Sekiranya kita sudah berusaha gigih
tetapi perkara yang kita usahakan itu tidak berjaya-berjaya juga
itu salah satu fitrah dalam perjuangan.
Ia situasi biasa.
Teruskan berusaha.
Sekiranya kita berusaha dengan tidak bersungguh-sungguh
sekadar melepaskan batuk di tangga
dan perkara yang kita usahakan itu tidak juga berjaya-berjaya,
tiba-tiba kita katakan ...
“Dah usaha dah, tapi belum/tidak berjaya, nak buat macam mana? Bukannya tak usaha langsung.”
Itu alasan orang-orang yang
masih kuat kecintaannya kepada dunia
berasa sahamnya untuk perjuangan agama sudah ok
terlalu mementingkan keselesaan diri sendiri
dan berasa kematian itu masih sangat jauh.
Cintailah Allah dan Rasul-Nya.
Sayangilah agama Islam dan umatnya.
Bersabarlah untuk mengecap nikmat dan keselesaan di akhirat nanti.
Nikmat-nikmat di dunia ini
jika terlepas pun tidak mengapa.
Utamakan Allah dan Rasul-Nya berbanding keselesaan diri.
Entah sebentar nanti Malaikat Maut datang bertamu.
Berusahalah dengan 100%.
Kurang-kurang pun
80-90%.
Abu Zulfiqar
6 Disember 2011
No comments:
Post a Comment