Kata seorang hamba Allah sebagaimana yang dipetik oleh sebuah
media cetak :
“Nabi Muhammad s.a.w sebelum menerima wahyu,
hidup dalam keadaan TIDAK BERAGAMA tetapi menerima hidayah pada usia 40 tahun.”
Jadi, sebelum itu Nabi Muhammad atheis ke? Mulhid? Musyrik? Kafir?
Free thinker? Apa-apa?
Maka selepas orang Islam bising-bising, pihak penerbit media cetak
itu pun membuatlah ralat yang berbunyi :
“Ayat pertama kenyataannya itu sepatutnya
dibaca “Nabi Muhammad SAW sebelum menerima wahyu, MASYARAKATNYA hidup dalam
keadaan TIDAK BERAGAMA.”
Ralat ini lagi pelik! Masyarakat di sekitar Rasulullah ketika itu kan
ramai yang beragama iaitu ada yang beragama haniff (yang mengikut ajaran Nabi Ibrahim), Kristian
(seperti Kristian hari ini), Nasrani (yang mengikut ajaran Nabi Isa), penyembah
berhala, penyembah benda-benda alam semesta (seperti bulan, bintang dan
matahari, animisme dan jika jauh sedikit ada penganut agama Yahudi, Sabi’in dan
Majusi? Kita tak nafikan memang ada yang tidak beragama tapi majoritinya
beragama, dan minoritinya masih ada yang menganut agama hanif, Nasrani dan
Yahudi yang benar. Dari mana sumbernya mengatakan masyarakat Nabi Muhammad
ketika itu TIDAK BERAGAMA?
Abu Zulfiqar
2 Oktober 2012
*Penjelasan yang kita mahu tahu hanya dua :
1. Betulkah dia meyakini yang Nabi Muhammad TIDAK BERAGAMA sehinggalah baginda menerima wahyu?
2. Betulkah dia meyakini bahawa masyarakat di sekitar Nabi Muhammad TIDAK BERAGAMA ketika itu?
Jawapannya mudah, ya atau tidak.
*Penjelasan yang kita mahu tahu hanya dua :
1. Betulkah dia meyakini yang Nabi Muhammad TIDAK BERAGAMA sehinggalah baginda menerima wahyu?
2. Betulkah dia meyakini bahawa masyarakat di sekitar Nabi Muhammad TIDAK BERAGAMA ketika itu?
Jawapannya mudah, ya atau tidak.
1 comment:
:) alhamdulillah, kbanyakan org cuba menutup itu nga bela orang berkata begitu...tak ramai bimbang topik...
Post a Comment