Wednesday, December 16, 2015

Syarahan Kitab Ihya Ulumuddin Terperinci. Di Mana?

Setelah 5 tahun diizinkan Allah untuk mensyarahkan kitab Ihya' 'Ulumuddin secara agak terperinci, kita baru sampai kitab ke-3 daripada 40 kitab dalam keseluruhan kitab Ihya ini. Ada baki 37 buah kitab lagi. Saya jangkakan kesemua 40 kitab itu akan dapat diselesaikan dalam jangkamasa 20 ke 23 tahun jika dipanjangkan umur, insya-Allah.

Sebab itulah syarahan kitab Ihya' 'Ulumuddin secara terperinci hanya kita buat di Surau An-Nur, Sg Nyiur, Trong, Perak kerana kuliahnya seminggu sekali. Di tempat2 lain, terpaksa kita ringkaskan kerana kuliahnya sebulan sekali. Memang tak mampu saya perincikan sebagaimana di Surau An-Nur.

Jika kita mahu perincikan juga, mungkin akan memakan masa lebih kurang 80 tahun, baru dapat khatam keseluruhan kitab Ihya' (guru n murid2 kelas pertama mungkin semua dah arwah pun sebelum sempat tamat kitab). (*Kita cuba bayangkanlah betapa isi kandungan kitab Ihya' ini. Sekiranya Imam Al-Ghazali sendiri yang kupas... tak tahulah).

Oleh itu, sesiapa yg mahukan kupasan terperinci dan berada berhampiran, silalah datang ke Surau An-Nur. Yang jauh atau mengalami kesukaran untuk hadir, teruskan ikuti rakaman2 kuliahnya di Youtube.

Abu Zulfiqar
15 Disember 2015

Jom Download Nota2 Kuliah Kitab Cinta



Alhamdulillah, syukur… Kini tuan-tuan boleh menonton rakaman-rakaman kuliah Kitab Cinta Allah dengan nota di tangan. Semua nota2 kuliah untuk hadirin di Surau An-Nur telah ubahsuai kepada bentuk PDF. Tuan2 boleh download secara mudah lagi percuma di link-link yang disediakan di bawah.

Nota Kuliah Kitab Cinta 1

Nota Kuliah Kitab Cinta 2

Nota Kuliah Kitab Cinta 3

Nota Kuliah Kitab Cinta 4

Nota Kuliah Kitab Cinta 5

Nota Kuliah Kitab Cinta 6

Nota Kuliah Kitab Cinta7

Nota Kuliah Kitab Cinta 8

Nota Kuliah Kitab Cinta 9

Nota Kuliah Kitab Cinta 10

Nota Kuliah Kitab Cinta 11

Nota Kuliah Kitab Cinta 12

Nota Kuliah Kitab Cinta 13

Nota Kuliah Kitab Cinta 14

Sunday, November 8, 2015

Aktifkan Sayap Kerohanianmu



Semua manusia dianugerahi “sayap kerohanian” untuk “terbang ke langit tinggi”. Ada beberapa golongan manusia dalam hal ini :

i)                    Golongan yang selama ini tidak pernah tahu pun mereka ada sayap kerohanian dan boleh terbang ke langit tinggi. Jika kita berada dalam golongan ini, kita mestilah dengan segera berusaha mencari.

ii)                   Golongan yang dapat tahu, tapi tidak berminat untuk tahu cara-cara menggunakan sayap kerohanian itu. Golongan ini sebenarnya tidak menyedari betapa besar kerugian yang mereka alami. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka akan berusaha keras untuk mencari.

iii)                 Golongan yang tahu dan hendak menggunakannya dan mahu ke langit tinggi, tetapi tidak tahu cara-caranya. Golongan ini hendaklah berusaha mencari ilmu tentangnya, guru, atau apa sahaja yang berkaitan yang dapat membantu penerbangannya dengan betul.

iv)                 Golongan yang tahu lalu menggunakannya, tetapi tersesat ke alam lain. Golongan ini tersalah fikir, tersalah guru, tersalah ilmu atau tewas dengan nafsu. Kena segera berpatah balik walau seberat mana rasa hendak meninggalkan apa-apa yang diperolehi selama ini.

v)                  Golongan yang tahu dan betul cara gunanya. Golongan ini dapat pergi ke alam langit tinggi dan menikmati keindahan-keindahan dan kelazatan-kelazatan yang ada, mengikut rezeki masing-masing.

Wallahua’alam.

Terjumpa Lagi Awan Berbentuk Kalimah Allah




2-3 tahun lepas, saya berdiri di kaki lima sebuah bangunan tingkat satu. Ternampak awan membentuk kalimah Allah. Dua hari lepas, kebetulan saya berdiri di tempat yang sama, dan ternampak lagi awan dalam bentuk kalimah Allah, tapi kali ni lebih tebal dan besar awannya. Tempatnya di langit tu pun lebih kurang sama juga.

Pencapaian2 Kita dalam Cinta Allah



Semuanya adalah kerja Allah, termasuklah pencapaian kita dalam pelajaran Kitab Cinta Allah ini. Sebab itulah :

i)                    Ada orang yang tidak dipilih oleh Allah untuk dapat tahu. Maka selamanyalah dia tetap tidak akan pernah tahu.
ii)                   Ada yang dipilih oleh Allah untuk dapat tahu (belajar/menerima ilmu tentangnya), tapi tidak dipilih oleh Allah untuk faham.
iii)                 Ada yang dipilih Allah untuk faham, tapi tidak diberi-Nya kesedaran.
iv)                 Ada yang dipilih untuk dapat kesedaran, tapi tidak dipilih-Nya untuk mendapat amal.
v)                  Ada yang dipilih-Nya untuk mendapat amal, tapi tidak dipilih oleh-Nya sebagai orang yang memperolehi penghayatan.
vi)                 Ada yang dianugerahiNya penghayatan tapi tidak diizinkan-Nya mendapat kemuncak cinta Allah.
vii)               Ada pula orang yang dipilih-Nya untuk mendapat kemuncak cinta Allah.

Apabila kita sudah memahami haqiqat ini, langkah utama kita ialah dengan selalu memohon Allah anugerahkan cintaNya kepada kita. Dia sahaja yang mampu memberi, tidak ada selain Dia.

Batiniyyah, Syiah, Falsafah Berbeza dengan Tasawuf, Sufi



Golongan batiniyyah, syi’ah dan falsafah membuatkan golongan tasawuf/sufi dipandang negatif oleh sebahagian masyarakat. Hal ini kerana seringkali puak-puak batiniyyah, syi’ah dan falsafah ini turut mendakwa bahawa mereka juga kaum tasawuf/sufi.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila rata-rata ahli masyarakat kita memang tidak ada ilmu untuk membezakan antara kaum batiniyyah/syi’ah/falsafah dengan kaum tasawuf sufi, termasuklah sebahagian lulusan agama sendiri. Maka golongan tasawuf dan sufi yang benar pun dianggap sebagai golongan berfahaman batiniyyah/syi’ah/falsafah, dan golongan batiniyah/syi’ah/falsafah pula dianggap sebagai aliran tasawuf/sufi. Semua dianggap sama, padahal jauh berbeza.

 Namun yang paling malang sekali apabila ada lulusan agama yang jahil dalam hal ini ataupun yang memang berniat jahat, cuba mempengaruhi masyarakat agar menolak dan memusuhi kaum tasawuf dan sufi dengan cara menyamakan atau mengaitkan tasawuf sufi dengan puak batiniyyah/syi’ah/falsafah.

Oleh itu orang ramai mestilah sangat berhati-hati. Jika sedar yang diri belum ada ilmu dan kemahiran untuk membezakan yang mana batiniyyah/syi’ah/falsafah dan yang mana tasawuf/sufi, janganlah menulis, memperkatakan, mengisyaratkan, atau mengkongsikan sesuatu yang kita tidak ada pengetahuan tentangnya. Orang yang bijaksana tentunya tidak akan mudah-mudah mempercayai segala dakwaan yang dibuat walau oleh sesiapa sahaja.

Alam tasawuf alam yang bersih. Bukan sekadar bersih luaran, tetapi yang lebih diutamakan ialah bersih yang dalaman. Selagi dalaman tidak banyak yang bersih, selagi itulah sebenarnya kita masih memerhati tasawuf dari jauh, walaupun kita sangkakan kita sudah banyak belajar/ambil tahu tentang tasawuf. Ringkas kata, sesuatu yang tidak bersih tidak akan dapat bertempat pada yang bersih.

Abu Zulfiqar
8 November 2015


Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails