Friday, June 20, 2008

Puisi: Kita Mencintai Nabi?

Kita Mencintai Nabi?

Kita mencintai Nabi…
Benarkah?
Sudahkah kita betul-betul mengenali Nabi?
Bagaimana boleh cinta jika belum kenal?

Tahukah kita…
Dia adalah makhluk yang paling dicintai Allah
Dengan menyebut namanya
doa-doa kita akan lebih cepat dimakbulkan Allah
Dengan meniru sunnah-sunnahnya
kita diberi hadiah berupa pahala oleh Allah
Siapa lagi yang sehebat dia?

Sedarkah kita…
Dengan usahanya…
Ibu bapa kita beragama Islam
Saudara-saudara kita di seluruh dunia hari ini berjumlah 1500 juta orang
Islam pernah memerintah dunia
dan akan kembali memerintah dunia
Itu semua dengan usahanya

Mungkin kita lupa…
Peluh baginda berbau wangi
Tutur katanya paling lunak
Budi pekertinya paling memikat
Malah ludah baginda pun diambil berkat

Rupa-rupanya…
Banyak yang belum kita tahu tentang Nabi
Banyak yang belum kita sedar dan faham tentang Nabi
Betulkah kita mencintai Nabi???


12 APRIL 2006 8.50 am

Alexanderwathern

*Sajak ini dikarang sempena Maulidrurrasul 1427

Tazkirah: Kejar Dunia vs Kejar Akhirat

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah swt atas nikmat Islam dan iman. Bukan semua orang dapat nikmat Islam dan iman. Kita juga sepatutnya sangat bersyukur kerana lahir-lahir saja kita mendapat dua nikmat kecerahan. Kecerahan yang pertama ialah kecerahan alam. Keluar saja daripada rahim ibu, tubuh badan kita kita terus disentuh oleh cahaya. Semua manusia yang dilahirkan dapat nikmat kecerahan jenis ini. Kecerahan yang kedua pula ialah… lahir-lahir saja kita terus beragama Islam. Tidak semua manusia dapat nikmat kecerahan jenis ini. Maka sewajibnyalah kita bersyukur.

Kaum wanita sangat penting dalam usaha dakwah. Kaum wanita merupakan tulang belakang kepada lelaki. Kepentingan kaum wanita jelas dibicarakan dalam buku “Fiqh Dakwah Dalam Al Quran” oleh Muhammad Haniff Hassan (2003), antara lain katanya:

“Umat ini tidak akan dapat dibangunkan sepenuhnya dan jentera dakwah tidak akan berkuasa penuh jika 50% daripada asetnya (iaitu kaum wanita) tidak dimanfaatkan, atau diabaikan. Pemanfaatan mereka haruslah dilihat melebihi daripada pekerja pengurusan rumah. Sirah Rasulullah saw sendiri penuh dengan kisah kaum muslimah yang terlibat di medan perang, guru kepada sahabat, ibu kepada para syuhada, peniaga yang berjaya dan lain-lain.”

Jadi, kita sangat gembira dengan komitmen remaja wanita dalam aktiviti seperti ini.

Bayangkanlah kalau kita dilahirkan dalam agama-agama lain selain Islam, tak tahulah apa nasib kita. Dapatkah kita nikmat Islam dan iman? Belum tentu.

Katakanlah kalau kita lahir dalam agama Hindu, alangkah malangnya. Agama Hindu terkenal dengan sistem kastanya- yang membahagikan manusia dalam kelas-kelas tertentu, taraf-taraf tententu. Ada empat kelas manusia dalam agama Hindu iaitu:
1. Golongan Brahma/ Brahmin iaitu para pendeta
2. Golongan Ksatria iaitu raja-raja dan para bangsawan
3. Golongan Wesi iaitu para pedagang dan petani
4. Golongan Sudra/ Syudra iaitu para pekerja/ buruh
Ada juga yang memberi satu lagi golongan manusia yang tidak ada kelas, setanding dengan binatang ataupun tumbuhan saja (mungkin juga lebih hina) dikenali sebagai golongan paria.

Kononnya golongan Brahma berasal daripada mulut Tuhan (sebab itulah mereka mulia), golongan Ksatria berasal daripada tangan Tuhan, golongan Wesi daripada paha Tuhan manakala golongan Sudra daripada kaki Tuhan (sebab itulah mereka hina).

Jika kita lahir dalam golongan Sudra, maka kita dan keturunan kita selamanya kena menjadi buruh, kuli, tukang sapu dan seumpamanya- tidak boleh diubah kelasnya walau pandai dan sehebat mana sekalipun.

Golongan Brahma boleh mengambil harta puak Sudra semahu mereka, dan perbuatan itu tidak berdosa. Sekiranya golongan Brahma didapati melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum bunuh, dia tidak akan dibunuh sebaliknya cukup dengan rambutnya dicukur. Tapi kalau puak Sudra melintas di depan Brahma dan menimbulkan ketidaksenangan puak Brahma, dia mungkin akan dihukum dengan pelbagai hukuman kejam.

Sebab itulah apabila Islam datang, golongan kelas bawahan mudah menganut agama Islam kerana mereka tertarik dengan keadilannya. Manusia tidak kira orang besar atau orang kecil, apa jua warna kulit dikira sama di sisi Tuhan.

(Rujukan saya: “Inilah Agama (Hazaddin)” oleh Asy Syahid Syed Qutb, “Kesatuan Dunia Islam” oleh Abul A’la al-Maududi dan “Gerakan Jihad Fisabilillah & Cabarannya” oleh Abdul Qadir Djaelani serta laman-laman web Hindu)

Sebab itu orang Barat seperti di Amerika tertarik dengan Islam apabila mereka melihat orang-orang Islam berlainan keturunan, rupa dan pangkat makan bersama menggunakan satu talam (salah satu sunnah Rasul).

Saya ingin tanyakan dua perkara yang menarik tentang agama Hindu kepada kamu. Kamu dengar baik-baik dan cuba fikirkan.

Dalam “Sathapatha Brahmana” diceritakan ada seorang maharesi (nabi) bernama Manu mandi di laut. Datang seekor ikan yang boleh berkata-kata. Ia minta Manu memeliharanya dan berjanji akan menyelamatkan Manu daripada banjir besar yang akan berlaku suatu hari nanti. Mulanya Manu tidak percaya tapi dia setuju memelihara ikan itu. Ikan itu bertambah besar hingga menjadi seekor raksasa. Suatu hari ia menyuruh Manu membina sebuah perahu besar kerana banjir besar akan melanda dan menghancurkan dunia. Manu seorang saja yang selamat daripada banjir itu.

Setelah kamu dengar cerita ini, cuba kamu terangkan… siapakah Manu? Ya, Nabi Nuh!

“Katha Upanishad” pula mengisahkan seorang ilmuan bernama Vajasrabaja mengorbankan kerbau tua untuk dapat anugerah suci. Anaknya bernama Nachiketa minta ayahnya sembahkan dirinya kepada Yama-Dewa Kematian. Dewa Kematian bingung lalu menyuruh Nachiketa pulang.

Cerita ini boleh disamakan dengan cerita apa? Ya, cerita Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail!

Pelajar sekelian,

Dengan melihat sepintas lalu agama Hindu tadi maka kita berasa sangat beryukur kerana beragama Islam. Islam agama yang sangat istimewa. Istimewanya Islam boleh kita baca dalam buku “Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam” oleh Syeikh Fathi Yakan. Menurut Fathi Yakan, antara keistimewaan Islam ini ialah ia:
  1. ajaran Ilahi
  2. sempurna dan syumul
  3. bersifat membaiki dan membangunkan
  4. bersifat abadi
  5. bersifat sejagat (‘alamiyyah)
Kita akan bertemu juga dengan buku ini suatu hari nanti insyaallah.

Sebagaimana yang dijanjikan dalam pertemuan yang lalu, kali ini kita akan melihat 'antara kejar dunia dengan kejar akhirat'- yang mana sebenarnya lebih senang, tetapi yang mana lebih dikejar manusia.

Antara solat Subuh dengan turun ke laut (sebagai nelayan), mana yang lebih mudah? Solat Subuh untuk mendapatkan akhirat manakala turun ke laut untuk mendapatkan bekalan hidup di dunia. Banyak nelayan yang solat Subuh tapi banyak juga yang tidak (sebagai contoh). Betul tak? Kamu sendiri mengakuinya.

Turun ke laut memakan masa yang lama. Kalau pergi pagi pulang petang. Pergi malam pulang pagi. Ada juga yang berada di laut dua tiga malam, baru pulang. Berada di bawah panas matahari, berhadapan dengan bahaya di laut dan sebagainya. Tapi orang suka turun ke laut kerana nampak hasilnya, nampak duitnya.

Padahal solat Subuh (yang manusia malas melakukannya itu) mudah- lebih kurang 10 minit sahaja. Kalau paling lama pun mungkin setengah jam. Mana lebih senang antara solat Subuh dengan turun ke laut? Tentulah solat Subuh, tapi itulah yang dirasakan berat dan sangat susah oleh kebanyakan manusia.

Solat sunat dua rakaat atau membaca Al Quran satu mukasurat umumnya untuk mengejar akhirat. Menghadiri latihan sukan seperti latihan bola sepak, bola baling, bola tampar, hoki, ragbi dan lain-lain umumnya untuk mengejar dunia. Mana yang lebih susah?

Solat sunat dua rakaat atau membaca Al Quran satu mukasurat boleh dilakukan dalam masa yang singkat, tak perlu keluar rumah, tidak mengeluarkan banyak tenaga, tak perlu keluar wang… Tapi kalau pergi latihan bola sepak umpamanya, setiap hari 2-3 jam, di tengah panas, keluar duit tambang, duit makan minum, penat, ririko kecederaan… dan sebagainya. Namun manusia masih mengatakan susah untuk kejar akhirat, senang kejar dunia.

Nak kumpul pahala cukup mudah. Banyak cara. Buat kebajikan kecilpun dapat pahala. Senyum dapat pahala. Buang batu atau kayu dari jalan dapat pahala. Bangun beribadah pada malam hari tak ada orang marah, tak perlu keluar belanja, tidak perlu berlakon dan menunjuk-nunjuk. Tapi kalau nak kumpul pengikut macam orang-orang yang mahu jadi ketua atau terlibat dengan politik… cukup susah. Ada kalanya kena keluar duit, keletihan, orang iri hati, ada musuh, ada kalanya terpaksa berpura-pura, menipu dan sebagainya yang semuanya menyusahkan. Begitu juga kalau nak kumpul duit. Habis tenaga, wang, masa dan ada kalanya sampai mencemarkan maruah dan pegangan agama untuk mengejar duit, nak kumpul harta.

Tapi fikirkanlah… yang mana lebih dirasakan senang dan seronok oleh kebanyakan orang?

Jelaslah bahwa sesungguhnya sangat senang untuk kejar akhirat dan susah pula untuk kejar dunia. Maka kita sebagai orang yang sedar akan hal ini hendaklah bijak dalam mengejar kedua-duanya.

Ustazah Norhayati pada Konvensyen Wanita Ikatan Siswazah Muslim Malaysia (KONWANIS) 2005 lalu dalam pembentangannya bertajuk “Kewajipan Berdakwah Kepada Masyarakat” ada menyenaraikan beberapa sifat para pekerja agama (dai’e). Antaranya ialah kita mesti “tahu hakikat dunia”. Apabila kita tahu dan faham akan hakikat dunia, maka akan bijaklah kita mengatur langkah mengejar dunia dan akhirat.

Akhirnya, kita sebagai pekerja agama mestilah menunjukkan contoh yang baik. Biarlah ‘title’ kita sebagai pendakwah (atau sekurang-kurangnya orang yang suka akan agama) sepadan dengan amalan kita. Jangan nanti orang yang tidak mengikuti program seperti kita pula yang lebih bacaan Qurannya, lebih solat sunatnya, lebih baik akhlaknya daripada kita sedangkan kita pula sebaliknya.

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

alexanderwathern

*Dipetik dan disesuaikan daripada tazkirah pada MEI 2006

*Tazkirah ini saya sampaikan secara lisan, kemudiannya baru dipindahkan dalam bentuk tulisan. Gaya penyampaiannya diubahsuai sedikit untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Thursday, June 12, 2008

Tazkirah: Kepada Pemuda-Pemudi

Assalamualaikum WBT.


“Ilahi anta maqsudi wa ridhaka mathlubi. A’tini mahabbataka wa maqhrifataka.”

Tuhanku, Engkaulah yang aku maksudkan dan keredhaan-Mulah yang aku cari. Berikanlah aku kasih sayang-Mu dan makrifah kepada-Mu.


Kadang-kadang kami bersembang sesama kami, alangkah seronoknya kalau kita hidup macam orang lain. Bangun pagi pergi solat Subuh, kemudian baca Quran, pergi kerja, balik kerja makan, berehat, solat Asar, petangnya berziarah atau riadah, waktu Maghrib dan Isya’ ke surau atau masjid, jadi tok imam, kemudian menonton televisyen bersama keluarga dan tidur. Alangkah bahagia dan selesanya hidup begini. Semua orang mengimpikan hidup yang semudah ini.


Tapi mengapa kita memilih jalan yang kita lalui ini? Jalan yang penuh dengan aktiviti-aktiviti dakwah, program sana sini, qiam bersama-sama, berfikir dan merancang aktiviti untuk remaja… dan lain-lain?


Sebenarnya, apabila kita telah merasai kemanisan melakukan ini semua… maka kita akan terus melakukannya. Kamu sendiri akan jadi begini suatu hari nanti insyaallah.


Baru-baru ini iaitu pada minggu yang lalu saya ada menerima satu mesej daripada seorang kenalan bernama Suhaimi. Mesejnya ringkas tetapi padat.


Kita… lbh gmbira mymbut 1 JAN drpd 1 MUHARAM
Lbh igt 14 FEB dpd 12 RABIULAWAL
LBH khsyuk mdgr LAGU dpd AZAN
Lbh thu nama ARTIS dpd NABI2
Lbh suka memuji MANUSIA dpd TUHAN
Lbh cintakan DUNIA dpd AKHIRAT
Tp bila dtnya arh tuju
Kita pst mnjwb kita lbh suka menuju syurga dpd neraka?
Salam Maulidurrasul


Apa ada pada 1 Januari? Sambutan tahun baru Masehi. Apa ada pada 1 Muharam? Tahun baru Hijrah iaitu tahun baru Islam. Rata-rata kita lebih mengingati dan menyambut tahun baru Masehi. Apakah tahun Masehi? Ada pendapat mengatakan dibuat oleh orang-orang Kristian kononnya sempena kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ. Apakah tahun Hijrah? Ia dibuat sempena penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah.


Tapi yang peliknya Nabi Isa dipercayai lahir pada 25 Disember, bukannya 1 Januari. Itulah keyakinan rata-rata umat Kristian walaupun ada sebilangan kecil daripada mereka yang percaya Nabi Isa lahir selepas 25 Disember ataupun dalam bulan Januari. Benarkah Nabi Isa lahir pada bulan Disember atau Januari?


Sebagaimana yang kita tahu bahawa pada bulan Disember dan Januari, tempat kelahiran Nabi Isa dilitupi salji. Biasa kita lihat Hari Krismas disambut dalam musim salji. Tetapi kalau kita baca Bible, semasa kelahiran Nabi Isa itu ditulis para penggembala sedang menggembala binatang-binatang ternak mereka di padang. Mustahil dalam musim sejuk bersalji para penggembala membawa ternakan mereka ke padang! Ini menunjukkan Nabi Isa tidak lahir dalam bulan Disember atau Januari- tidak lahir dalam musim sejuk.


Sebenarnya sambutan 25 Disember dan 1 Januari itu adalah berasal daripada perayaan Rom kuno yang kebanyakannya para penyembah berhala. Januari itu sendiri berasal daripada nama Dewa Janus- salah satu dewa orang-orang Rom. Apabila agama Kristian masuk di kalangan orang-orang Rom, mereka mengubahsuai upacara-upacara keagamaan mereka sebelum itu lalu dimasukkan ke dalam agama Kristian.
Jadi sudah sewajarnyalah kita umat Islam tidak menyambut 1 Januari tetapi sambutlah 1 Muharam.


Apa ada pada 14 Februari? Ya, Hari Valentine. Apa ada pada 12 Rabiul Awal? Maulidurrasul. Kononnya Hari Valentine adalah hari untuk mengingati kekasih. Padahal ia adalah hari perayaan sebahagian umat Kristian pada zaman dahulu. Ada banyak versi tentang asal-usul Hari Valentine, yang mana satu benar pun tidaklah kita tahu. Antaranya seperti kisah seorang paderi bernama St. Valentino yang bercinta hebat dengan seorang gadis. Cintanya tidak direstui pemerintah memandangkan dia seorang paderi Katholik, paderi Katholik tidak dibenarkan berkahwin. Ini menyebabkan dia dipenjara. Ada juga cerita kononnya ia dirayakan sempena mengingati hari kemenangan tentera Kristian ke atas umat Islam di Sepanyol yang dianjurkan oleh paderi bernama St. Valentino. Mungkin kamu tak tahu bahawa Sepanyol dulu adalah sebuah negeri Islam. Dan macam-macam lagilah cerita tentang hari tersebut. Namun kesimpulannya, ia berkait rapat dengan agama Kristian dan tak ada kena-mengena dengan kita umat Islam. Maka tak perlulah kita menyambutnya.


Rabiul Awal pula merupakan sambutan ulangtahun kelahiran Nabi, walaupun ada pendapat yang mengatakan baginda lahir pada 9 Rabiul Awal dan juga tarikh-tarikh lain. Namun yang pentingnya kita mengenang kelahiran baginda dalam bulan Rabiul Awal, tak kiralah hari yang mana agar kita dapat mengambil manafaat-manafaatnya terutamanya untuk kerja-kerja dakwah.


Pelajar yang dikasihi sekelian,


Kita lakukan semua yang di atas (sebagaimana dalam mesej), tetapi apabila orang tanya mana satu yang kita kejar lebih, dengan mudah kita menjawab “akhirat”. Betulkah kita kejar akhirat? Cukupkah kita mengejar akhirat? Mana satu yang lebih mudah dikejar… kejar dunia atau kejar akhirat? Untuk tahu mana yang lebih mudah antara kejar dunia dengan kejar akhirat, insyaallah akan saya muatkan dalam pengisian yang akan datang.


Terima kasih kepada Suhaimi atas mesejnya.


Pelajar yang dikasihi,


Saya ada terjumpa sebuah puisi yang amat sesuai untuk kita dalam buku teks sastera tingkatan 3. Selepas ini akan dihuraikan isi kandungannya. Di sini tidaklah saya hendak melagukannya kerana akan mengambil masa yang lama.


SYAIR TENAGA PEMUDA
Gustama Negara


Tenaga pemuda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.


Tenaga pemuda memang terbilang,
Tenaga yang sedang gilang-gemilang,
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijelang.


Tenaga pemuda tenaga bererti,
Tenaga yang berani menempah mati,
Tidak mengerti erti nanti,
Hanya penuh kemahuan mesti.


Tenaga pemuda mestilah sayang,
Jangan dibiarkan lemah dan goyang,
Di waktu muda tenaga kencang,
Berani sampai berputih tulang.


Tenaga pemuda kalau dijaga,
Kelak akhirnya sangat berharga,
Tenaga yang menjadi harapan bangsa,
Gagah berani mempertahankan negara.


Puisi Melayu Klasik, 1996 Oscar Book International.


Walaupun puisi ini menyebutkan “pemuda” namun sebenarnya ia turut ditujukan kepada pemudi, ringkasnya untuk semua remaja. Seringkali ditemui perkataan “lelaki” dalam ayat-ayat Al Quran atau hadith, namun seringkali juga kata-kata itu ditujukan juga kepada perempuan walaupun disebutkan lelaki sahaja.


Kita pernah mendengar kata-kata perangsang berbunyi “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Ada juga budak-budak melawakkannya sebagai “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang gol”. : )


Dalam syair ini dikatakan bahawa seandainya remaja ini diasuh, dididik, dipimpin, yang kotor dibasuh…ia tidak akan lusuh malah boleh digunakan untuk menentang musuh. Namun biasanya remaja tidak suka dengan asuhan mengikut acuan agama. Ini kerana mereka merasakan agama sebagai penyekat kebebasan mereka. Padahal agama adalah benteng, penyelamat. Ia menyelamatkan kita daripada bertuhankan hawa nafsu dan syaitan kepada bertuhankan Allah secara mutlak.


Beberapa hari lepas tersiar dalam akhbar kisah anak-anak yang dididik mengikut lunas-lunas agama:.


IPOH 13 April - Nuramirah Azhari, 10, yang telah menghafaz al-Quran sejak berusia lima tahun mempunyai 10 anak murid yang belajar menghafaz ayat-ayat suci dengannya sejak setahun lepas. Naib johan pertandingan menghafaz al-Quran peringkat negeri Perak serta sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran memberitahu, anak-anak muridnya berusia antara enam dan 12 tahun.


``Saya mengajar dengan berhati-hati bagi memastikan hafalan mereka betul dan tidak melakukan banyak kesilapan.


``Kesilapan yang paling kerap anak murid saya lakukan ialah dari segi tajwid,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengku Husin, Gugusan Manjoi di sini hari ini.


Anak kedua dari lima adik-beradik ini memberitahu, dia mempunyai jadual waktu yang ketat setiap hari dan diwajibkan melakukan ulang kaji menghafaz al-Quran sebanyak lima kali iaitu tujuh hingga lapan jam sehari bagi memastikan ingatannya sentiasa kukuh kerana tahfiz memerlukan banyak latihan. Nuramirah memberitahu, dia meluangkan masa mengajar anak-anak muridnya antara pukul 7.30 malam dan 9 malam setiap hari sambil dipantau oleh ibunya yang turut sama mengajar murid-murid lain.


Jadual waktu Nuramirah disediakan oleh bapanya seorang pelukis pelan, Azhari Abu Hassan, 39, dan ibunya Nurzahidah Hashim, 37, untuk dia praktikkan bersama abang dan adik-adiknya iaitu bangun seawal pukul 5 pagi dan tidur pada pukul 12 malam. Nuramirah bersama abangnya Muhammad Adam, 12, dan adiknya Nurnabilah , 8, tujuh tidak pernah mengikuti pendidikan formal sebaliknya diajar membaca, menulis dan mengira sendiri di rumah oleh ibu bapanya.


``Walaupun tidak pernah ke sekolah tetapi kami tahu membaca, menulis dan mengira. Saya diajar matematik, sains, bahasa Arab, tauhid dan akhlak di rumah.


``Saya sudah boleh membaca semasa berumur enam tahun lagi,'' katanya yang mampu menamatkan tahfiz dalam tempoh dua tahun.


Menurut Nuramirah, dia tidak mempunyai pantang tertentu dalam pemakanannya kerana amat menggemari masakan ibunya terutamanya yang pedas serta ulam-ulaman bersama sambal belacan. Katanya, jika setiap anak muridnya mampu menguasai hafalan satu muka surat setiap hari mereka juga akan mampu mengikut jejak langkahnya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun.


``Saya amat berharap dapat mewakili Perak pada pertandingan tahfiz peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 22 April depan tetapi itu semua bergantung kepada keadaan kerana dalam pertandingan peringkat negeri saya menduduki tempat kedua selepas tewas hanya satu mata kepada johan,'' katanya.


Sementara itu bapa Nuramirah , Azhari memberitahu, beliau dan isteri memilih memberikan pendidikan sendiri kepada anak-anak selepas mendapatkan pandangan serta khidmat nasihat daripada anak-anak murid tahfiznya yang turut terdiri daripada kalangan guru sekolah menengah dan rendah.


Katanya, beliau akan memastikan anak-anaknya tidak ketinggalan dalam mengikuti pendidikan formal dengan menjadikan buku-buku sekolah sebagai panduan supaya sukatan mata pelajaran yang diajar sama dengan yang diajar di sekolah.
sumber


Lihatlah Nuramirah yang baru berusia 10 tahun telah mempunyai pelajar-pelajar sendiri. Dia mula menghafaz Al Quran sejak berusia 5 tahun. Dalam masa 2 tahun sahaja dia berjaya menghafaz 30 juzuk Al Quran. Dia dan adik-beradiknya mendapat pendidikan di rumah sahaja di bawah didikan ibu dan bapanya.


Beruntungnya orang yang hendak mati di dadanya berisi 30 juzuk Al Quran. Bagaimana dengan kita? Persoalan ini akan timbul sewaktu kita sedang sakaratul maut… malaikat Izrail datang.


Pelajar yang dikasihi sekelian,


Begitu pentingnya barisan pemuda hinggakan bekas Presiden Indonesia pernah mengungkapkan: “Berikan saya 10 orang pemuda, saya akan menggegarkan dunia”. Lihat, dia tidak minta orang-orang dewasa tetapi pemuda. Ini kerana dia tahu kuasa yang ada pada pemuda sekiranya digilap dengan cara yang betul.


Semasa remaja, tenaga kita berada di puncak kecergasan dan kekuatan. Kalau demam selesema atau sakit kepala tak perlu ambil ubat, boleh buat tak kisah dan akhirnya akan pulih dengan sendiri dalam masa yang singkat. Tapi kini kalau tak sihat sikit pun kena cepat ambil ubat. Ini kerana badan semakin lemah, sel-sel yang mati lebih banyak daripada sel-sel yang baru hidup. Hendak pulih dengan sendiri daripada sesuatu penyakit akan ambil masa yang lama. Lebih-lebih lagi dengan komitmen yang semakin bertambah. Lagi lambat kita pulih maka lebih lamalah tersangkutnya urusan dakwah, urusan keluarga, urusan kerja dan lain-lain.


Ketika itu hujan tak takut, panas tak hairan walaupun kulit saya jenis yang cepat dimakan panas. Selepas SPM dan STPM bekerja sebagai buruh binaan, kulit memang hitam. Tapi sekarang kalau kena hujan panas sikit mulalah badan rasa tak sihat. Begitulah bezanya usia muda dengan usia tua.


Saya sendiri suatu ketika dahulu tanpa berfikir cukup panjang pernah bercita-cita untuk berjihad di Kashmir. Saya sudah merangka-rangka cara untuk ke sana dan apa perbekalan yang hendak dibuat namun dengan kuasa Tuhan akhirnya dibatalkan. Begitulah adat orang muda, semuanya nak cepat dan mesti nak dapat.


Jadi, gunakanlah masa muda ini dengan sebaiknya sebab antara perkara yang akan ditanya di akhirat kelak ialah ke mana kita habiskan masa muda kita. (Buatlah persiapan untuk itu).


Ikutilah cntoh-contoh atau idola remaja. Siapakah remaja yang sepatutnya menjadi idola kita? Bukankah kita ada Saidina Ali- sepupu dan menantu Rasulullah? Bukankah kita ada Fatimah-anak Rasulullah dan isteri Saidina Ali? Bukankah kita ada Aisyah isteri Rasulullah? Banyak lagi yang lain-lain. Contohilah mereka.



Pelajar sekalian,


Pentingnya golongan pemuda ini hinggakan Imam asy-Syahid Hassan al-Banna menulis risalah bertajuk “Wahai Pemuda”. Salah satu isi penting dalam risalahnya itu berbunyi:


“…angkatan pemuda, sejak dahulu hinggalah sekarang tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat”


Syeikh Fathi Yakan pula menulis sebuah buku bertajuk “Generasi Pemuda dan Perubahan”. Antara persoalan menarik dalam karyanya itu ialah:
1. Kenapa mesti pemuda?
2. Kenapa fokusnya selalu kepada pemuda?
3. Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?
Insyaallah kita akan berjumpa dengan bahan-bahan ini suatu hari nanti (dan membincangkannya).


PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT


Dipetik dan disesuaikan daripada dua tazkirah pada 16 APRIL 2006
alexanderwathern


*Tazkirah ini disampaikan secara lisan, kemudiannya baru dipindahkan dalam bentuk tulisan. Gaya penyampaiannya diubahsuai sedikit untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Sunday, June 8, 2008

Mengimbas Kembali Awal Tragedi Ambon Berdarah (2/2)

Pengganas Kristian tetap mengamok di kota Ambon. Habis kampung orang Islam di kota Ambon dibakar dalam masa setengah jam. Ketika itu api sudah menghampiri masjid Al Fatah. Fikir mereka, kali ini habislah masjid tersebut.

Dengan kuasa Allah Yang Maha Gagah, secara tiba-tiba angin bertukar arah dan tiupannya begitu keras. Arah api berpatah balik lalu membakar sebuah gereja. Namun apabila gereja terbekar, dua buah kereta bomba sudah tersedia untuk memadamkannya sedangkan ketika rumah, pasar dan kedai orang Islam terbakar, pihak bomba buat tidak tahu. Begitulah siksanya orang-orang Islam di bawah pemerintahan orang kafir sedangkan orang bukan Islam hidup aman di bawah pemerintahan orang Islam.

Suatu ketika bekalan elektrik di seluruh Ambon terputus, boleh jadi juga sengaja diputuskan oleh pengganas Kristian. Ketika inilah para pengganas mengikat kepala mereka dengan kain putih sebagaimana orang-orang Islam sedangkan sebelum ini pihak pengganas berlilit kepala merah. Apabila bertemu pejuang Islam, pengganas sama-sama bertakbir. Ketika inilah banyak pejuang Islam gugur syahid kerana terpedaya dengan helah pengganas Kristian.

Imam Masjid al Fatah mengusulkan agar orang Islam menyebut abjad jawi jika bertemu kumpulan yang tidak dikenali. Sekiranya orang Islam sebut alif, kumpulan satu lagi akan menyebut ba. Jika kumpulan itu gagal menjawab, bererti mereka musuh. Dengan ini kekuatan pengganas dapat dikendurkan.

Saudara kita di Ambon, Maluku, Poso dan sekitarnya makan hanya sekali sehari, kadang-kadang langsung tidak makan sedangkan kita di sini sangat mewah makan minum. Mereka tidak tidur kerana takut, kalau tidur pun sejam sehari sedangkan kita di sini tidur lebih daripada enam jam. Dalam keadaan sesenang inipun kita masih tidak mahu membudayakan kehidupan Islam dalam keluarga kita. Ke mana perginya sikap patriotik kita kepada Islam?

Pihak Kristian sebenarnya ingin menjadikan Timor Timur, Irian Jaya dan Ambon sebagai negara baru mereka di sebelah sini untuk menandingi kebangkitan Islam akhir zaman sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Tentera Australia memainkan peranan penting di sana. Bagaimanakah pengganas boleh mendapatkan machine gun automatik AK-47 dalam jumlah yang banyak kalau bukan pihak Kristian luar negara yang menghulurkannya?

21 Disember 1999- Pengganas Kristian menyerang Kampung Togolihua, Maluku. Kanak-kanak dan kaum wanita berlindung di dalam Masjid Al Ikhlas. Masjid dikepung lalu dibom, dilempari batu-batu besar dan dipanah dengan anak panah yang dilumuri darah babi. Setelah bertahan selama sejam, orang-orang Islam menyerah lalu dibunuh sewenang-wenangnya. Alangkah tidak bertamadunnya membunuh orang yang sudah menyerah? Hampir 600 mayat Muslim bergelimpangan dibantai.

Kaum perempuan banyak yang dibogelkan dan dirogol dijalan-jalan bahkan di halaman masjid sendiri. Mereka kemudian diangkut dengan trak bersama anak-anak kecil untuk diKristiankan. Kaum wanita yang enggan menurut dicincang hidup-hidup. Sekiranya ada seorang yang sedang mencincang, yang lainnya akan menyerbu untuk mencincang sama seolah-olah mencincang ular. Ada seorang muslimah yang digantung lalu dibakar hidup-hidup. Cerita ini disampaikan oleh Mufli M. Yusuf berusia 15 tahun yang dapat menyelamatkan diri walaupun badannya banyak melecur.

Seorang wanita yang terselamat bernama Musriah (40 tahun) memberitahu yang dia menyaksikan sendiri bagaimana 50 orang lelaki Islam termasuk suaminya sendiri dicincang hingga mati. Kepalanya sendiri berdarah kena tetakan golok sementara tapak tangannya ditembusi anak panah. Tidakkah kita merasa simpati dengan penderitaannya?

Seorang lagi yang terselamat bernama Syahnaim (20 tahun) menceritakan bagaimana dua orang anaknya berusia 6 dan 7 tahun diambil oleh pengganas untuk diKristiankan. Anak kecilnya berusia 2 tahun pula dicincang hingga maut. Seorang lelaki bernama Bahrul telah dibunuh dengan cara disalib. Kemaluannya dipotong lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Seorang budak berusia 5 tahun digantung lalu dibelah dari atas hingga ke bawah seperti membelah ikan. Seorang nenek tua berusia 80 tahun digantung dengan rambutnya sendiri dipokok lalu dicincang.

Mengalirlah darah para muslimin dan muslimat oleh tangan orang-orang Kristian. Kalau kita dapat mengalirkan air mata berdoa untuk mereka pun sudah cukup-cukup baik…

Nurain (20) menceritakan yang suaminya mati syahid dibunuh pengganas Kristian sementara dia sendiri terkena panah di pinggul kirinya. Dia meraya agar tidak dibunuh lalu dinaikkan ke atas trak bersama anaknya (3 tahun) dan enam orang muslimah lagi. Kepala mereka diikatkan dengan kain merah (lambang pengganas Kristian) lalu dibawa pergi. Anaknya telah diserahkan ke rumah paderi Kristian untuk dibesarkan secara Kristian sementara dia terselamat. Nurain sempat menyaksikan bagaimana seorang gadis Islam dibakar hidup-hidup kerana enggan melayan nafsu para pengganas Kristian semasa di masjid.

Nasib yang hampir serupa dialami oleh Yani Latif (17 tahun). Suaminya terbunuh manakala bayinya berusia 13 bulan diambil untuk dibesarkan secara Kristian. Dengan izin Allah, dia berjaya melarikan diri.

Hamida (18) yang berlindung di Masjid An-Nashr dirampas dari bapanya yang syahid. Dia hendak dikahwin paksa oleh pengganas Kristian dengan anak seorang paderi. Dengan pertolongan Allah Yang Maha Penyayang dia berjaya diselamatkan. Diapun menceritakan pengalamannya sewaktu berlindung di Masjid An-Nashr. Seorang lelaki bernama Munir (25) dibakar hidup-hidup dan mulutnya disumbat dengan najis manusia. Kepala Haji Man (70) dipenggal dan dicucuk panah lalu dibuat mainan di dalam masjid. Malang (50) dibunuh dengan kejam. Badannya dibelah lalu jantungnya ditarik keluar dan ditayangkan. Kata pengganas Kristian, “ Inilah hadiah untuk Hari Raya.”

26 Disember 1999- lebih daripada 7,000 orang pengganas Kristian menyerang Desa Lamo. Desa Lamo dipertahankan oleh 200 orang sahaja para pejuang Allah. Nisbahnya 1 Muslim: 35 pengganas Kristian. Namun begitu peperangan menjadi seimbang kerana kebanyakan pejuang Islam memiliki ilmu persilatan yang tinggi. Pejuang Muslim dipimpin oleh Imam Masjid Nurul Huda bernama Haji Djailani yang begitu ampuh ilmunya

.
Pengganas Kristian menukar helah lalu melumurkan senjata-senjata mereka dengan darah babi. Berpuluh-puluh ekor babi dipotong di sekeliling kampung. Sementara itu perenpuan-perempuan Kristian bertelanjang bulat beramai-ramai sambil menari-nari memeperagakan tubuh mereka kepada pejuang Islam. Helah ini ternyata berjaya melemahkan sebahagian daripada keampuhan ilmu persilatan para pejuang dan akhirnya mereka tewas hingga terpaksa melarikan diri. Alangkah hinanya perbuatan perempuan-perempuan Kristian, tidak ubah seperti binatang dan babi yang mereka korbankan.

Imam Djailani tetap tidak berganjak hinggalah dia ditakdirkan gugur syahid dan berjaya menempatkan dirinya di syurga Allah. Mayatnya disalib dan dipamerkan di tepi jalan. Pada waktu malam barulah orang-orang Islam berjaya mendapatkan balik jasadnya lalu dikebumikan sebagai seorang pejuang. Namun ada sesuatu yang perlu kita fikirkan… dengan 200 orang pendekar sahaja kita sudah setanding dengan 7000 pengganas, bayangkan kalau kesemua penganut agama Islam memahirkan diri dalam ilmu kependekaran dan kerohanian!!!

28 Julai 1999- Pengganas Kristian menyerang dusun Latta 12 km dari Kota Ambon. Rumah-rumah penduduk Islam dimusnahkan. Pengganas berjaya mendapatkan dua orang wanita Islam lalu dirogol beramai-ramai. Dipercayai lebih daripada 50 orang telah merogol gadis-gadis itu. Kemudiannya kedua-dua mereka dilanyak dengan kejam dan tubuh mereka dipotong-potong. Inilah bukti menunjukkan agama Kristian penyerang adalah agama yang salah dan sesat kerana Kristian mereka membenarkan tentera-tenteranya merogol, menyeksa mayat, membunuh kanak-kanak dan kaum wanitanya berbogel untuk menang dalam peperangan. Inikah sifat agama yang kononnya suci?

Kisah sebegini sebenarnya adalah ulangan sejarah. Ia pernah berlaku dalam usaha tentera Kristian Eropah untuk merampas Baitul Maqdis daripada pemerintah Islam dalam Perang Salib yang terkenal itu pada tahun 1095.

Patriach Ermite ialah seorang paderi yang bertanggungjawab menjadi batu api dalam Perang Salib pertama ini. Asalnya dia seorang tentera yang berwatak bengis dan kasar. Dalam usahanya untuk menarik simpati masyarakat Kristian Eropah, dia sanggup menunggang kaldai mengelilingi Eropah sambil memikul sebuah kayu salib yang besar. Dia hanya berkaki ayam dan memakai pakaian compang-camping. Dia berpidato di mana-mana sahaja untuk menaikkan kemarahan orang-orang Kristian.

Dia berbohong kononnya pemerintah Islam sangat kejam kerana menindas orang-orang Kristian di Jerusalem dengan zalim sekali. Malahan kubur Nabi Isa juga telah diceroboh. Selain itu dia juga berjaya meminta Paus Urbanus 11 (Ketua Paderi Sedunia) mengisytiharkan pengampunan seluruhnya kepada sesiapa saja yang mahu menjadi tentera salib walaupun sebelum itu mereka menjadi penyamun, pembunuh dan penjenayah terkemuka. Maksudnya, sesiapa yang mengikuti angkatan ini terhapus segala dosa-dosanya. Segala usahanya ini mendapat sokongan yang besar.

Tentera Salib yang pertama ini sangat besar iaitu lebih kurang 300,000 orang lelaki dan perempuan. Di sepanjang perjalanan mereka semua diizinkan merampas harta kekayaan, berzina sesama sendiri, merogol orang lain, berpesta arak dan sebagainya yang terang-terangan perkara maksiat dalam agama Kristian sendiri. Rupanya sejak dahulu lagi agama Kristian membenarkan maksiat dan kekejaman asalkan hajat mereka tercapai. Keadaan ini berterusan hingga ke hari ini dan selama-lamanya. Bilakah agaknya para penganut agama Kristian akan sedar hakikat ini.

Namun begitu, perancangan Allah adalah yang Maha Teratur. Sewaktu melalui negara Hungary dan Bulgaria. Sambutan terhadap tentera salib ini amat dingin walaupun sama-sama beragama Kristian. Ternyata penduduk Hungary dan Bulgaria penganut agama Kristian sejati kerana mereka masih boleh membezakan perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk. Dalam diam-diam mereka membenci perilaku tentera salib yang tidak ubah seperti binatang.

Akhirnya, meletuslah peperangan sesama mereka. Pertumpahan darah yang berlaku tidak dapat dibayangkan lagi. Daripada 300,000 tentera salib pada awalnya, kini hanya tinggal 7,000 orang yang selamat sampai ke Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang paderi.

Mendarat sahaja di Asia Kecil, tentera salib disambut dengan hayunan pedang oleh tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan sehingga hancur binasa pasukan ini keseluruhannya. Kita berharap kejadian yang serupa juga akan berlaku kepada pengganas-pengganas Kristian di Ambon, maluku, Poso dan sekitarnya tidak lama lagi. Untuk itu, marilah kita bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT. Sesungguhnya doa itu senjata mukmin.

Berbalik ke Indonesia, sungguhpun penganut agama Kristian bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan namun ini tidak bermakna yang orang-orang Islam akan membalas seperti itu juga. Di sinilah terletaknya keagungan dan kebenaran agama Islam. Dalam sebuah kisah, para pengganas Kristian telah menyerang penduduk Islam di Pulau Seram. Mayat orang-orang Islam bergelimpangan di jalan-jalan. Umat Islam membalas balik serangan tersebut menyebabkan pihak pengganas Kristian pecah-belah. Seramai lebih kurang 1,000 orang Kristian dari Kampung Werinama, Tehoru, Bula dan lain-lain terpaksa melarikan diri kerana diburu oleh penduduk Islam yang mahu membela penyembelihan saudara-saudara mereka. Barulah mereka kenal erti ketakutan yang berasal daripada mereka sendiri.

Dengan kuasa Allah, mereka diselamatkan oleh para penghuni Pondok (sekolah agama tradissional) Al Khairat, Wahai, Maluku Tengah. Guru pondok itu dengan senang hati menempatkan para pengganas Kristian itu di sekitar pondoknya. Mereka dilayan dengan baik dan disediakan makan-minum yang seadanya. Majlis Ulama Indonesia (MUI Maluku) menyifatkan tindakan itu telah menunjukkan keperibadian dan akhlak Islam yang sejati. Sehingga ke hari ini, sudah ribuan masyarakat Kristian Ambon dan Maluku yang memeluk agama Islam kerana mereka menyaksikan sendiri kebenaran agama Islam melalui tingkah laku para pejuang dan juga peristiwa-peristiwa luarbiasa yakni bantuan Allah.

Di Masjid Dufa-dufa, Dusun Gamsungi, Tobelo, Maluku Utara, seramai 250 orang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan orang tua dibakar hidup-hidup bersama masjidnya sekali walaupun mereka sudah menaikkan bendera putih tanda menyerah. Imam masjid sendiri dipoton-potong tubuhnya lalu dilemparlkan ke dalam api.

Mengapa ini semua terjadi? Menurut masyarakat Islam di sana, tidak mustahil ini adalah bala yang diturunkan Allah kepada mereka kerana perbuatan mereka sendiri. Dahulunya Islam sangat subur dan disuburkan di Ambon dan Kepulauan Maluku. Namun kini Islam hanya tinggal adat, bukan ibadat.

Masyarakat Islam di sana turut sama menyambut perayaan Christmas dan Tahun Baru secara besar-besaran sedangkan Christmas adalah perayaan Kristian sempena kelahiran Jesus Kristus sementara Tahun Baru adalah tahun baru kalendar Kristian sinambungan daripada perayaan Christmas. Kita semakin bimbang kerana begitu ramai masyarakat Islam yang terpengaruh dengan budaya menyambut hari-hari perayaan agama Kristian tersebut.

Alexanderwathern 2000
(*Sumber utama- kaset ceramah Imam Masjid Al Fattah, Ambon)

Mengimbas Kembali Awal Tragedi Ambon Berdarah (1/2)

Pada tahun 1998, orang-orang Kristian telah menyerang dan membakar sebuah perkampungan Islam bersama masjidnya sekali. Orang-orang Islam gempar lalu mengadukan hal itu kepada pemerintah. Pihak pemerintah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Selang dua minggu kemudian, Pasukan Merah (Kristian) menyerang dan membakar sebuah lagi perkampungan Islam bersama masjidnya. Orang-orang Islam seluruh Ambon masih bersabar dan tidak bertindak balas. Inilah akhlak mulia penganut agama Islam yang nyata jauh berbeza dengan orang bukan Islam. Mereka terus mengadu kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa berjanji untuk menangkap dan mengadili petualang-petualang tersebut.

Dua minggu selepas itu, sebuah lagi kampung orang Islam diserang dan dibakar. Hangus kesemuanya. Sikap melampau penganut Kristian ini adalah kerana mereka merasakan yang orang Islam langsung tidak sensitif. Memang inilah pula sikap kebanyakan umat Islam hari ini. Contohnya dalam kes murtad (keluar daripada Islam). Semua orang tahu begitu banyak orang Islam murtad tetapi langsung tidak mahu bertindak apa-apa. Sekurang-kurangnya jadikanlah ia sebagai bahan perbualan bersama kawan-kawan. Selain itu, sokonglah pihak-pihak yang mahu berusaha membenteras gejala ini.

Walaupun sudah tiga buah kampung dijadikan padang jarak padang tekukur, namun alim ulama Islam di Ambon masih bersabar dan belum mahu mengeluarkan arahan untuk bertindak balas. Kristian semakin bermaharajalela. Mereka merancang sesuatu yang jauh lebih besar, iaitu untuk menghapuskan seluruh jiwa dan harta-benda umat Islam Ambon.

Menjelang Hari Raya Aidil Fitri pada malam 27 Ramadhan tahun 1999 lalu (inilah Tragedi Idul Fitri Berdarah), orang-orang Kristian dari luar terutamanya Maluku berbondong-bondong datang ke Ambon. Kononnya pada malam tersebut Nabi Isa (Jesus Christ) akan turun di Ambon.

Ini berbeza dengan umat Islam yang banyak keluar dari Ambon untuk pulang berhari raya bersama sanak-saudara. Ketika ini nisbah orang Islam berbanding Kristian ialah 3 Muslim: 10 Kristian. Ketika umat Islam lain beriktikaf di masjid (qiamullail), pengganas Kristian membuat rancangan untuk menghabisi seluruh umat Islam ketika mereka bersolat Hari Raya. Ini kerana umat Islam akan bersolat di tengah padang, maka mudahlah disembelih beramai-ramai.
Dengan kuasa Allah SWT Yang Maha Mengatur Rencana, entah bagaimana pengganas Kristian gagal menyerang pada masa yang ditetapkan. Inilah pertolongan Allah. Jika tidak, umat Islam seluruh Ambon telah lama pupus.

Namun begitu, serangan pengganas melanda pada pukul 3 petang, di kala umat Islam sedang berehat sesudah menunaikan solat fardhu Zohor. Serangan dilakukan di seluruh Ambon. Serangan pengganas begitu teratur dan rapi. Mereka dibahagikan kepada empat pasukan. Pasukan pertama adalah barisan pemanah. Anak-anak panah mereka tidak kosong, sebaliknya berisi racun dan ada yang berapi. Dengan itu, kebakaran cepat merebak.

Barisan kedua ialah pengganas bertombak dan berlembing. Barisan ketiga pula merupakan pengganas-pengganas Kristian yang berpedang dan berparang. Sementara barisan keempat ialah pengganas yang menyapu licin (mencuri) semua barang berharga milik orang Islam lalu membakar apa saja yang tertinggal. Umat Islam cuba membalas dengan bersenjatakan pisau dapur, batu-batu dan buluh runcing, namun dengan begitu mudah pertahanan mereka dirobohkan oleh pengganas. Bayangkan, ketika itu (mengikut nisbah), 30 pejuang Islam terpaksa berhadapan dengan 100 pengganas Kristian. Maka tewaslah orang-orang Islam dengan mudahnya.

Beginilah nasib yang akan menimpa umat Islam jika tidak ada membuat sebarang persediaan. Adakah kita telah melengkapkan diri dengan ilmu bertempur? Adakah masa kita di gelanggang beladiri dan majlis-majlis kerohanian (keagamaan) lebih banyak daripada di padang bola dan di depan televisyen? Adakah hubungan kita dengan Allah kini semakin rapat agar kita mudah diberi pertolongan ketika susah? Adakah kita pernah berdakwah kepada orang bukan Islam? Pernahkah kita berdakwah kepada orang Islam sendiri?

Kerana banyak orang Islam yang cedera parah, mereka terpaksa di hantar ke hospital. Malangnya hospital tersebut letaknya di perkampungan Kristian dan para pekerjanya juga beragama Kristian. Sampai sahaja di sana, kesemua Muslim yang cedera telah dilanyak dan dibunuh dengan lebih mudah.

Sebulan sebelum serangan dilakukan, petugas beragama Kristian telah mengenalpasti identiti agama ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi. Pada masa serangan dilakukan, ibu-ibu Islam ditempatkan dalam sebuah bilik. Perut-perut mereka dibelah dengan pedang dan anak dalam kandungan dikeluarkan lalu dipotong-potong.

Setelah perut ibu-ibu Muslim itu dibelah, bayinya dikeluarkan dan dipotong-potong, pengganas Kristian memasukkan kucing-kucing yang masih hidup ke dalam perut mereka lalu menjahitnya kembali. Apalagi, menggeleparlah kucing itu di dalam perut membuatkan ibu-ibu Muslim tadi mati dalam keadaan yang amat menyiksakan. Hanya Allah saja yang tahu mengapa segala musibah ini diturunkan kepada masyarakat Islam Ambon.

Orang-orang Islam membuat tiga benteng pertahanan iaitu di Masjid An Nur, persimpangan Masjid Al Fatah dan yang terakhir sekali di Masjid Al Fatah sendiri yang menempatkan orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak.

Gelombang serangan pengganas Kristian yang begitu besar dan lengkap peralatannya menyebabkan pertahanan di Masjid An Nur roboh. Para pejuang Islam berundur ke persimpangan jalan sementara Masjid An Nur dibom pengganas. Pertahanan di simpang jalan juga tidak lama kerana banyak pejuang Islam yang syahid dan cedera. Saki-baki pejuang terpaksa mempertahankan kubu terakhir mereka iaitu Masjid Al Fatah. Ketika ini para mujahiddin berperang sambil menangis kerana terlalu sedih dan amat mengharapkan pertolongan Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

Mereka yang lemah di dalam masjid berdoa beramai-ramai dengan sepenuh hati. Fikir mereka, kali ini habislah umat Islam Ambon seluruhnya. Dengan kuasa Allah Yang Maha Besar, pertolongannya tiba di saat-saat segenting itu. Orang-orang melihat ada cahaya biru yang jatuh ke kubah Masjid Al Fatah.

Entah dari mana dengan tiba-tiba sahaja ribuan kanak-kanak kecil yang berjubah keluar dari dalam Masjid Al Fatah lalu membuat benteng pertahanan di sekitar masjid. Mereka dipimpin oleh seorang tua. Orang tua itu bertakbir, semua kanak-kanak kecil turut bertakbir.
Gerombolan pengganas Kristian tiba. Mereka menyerbu benteng kanak-kanak kecil tadi tetapi gagal kerana tiada keizinan Allah SWT Yang Maha Gagah. Kanak-kanak itu tidak lut ditikam, ditetak ataupun dipanah. Para pengganas Kristian gempar lalu berundur ke tempat masing-masing. Umat Islam di dalam masjid melakukan sujud syukur di atas pertolongan Allah itu.

Esoknya heboh diperkatakan orang Islam dan orang Kristian tentang kanak-kanak kecil tersebut. Orang ramai menyangkakan semua kanak-kanak itu disimpan di dalam Masjid Al Fatah. Sebenarnya Imam masjid sendiri tidak tahu dari mana datangnya. Tidak syak lagi… mereka ialah tentera-tentera Allah Yang Maha Besar Kerajaan-Nya.

Dalam satu peristiwa lain, seramai tujuh puluh pemuda berjubah dari sebuah perkampungan bergerak menuju Ambon kerana mereka mendengar khabar angin mengatakan Masjid Al Fatah telah hancur dan imamnya dibunuh. Apa gunanya lagi hidup jika sudah demikian keadaannya. Mereka berjalan berpuluh-puluh kilometer melalui hutan dan gunung-ganang agar tidak bertembung dengan pengganas Kristian. Bukan bermaksud mereka takut tetapi mereka enggan bertempur di luar kota Ambon. Hasrat mereka adalah untuk mengamok di dalam kota.

Sungguhpun demikian, mereka dipertemukan Allah juga dengan pengganas Kristian dari sebuah perkampungan. Setelah disekat, mereka pun tiada jalan lain melainkan jihad menggunakan senjata. Dengan izin Allah SWT Yang Maha Hidup, seluruh perkampungan itu bersama para pengganas dibereskan dalam masa setengah jam sahaja. Lima buah gereja turut dibakar hangus.

Pihak keselamatan (polis) Ambon yang 70% beragama Kristian merasa gentar dengan tentera Allah ini lalu cuba menyekat dengan senjata api. Sebagaimana yang kita sedia maklum, polis-polis beragama Islam pulang berhari raya ke kampung masing-masing. Mudahlah mereka bertindak sewenang-wenangnya.

Para pejuang terpaksa bertahan apabila ditembak bertalu-talu sedangkan mereka hanya bersenjatakan alatan perang tradisional. Mereka ditembak begitu lama sehingga habis semua peluru pihak keselamatan. Pihak keselamatan nampak pasukan pejuang masih kuat lalu cuba menyekat dengan cara lain pula.

Mereka meminta jasa baik seorang ulama Islam tempatan untuk memujuk para mujahiddin membatalkan hasrat mereka. Ulama itu sedia bekerjasama agar jalan perbincangan dapat dibuka dan keganasan dihentikan. Dia menemui para pejuang dan memberi jaminan bahawa Masjid Al Fatah masih teguh dan imamnya masih hidup. Para pejuang bersetuju untuk pulang ke daerah mereka.

Pihak polis Kristian memeriksa medan pertempuran tetapi gagal menemui sebarang mayat pejuang Islam. Darah mereka pun tidak ada tinggal kesannya. Rupa-rupanya kesemua tujuh puluh pemuda itu selamat pulang dengan sejahtera. Hanya pokok-pokok pisang yang tumbang. Mereka sangat hairan dngan peristiwa tersebut. Ketahuilah, segala yang mustahil akan menjadi kenyataan atas kemahuan Allah SWT.

Rupanya sewaktu pihak polis Kristian menembak ke arah tujuh puluh pemuda tersebut, mereka lihat pejuang-pejuang Islam berjumlah ribuan orang dan dipimpin oleh seorang tua yang menunggang kuda putih. Oleh itu pihak polis pergi ke kampung halaman pemuda-pemuda itu untuk menangkap orang tua berkuda putih itu. Hasilnya, mereka bertambah hairan kerana tidak ada orang tua di sana dan tidak ada seorangpun yang memelihara sebarang kuda. Jadi, siapakah orang tua berkuda putih itu?

bersambung...

Masalah 'Imam Mahdi'

Soal jawab ini berlaku di laman http://formulacemerlang.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=88&start=0

Pertanyaan oleh saudara Fauzan:

ASSALAMUALAIKUM
SAYA INGIN BERTANYAKAN TENTANG KEWUJUDAN IMAM AL MAHDI
ADAKAH IMAM AL MAHDI INI WUJUD ATAU TIDAK? DAN JIKA WUJUD WUJUD APAKAH PERKAITANNYA DENGAN KITA SEBAGAI MUSLIM?
SOALAN INI SAYA TUJUKAN KEPADA SESIAPA YANG MAMPU UNTUK MENJAWAB DENGAN KEBENARAN...
WASSALAM...

PANDANGAN:

Pertama sekali, sebelum kita melangkah lebih jauh dalam persoalan Al Mahdi ini... hendaklah kita maklumi awal-awal bahawa... kepercayaan kepada Al Mahdi bukanlah termasuk ke dalam perkara pokok agama Islam. Ia bukan sebahagian daripada Rukun Iman atau Rukun Islam. Sama ada percaya atau tidak, ia tidak akan merosakkan iman atau aqidah kita.

Kesimpulan kecilnya: Setiap individu berhak untuk percaya atau tidak akan kewujudan Al Mahdi.

Kenyataan beberapa orang tokoh Islam tentang mempercayai Al Mahdi:

Prof. Kiyai Anwar Musaddad-Ulama terkenal Indonesia:
"Kita tidak boleh menghukum kafir, sesat atau terkeluar daripada aqidah Islam terhadap orang yang memeprcayai kewujudan Al Mahdi, termasuk orang yang mengijtihadkan atau menentukan seseorang itu sebagai Al Mahdi, kerana Al Mahdi tidak termasuk dalam senarai aqidah pokok."

Tuan Guru Haji Abdullah Long-guru agama terkenal dan pengamal Tariqat Naqsyabadiah,Muazzam Syah:
"Kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman mempunyai nas yang mutawatir yang boleh didapati dalam kitab-kitab karangan ulama muktabar. Bagaimanapun ini bukan soal aqidah."

Tuan Guru Syed Omar Al Idrus (cucu waliyullah Tukku Paloh, Terengganu):
"Persoalan Imam Mahdi itu sendiri menjadi khilafiah para ulama."

Dr. Mahmud Saedon-pensyarah UIA, 1988:
"Kepercayaan kepada konsep Imam Mahdi bukan persoalan aqidah yang terpokok dalam Islam."

Puluhan malah mungkin ratusan hadith dan atsar tentang Al Mahdi boleh kita muatkan di sini namun antaranya terdapat yang dhaif malah yang palsu.

Berikut adalah hadith-hadith yang saya pegang (secara peribadi-boleh jadi betul atau salah pada orang lain):

"Dunia tidak akan hancur sehinggalah (muncul) seorang lelaki dari kalangan kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku (Muhammad bin Abdullah) memerintah seluruh bangsa Arab."
(Turmizi)

"Jika tinggal hanya sehari saja lagi sebelum kiamat tiba, nescaya Allah akan mengutuskan saeorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya dunia ini dipenuhi dengan penindasan."

(Abu Daud)

"Al Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah daripada kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja."

(Ibnu Majah)

"Al Mahdi itu dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun."

(Abu Daud)

"Al Mahdi itu adalah daripada keturunanku, daripada anak-anak Fatimah."

(Ibnu Majah & Abu Daud)

Walaupun banyak hadith dan riwayat yang palsu dan dhaif tentang Al Mahdi,. namun jika dihimpunkan kesemua khabar dhaif dan hasan yang ada, maka secara mutawatirnya Al Mahdi memang wujud.

Ini juga adalah pegangan saya secara peribadi, dan saya tidak pula berusaha untuk mengajak orang lain mempercayainya kerana ia bukanlah perkara pokok dalam agama.

Apa yang paling PENTING, janganlah isu yang kedudukannya di hujung agama ini dijadikan perbalahan dan saling menyesatkan. Kita saling menghormati pendapat orang lain asalkan mereka ada hujah yang baik.

Sebagai tambahan:
Saidina Umar Al Khatthab pernah meramalkan bahawa pada suatu masa nanti akan lahir daripada sulbinya( keturunannya) seorang yang bersifat sepertinya malah bernama seperti namanya.

Ini adalah riwayat yang amat biasa- tidak banyak sanad- tidak mutawatir- tidak dipandang orang pun- tidak dinanti-nantikan kedatangannya- tidak bertaraf sahih pun perkataan S. Umar ini. Namun ternyata ramalan sedhaif ini benar apabila munculnya Khalifah Umar Abdul Aziz!

Bandingkan dengan riwayat tentang Al Mahdi yang jauh lebih kuat berbanding ramalan Saidina Umar- banyak riwayatnya- mutawatir-disokong banyak ulama- dinanti-nantikan kedatangannya, ada hadith-hadithnya yang bertaraf hasan... maka tidak mustahil Al Mahdi memang wujud.


Apa kaitannya dengan kita umat Islam...

Untuk mereka yang percaya:

Kalau kedatangan Al Mahdi memang benar, mereka mendapat keuntungan kerana sedikit sebanyak telah ada persediaan sekurang-kurangnya untuk menjalani kehidupan pada zaman Al Mahdi. Lebih bertuah lagi kalau dapat berjuang bersama-sama Al Mahdi dan tidak mustahil mereka sedang berada dalam jemaah yang bakal menjadi tentera Mahdi itu sekarang.Perjuangan mereka juga akan lebih tersusun kerana sudah tahu ke mana arah Al Mahdi menakluk, bila, selepas apa, apa tentera atau musuh yang akan dihadapi selepas ini berpandukan hadith-hadith tentang perjuangan Al Mahdi. Umat Islam tidak akan terburu-buru untuk mengusir Yahudi daripada Palestine kerana sedia maklum yang para Yahudi itu dikumpulkan Tuhan di Palestine hanyalah untuk melengkapkan ramalan akhir zaman tentang pembantaian besar-besaran umat Yahudi di sana oleh Al Mahdi, Nabi Isa as dan tentera Islam.

Kalau tidak benar- mereka tidak akan kerugian apa-apa kerana ia melibatkan kepercayaan sahaja.

Untuk mereka yang tidak percaya:

Kalau kedatangan Al Mahdi benar, mereka akan mengalami sedikti kerugian kerana tidak bersedia untuk hidup dan berjuang mengikut keperluan semasa era Al Mahdi. Ditakuti juga mereka akan termenentang jemaah Al Mahdi tanpa disedari.

Kalau kedatangan Al Mahdi tidak benar, mereka tidak rugi apa-apa dan tidak untung apa-apa.

Tamsilan:

Sekiranya selepas kita mati ternyata syurga dan neraka itu memang wujud, maka orang yang percaya punyai peluang cerah untuk selamat kerana mereka telah beramal di dunia. Kalau tidak ada pun, mereka hanya rugi masa di dunia selama 70-80 tahun sahaja kerana banyak beribadah.

Sekiranya selepas mati syurga dan neraka memang ada, maka orang yang tidak percaya akan rugi selama-lamanya- bertrillion tahun. Kalau tidak adapun, mereka masih tidak untung apa-apa.

Kita boleh membuat pilihan yang bijak.

Siapakah yang paling kuat beruasaha agar umat Islam tidak percaya kepada Al Mahdi?


Tidak lain adalah Yahudi laknatullah... kerana mereka tidak mahu umat Islam bersatu dengan Al Mahdi lalu mendapat kemenangan menghancurkan mereka. Pelbagai jarum-jarum halus ditusukkan sama ada dari luar atau dari dalam Islam sendiri agar umat Islam tidak mempercayai hal ini.

Akhirnya, dari sudut pandangan perjuangan gerakan Islam:

Para sahabat menjayakan zaman Mekah dan Madinah yang pertama dengan adanya satu peribadi agung bersama mereka iaitu Rasulullah. Pejuang Islam hari ini tanpa satu peribadi agung mahu kembalikan zaman Mekah dan Madinah yang kedua.
Bolehkah?

Para sahabat sendiri tidak mampu melakukannya tanpa satu peribadi agung, bagaimana para pejuang hari ini dapat merealisasikan zaman Mekah dan Madinah yang kedua tanpa satu peribadi agung?

Kita faham, pejuang hari ini tidak sehebat para sahabat. Logikkah kita yang tidak sehebat para sahabat ini dapat mengulangi kejayaan para sahabat+1 peribadi agung?

Maka untuk menyeimbangkan kuasa para sahabat dan peribadi agung ini, zaman Mekah dan Madinah kedua hanya akan direalisasikan dengan gabungan Al Mahdi dan ikhwan hari ini. Namun itu belum cukup, kerana Al Mahdi tidak setanding Rasulullah manakala ikhwan hari ini tidak setanding para sahabat.

Maka untuk medekatkan jurang ini, diturunkan bersama Al Mahdi dan ikhwan pejuang hari inisatu lagi peribadi agung iaitu Nabi Isa.

Zaman gemilang 1 dilakukan oleh Nabi Muhammad bin Abdullah + sahabat.
Zaman gemilang 2 dilakukan oleh Al Mahdi Muhammad bin Abdullah + ikhwan + Nabi Isa.

Tamat pandangan peribadi ana.

Alexanderwathern 2005
(*Jawapan di atas dibuat secara terus, tanpa rujukan yang mendalam. Maka tidak mustahil banyak kekurangan).

Inilah Jalan Para Ulama

Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair- Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.


Alexanderwathern 2003

Cara-cara Mendapatkan Ilmu

Manusia mendapat ilmu melalui 2 cara iaitu melalui jalan Pengajian Insani atau pun jalan Pengajian Rabbani:

PENGAJIAN INSANI
  • Belajar maksudnya seseorang itu mengambil faedah daripada individu atau pun benda lain
  • Berfikir pula adalah mengambil faedah daripada jiwa keseluruhan yang ada pada dirinya sendiri
  • Jiwa keseluruhan lebih kuat kesan dan pengajarannya daripada sekalian ulama dan cerdik pandai
  • Ilmu melalui Pengajian Insani boleh diperolehi juga oleh orang-orang kafir tetapi ilmu daripada Pengajian Rabbani hanyalah untuk orang-orang beriman.
PENGAJIAN RABBANI
  • Ilmu yang datang terus daripada Tuhan jauh lebih hebat daripada ilmu yang diperolehi melalui belajar dan berfikir.
  • Buktinya kisah Nabi Adam dengan para malaikat. Para malaikat telah hidup lebih lama dan telah belajar melalui pelbagai jalan/ kaedah. Dengan itu mereka menyangkakan yang mereka lebih banyak ilmu berbanding Nabi Adam. Namun dalam masa yang singkat sahaja Nabi Adam menjadi lebih berilmu daripada para malaikat setelah dia menerima Pengajian Rabbani (ilmu yang datang terus daripada Tuhan) berupa wahyu, sedangkan dia baru saja diciptakan. Allah telah mencabar para malaikat menyebutkan nama benda-benda tertentu tetapi mereka gagal. Sebaliknya Nabi Adam telah berjaya menyebut nama benda-benda tersebut.
  • Ilmu ghaib yang tercetus daripada wahyu adalah lebih kuat dan lebih sempurna daripada ilmu-ilmu yang diperolehi melalui usaha.
  • Ilham lebih lemah jika dibandingkan dengan wahyu tetapi lebih kuat berbanding mimpi.
  • Orang yang telah dikurniakan ilmu laduni belajarnya sedikit tetapi tahunya banyak, kerjanya sekejap tetapi rehatnya panjang. Sebab itulah ada di antara ulama silam yang dapat menyiapkan ratusan buah kitab seumur hidup mereka hinggakan ada yang tidak logik perbandingannya antara jumlah kitab dengan usia mereka sendiri.
  • Wahyu terhenti kerana jika diteruskan ia akan menjadi sia-sia memandangkan agama Islam itu sudah lengkap. Melakukan perkara sia-sia adalah sifat yang mustahil bagi Allah Taala.
  • Allah mengunci pintu wahyu tetapi membuka pintu ilham sebagai satu rahmat
  • Kata Saidina Ali, syarah Kitab Taurat itu dapat dimuatkan ke atas 40 ekor unta namun dia membuat pengakuan mampu berbuat sebanyak itu juga hanya dengan mensyarahkan Surah Al Fatihah sahaja. Ini membuktikan kehebatan ilmu laduni yang dikurniakan Tuhan kepadanya.
*Wujud satu virus yang digerakkan secara halus oleh musuh-musuh Islam terutamanya dari dalam dunia Islam sendiri untuk meminggirkan ilmu laduni daripada umat Islam hari ini. Ini menyebabkan ilmu laduni dipandang remeh walaupun oleh pejuang Islam. Akhirnya, pengetahuan kaum kafir jauh lebih hebat daripada kita!

Dipetik dan disesuaikan daripada AR-RISALAH AL-LADUNIYYAH (Ilmu Laduni) karangan Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali

Alexanderwathern
2002

Friday, June 6, 2008

Hiburan: Menolak Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy 4

DATO’ NIK ABDUL AZIZ & USTAZ ABDUL HADI AWANG

Pendirian mereka jelas mengharuskan nyanyian, gitar dan lain-lain alat muzik. Sewaktu sambutan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Dato’ Nik Aziz telah menganjurkan konsert alternatif yang melibatkan pelbagai alat muzik termasuklah gitar. Sekiranya beliau berpandangan perkara itu tidak harus, pasti tidak dianjurkannya.

Begitu juga dengan konsert-konsert alternatif termasuklah di Terengganu seperti konsert-konsert Ustaz Akil Hay yang sering melibatkan pemain gitar kumpulan Blues Gang. Tidak pernah mendapat bantahan daripada Ustaz Abdul Hadi Awang.

KESIMPULAN BESARNYA (untuk menjawab soalan penanya)- Islam tidak melarang kita bermain gitar

Wallahualam.


Namun yang jelas haram (tidak ada khilaf) sekiranya alat muzik tadi dipersembahkan bersama:
  1. lagu-lagu yang tidak mendidik, tidak membawa manfaat dan pengajaran- seperti lagu-lagu yang liriknya berkisar tentang cinta lelaki wanita, lagu-lagu yang memuja wanita, menyanjung tokoh-tokoh jahat, lagu-lagu lucah, liriknya berbelit-belit hingga pendengar lebih khayal dengan muzik drpd mesej lagu
  2. penyanyinya wanita sama ada yang tidak menutup aurat, atau yang bersolek, atau yang beraksi berlebih-lebihan, atau yang berakhlak buruk yang akan menjadi ikutan orang lain. Bagi penyanyi wanita yang bersopan (menutup aurat, tidak bersolek, aksinya sopan, boleh menjadi ikutan yang baik)- ia menjadi khilaf ulama. Yang mempamerkan rambut dan bertabarruj (menghias wajah dan diri) di depan penonton seperti artis-artis wanita popular tanah air dewasa ini nyata sangat-sangat haram.
  3. sebarang tarian kecuali tarian perang (tempur atau seni beladiri), lebih-lebih lagi yang melibatkan wanita. Khilaf ulama jika wanita menggayakan tarian perang.
  4. majlis yang di dalamnya ada unsur-unsur tidak baik seperti dihidangkan arak, percampuran lelaki wanita, tari-menari.

Sampai masa untuk buat keputusan peribadi anda…

Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?

1. Berdosa (Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)

2. Tidak berdosa selagi tidak bercampur maksiat (pandangan saya)

Alexanderwathern
2006


Hiburan: Menolak Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy 3

DR. YUSUF QARDHAWI & ulama-ulama lain

ASAL SEGALA SESUATU lTU DIPERBOLEHKAN

Suatu kaedah yang ditetapkan oleh para ulama bahwa, "Segala sesuatu itu asalnya boleh," berdasarkan firman Allah SWT, "Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu..." (Al Baqarah: 29). Dan tidak ada pengharaman kecuali dengan nas yang sharih dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya atau ijma' yang meyakinkan. Karena itu apabila tidak ada nash shahih dan tidak sharih tentang haramnya sesuatu, maka tidak akan mempengaruhi akan halalnya sesuatu itu, dan tetap berada dalam lingkup dimaafkan yang luas. Allah SWT berfirman:

"Dan sungguh (Allah) telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya."
(Al An'am: 119)

Imam Al Ghazali telah menjawab orang yang mengatakan bahwa sesungguhnya lagu atau nyanyian itu termasuk permainan yang sia-sia dengan kata-katanya sebagai berikut, "Memang demikian, tetapi dunia seluruhnya adalah permainan. Seluruh permainan dengan wanita adalah laghwun, kecuali bercocok tanam(berjimak) yang itu menjadi penyebab memperoleh anak. Demikian juga bergurau yang tidak kotor itu hukumnya halal, demikian itu didapatkan dari Rasulullah SAW dan para sahabatnya."

Cukuplah bagi kita bahwa sesungguhnya Ahli Madinah, dengan kehati-hatiannya dan golongan Zhahiriyah dengan keteguhannya dalam memegang zhahir nas serta kaum sufi dengan kekerasan mereka untuk mengambil 'azimah (semangat), bukan mengambil keringanan-keringanan telah diriwayatkan dari mereka tentang bolehnya lagu-lagu.

Imam Syaukani berkata di dalam kitabnya "Nailul Authar," "Ahlul Madinah berpendapat dan ulama' yang sependapat dengan mereka dari kalangan Zhahiriyah serta jamaah dari kaum shufi bahwa menyanyi itu diperbolehkan, meskipun dengan gitar dan biola."

Ustadz Abu Manshur Al Baghdadi Asy-Syafi'i menceritakan di dalam kitabnya mengenai mendengar lagu, bahwa sesungguhnya Abdullah bin Ja'far berpendapat bahwa menyanyi itu tidak apa-apa, dan beliau memperbolehkan budak-budak wanitanya untuk menyanyi, dan beliau sendiri ikut mendengarkan getaran suaranya, itu di zaman Amirul Mu'minin Ali RA

Ustadz tersebut juga menceritakan hal itu dari Al Qadhi Syuraih, Said bin Musayyab, 'Atha' bin Abi Rabah, Az-Zuhri, dan Asy-Sya'bi.

Imam Al Haramain dalam kitabnya "An Nihayah" dan Ibnu Abid Dunya mengatakan, "Telah diikut berita dari ahli sejarah bahwa sesungguhnya Abdullah bin Zubair pernah mempunyai budak-budak wanita yang terlatih untuk bermain gitar, dan sesungguhnya Ibnu Umar pernah ke rumah beliau ternyata di sisinya ada 'ud (gitar). Maka Ibnu Umar bertanya, "Apa ini wahai sahabat Rasulullah?," maka Abdullah bin Zubair mengambilkan untuknya, dan Ibnu Umar merenungkannya, dan berkata, "Apakah ini mizan syami (neraca musik) dari Syam?" Ibnu Zubair berkata, "Dengan ini akal seseorang bisa dinilai."

Al Hafidz Abu Muhammad bin Hazm meriwayatkan di dalam risalahnya tentang "mendengarkan nyanyian" dengan sanadnya yang sampai pada Ibnu Sirin, ia berkata, "Sesungguhnya ada seorang laki-laki datang ke Madinah dengan membawa budak-budak wanita, maka orang itu singgah di rumah Ibnu Umar. Di antara budak-budak wanita itu ada yang memukul alat musik, maka datanglah seorang laki-laki menawarnya, maka ia tidak mempedulikan laki-laki itu. Ia berkata, "Pergilah untuk menemui seseorang yang lebih baik bagimu untuk mengadakan jual beli daripada orang ini." la berkata, "Siapakah orang itu?" Ibnu Umar berkata, "la adalah Abdullah bin Ja'far." Maka orang tersebut menawarkan budak-budak wanitanya kepada Abdullah bin Ja'far. Kemudian Abdullah bin Ja'far memerintahkan salah seorang dari budak itu sambil mengatakan, "Ambillah 'ud (gitar) ini!," maka budak itu mengambilnya lalu menyanyi, dan kemudian beliau membelinya, kemudian datang kepada Ibnu Umar ...." hingga akhir kisah.

Pengarang kitab "Al 'Aqd" Al 'Allaamah Al Adiib Abu 'Umar Al Andalusi meriwayatkan bahwa Ibnu Umar pernah masuk ke rumah Abdullah bin Ja'far, ternyata mendapatkan di sisinya ada seorang budak wanita yang di pangkuannya ada gitar. Kemudian Abdullah bin Ja'far berkata kepada Ibnu Umar, "Apakah kamu melihat ini ada masalah?," beliau menjawab, "Tidak ada masalah."

Al Mawardi menceritakan dari Mu'awiyah dan 'Amr bin 'Ash bahwa keduanya pernah mendengar gitar di rumah Abdullah bin Ja'far.

Abul Faraj Al Ashfahani meriwayatkan bahwa sesungguhnya Hassan bin Tsabit pernah mendengar dari 'Izzah Al Mila' lagu-lagu dengan gitar dengan mendendangkan sya'ir. Demikian juga ini diceritakan oleh Abul 'Abbas Al Mubarrad.

Al Adfuwu menyebutkan bahwa Umar bin Abdul Aziz pernah mendengarkan budak-budak perempuannya sebelum menjadi khilafah. Ibnus Sam'ani pernah menukil tarkhis (dispensasi) dari Thawus, demikian juga Ibnu Qutaibah juga pernah menukil tarkhis dari Qadhi Madinah Sa'ad bin Ibrahim bin Abdur Rahman Az-Zuhri dari tabi'in. Demikian juga Abu Ya'la juga menukil di dalam "Al lrsyad" dari Abdul Aziz bin Salamah Al Majsyun, mufti Madinah.

Imam Ar-Rauyani menceritakan dari Al Qaffal, bahwa sesungguhnya madzhabnya Imam Malik bin Anas itu memperbolehkan menyanyi dengan memakai alat muzik, demikian juga Ustadz Abu Manshur Al Faurani juga menceritakan dari Imam Malik tentang bolehnya mempergunakan gitar.

Abu Thalib Al Malik di dalam kitab "Qutil Qulub" menyebutkan dari Syu'bah bahwa pernah mendengar suara genderang di rumah Minhal bin Amr, seorang muhaddits masyhur.
Abul Fadhl bin Thahir menceritakan di dalam kitabnya dalam bab "As Sima'" bahwa sesungguhnya tidak ada khilaf di antara ahli Madinah dalam memperbolehkan gitar.

Ibnun Nahwi di dalam kitabnya "Al 'Umdah" dan Ibnu Thahir mengatakan (tentang bolehnya gitar itu) merupakan ijma 'Ahlul Madinah. Ibnu Thahir mengatakan, "Pendapat itu juga didukung oleh golongan Zhahiriyah." Al Adfuwi berkata, "Tidak ada perselisihan riwayat dalam masalah memukul genderang pada Ibrahim bin Sa'ad yang telah kami sebutkan, dia termasuk perawi yang diriwayatkan haditsnya oleh Ashabus-sittah."

Al Mawardi menceritakan bolehnya menggunakan gitar oleh Abdul Fadhl bin Thahir dari Abi Ishaq Asy-Syairazi, demikian juga diceritakan oleh Imam Asnawi di dalam kitab "Al Muhimmat" dari Imam Ar-Rauyani dan Al Mawardi. Diriwayatkan juga oleh Ibnu Nahwi dari Ustadz Abu Manshur, diceritakan juga oleh Ibnu Mulaqqin di dalam kitab "Al 'Umdah" dari Ibnu Thahir, diceritakan juga oleh Al Adfawi dari Syaikh 'Izzuddin bin Abdus Salam, diceritakan juga oleh pemilik kitab "Al Imta'" dari Abu Bakar Ibnul Arabi, dan Imam Al Adhfawi juga telah menegaskan tentang bolehnya.

(DR. YUSUF QARDHAWI dalam bukunya SISTEM MASYARAKAT ISLAM DALAM AL QURAN DAN SUNNAH)


Jadi barangsiapa mendengarkan nyanyian dengan niat untuk membantu bermaksiat kepada Allah, maka jelas dia adalah fasik --termasuk semua hal selain nyanyian. Dan barangsiapa berniat untuk menghibur hati supaya dengan demikian dia mampu berbakti kepada Allah dan tangkas dalam berbuat kebajikan, maka dia adalah orang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya pun termasuk perbuatan yang benar. Dan barangsiapa tidak berniat untuk taat kepada Allah dan tidak juga untuk bermaksiat, maka perbuatannya itu dianggap main-main saja yang dibolehkan, seperti halnya seorang pergi ke kebun untuk berlibur, dan seperti orang yang duduk-duduk di depan sofa sekedar melihat-lihat, dan seperti orang yang mengkelir bajunya dengan warna ungu, hijau dan sebagainya.
(Halal dan Haram dalam Islam- Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi)


Nyanyian yang disertai dengan alat-alat muzik:
Berlaku khilaf di dalam perbincangan mazhab.
Konklusi perbincangan: Harus.
Pendapat ini disokong oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi di dalam kitabnya 'Al-Islam wal-Fan' (Islam dan Kesenian).

Seterusnya ada ulamak-ulamak masa kini yang mengharuskan penggunaan seluruh alat muzik tanpa ada pengecualian tetapi mereka meletakkan syarat-syarat dan batas-batas penggunaan alat tersebut agar tidak bertentangan dengan hukum Allah SWT. Mereka yang berpendapat demikian antaranya ialah:

1. Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitabnya Malamih Al-Mujtama’ Al-Muslim.
2. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam Al-Mar’ah wa Baitil Muslim juzuk 4 bab 8 iaitu Babul Lahwi wal La’ab.
3. Dr. Mohammad Imarah di dalam bukunya Al-Islam wal Funun Al-Jamilah.
4. Dr. Kaukab ‘Amir dalam bukunya As-Simaa’ ‘Inda As-Sufiyyah.

Pendapat mereka sama dengan pandangan beberapa ulamak terdahulu seperti Ibnu Hazm Al-Andalusi, Ibn Tahir Al-Qaisarani, Abdul Ghani An-Nablusi, Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie dan Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.

Sebahagian daripada mereka seperti Al-Qardhawi berpendapat demikian kerana hadith-hadith yang mengharamkan alat-alat muzik pada pandangan beliau sama ada sahih ghair sarih (sahih tetapi tidak nyata) ataupun sarih ghair sahih (nyata tetapi tidak sahih). Nas-nas yang seumpama ini tidak mampu untuk memutuskan hukum kerana hukum mestilah diputuskan dengan nas yang sahih wa sarih (sahih dan nyata).[xix]

*Kesimpulan- Dr. Yusuf Qardhawi mengharuskan nyanyian dan penggunaaan semua jenis alat muzik termasuklah gitar.

bersambung...

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails