Hampir setiap hari kita membaca akhbar, tulisan-tulisan di internet, sarikata di televisyen, buku, majalah, tulisan-tulisan berkaitan dengan kerjaya dan pelajaran kita... dan sebagainya. Begitu juga dengan menonton dan mendengar muzik. Banyaknya kan? Tapi...
...berapa lamakah kita peruntukkan sehari untuk menatap dan membaca kata-kata Tuhan? Ada tak? Ke tak ada langsung? Allamak...!!!
Al-Quran terdiri daripada 30 juzuk. Hari-hari dalam sebulan juga umumnya berjumlah 30 hari. Oleh itu, memang sesuai sangatlah jika kita CUBA menghabiskan 1 juzuk Al-Quran sehari. Begitulah antara harapan Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna kepada umat Islam, khususnya para da’i.
Tak mampu? Tidak mengapalah. Pelan-pelan lah ye tak? Tapi... takkanlah dalam tempoh 24 jam itu tak mampu untuk membuka Al-Quran dan membaca 1 ayat?
Tak mampu juga? Tak apalah. Tapi... takkanlah tak mampu untuk sekadar membuka dan melihat selama satu saat?
Tak mampu juga? Hmmm... beginilah. Paling kurang... dalam sehari, sentuhlah kitab Al-Quran itu sekali, tak perlu buka pun. Bolehkah istiqamah yang ini?
Tak boleh jugak? Amboih! Melampau dah tu! : )
Tahniah kepada mereka yang berjaya menatap dan membaca Al-Quran setiap hari. Ada yang istiqamah 2 mukasurat, ada yang setengah juzuk, ada yang satu juzuk, ada yang lebih lagi... dan lain-lain.
Kepada yang tidak mahir bahasa Arab, Dakwah Tajdid Segar menyarankan... memadailah membaca setengah juzuk sahaja sehari, DAN... bacalah terjemahannya.
Kepada yang belum bermula, mulakan hari ini. Boleh?
Mulakan dengan 2-3 ayat sehari? Sudah cukup cantik dah tu. Asalkan...istiqamah... berterusan setiap hari. Pakailah gear 1 dahulu,kemudian barulah naik ke gear-gear seterusnya.
Ok, jumpa lagi esok. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment