Showing posts with label TAJDID SEGAR. Show all posts
Showing posts with label TAJDID SEGAR. Show all posts

Sunday, December 14, 2025

Tak Payah Belajar Kitab2 Besar?

 

Ada orang kata, tak payah belajar kitab besar2 macam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini. Sejak kita mula2 buat pengajian kitab Ihya’ pada tahun 2011 dulu pun ada pihak2 yang begitu. Kononnya, ramai dah orang jadi wali Allah dengan belajar kitab kecil2 je.

 

Namun kita kena faham lagi sedar bahawa :

i)                    Jika dengan belajar kitab kecil2 sahaja, sudah banyak orang jadi wali Allah. Bayangkan… berapa jauh lebih banyak lagi orang yang belajar kitab2 besar dapat menjadi wali Allah? Mengapa kita sekadar hendak melorongkan umat agar belajar kitab2 kecil sahaja? Mengapa tidak lorongkan kepada KEDUA2NYA mengikut kesesuaian?

 

ii)                  Jika dengan belajar kitab kecil2 sahaja pun, banyak orang sudah jadi wali. Baikla. Kita sedar tidak, sekiranya dikumpulkan dalam sejarah manusia, berapa banyak manusia yang jadi wali Allah tanpa menadah sebarang kitab pun? Sejak zaman nabi2 terdahulu. Sahabat2 nabi dan para tabi’in, umumnya tidak ada belajar apa2 kitab. Jadi, kenapa tidak suruh sahaja manusia agar jangan belajar sebarang kitab? Tak payah menadah apa2 kitablah walaupun kitab kecil. Kenapa masih nak lorongkan manusia menadah kitab kecil?

 

iii)                Jika kita lebih selesa mengajar kitab2 kecil, teruskan, sangat bagus, tetapi jangan sesekali kita melemahkan semangat atau memotong motivasi orang2 yang teringin belajar kitab2 besar. Begitu jugalah sebaliknya. Jika kita selesa mengajar kitab2 besar, jangan sesekali kita melemahkan semangat atau mematikan motivasi orang2 yang teringin belajar kitab kecil2.

 

Kita jangan wujudkan persepsi yang tidak molek. Elakkan daripada tercetusnya prasangka sesama umat, lebih2 lagi dalam kalangan masyarakat awam. Sepatutnya kita beri galakan, mengikut kesesuaian. 

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember

 

 

Isu Menulis Secara Singkatan

 

Dalam hal meringkaskan dan memadatkan maklumat ini, ia ibarat lencana pada baju. Jika disimbolkan atau dilogokan, lencana itu sebesar 3 jari sahaja. Tetapi jika dihuraikan yakni disyarahkan akan pengertian2 yang ada pada lencana itu, ia boleh jadi sebuah buku. Baik lencana sekolah, pasukan keselamatan, pertubuhan2 silat, atau sebagainya.

 

Ada isu oleh segelintir orang yang kata kalau nak tulis “Rasulullah saw” dalam tulisan rumi ni kena tulis penuh. Tulis singkat “saw” tak boleh. Kita pun tanya - tak boleh tu level mana? Haram? Berdosa? Makruh? Mereka pun tak boleh nak jawab.

 

Padahal dalam penulisan2 kita memang biasa pun dan memang kita gunakan pun. Contohnya Allah SWT, Allah AWJ, Al-Quran (AQ), sahabat r.a/r.ha/r.hum, aslkm wbt, insya-Allah (IA), dsb. Sebenarnya boleh sahaja. Kadang2 dalam mesej sesama kami, kami gunakan A (huruf besar) untuk Allah, R untuk Rasulullah, AS WBT untuk assalamu’aikum wbt, IA untuk insya-Allah, dsb.

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember