 November 2017
No comments:
Post a Comment