PERSOALAN : Seorang sahabat yang menggunakan nama NS
bertanyakan pandangan tentang petikan di bawah, yang disiarkan dalam sebuah
akhbar tempatan tulisan Mohd Radzi Othman (*tak pasti sama ada orang ini
sama dengan Mohd Radzi Othman dari ulama muda UMNO atau tidak) :
“Ada juga antara kaum Muslimin yang membaca kisah ini (*kisah
Israk dan Mikraj) tanpa mengerti; dalam masa mereka menetapkan peristiwa
turun naik yang dilakukan Nabi untuk berjumpa ALLAH bagi mengurangkan jumlah
solat, mereka menetapkan ALLAH wujud tanpa tempat (*maksudnya si penulis meyakini
bahawa zat Allah itu dipengaruhi oleh tempat). Seandainya ALLAH bukan bersemayam di atas Arasy, malah sebaliknya ALLAH
wujud tanpa tempat, lalu mengapa berlakunya Mikraj? Lebih ironi mengapa Musa
menyuruh Nabi Muhammad SAW menghadap ALLAH di Sidratul Muntaha berulang kali?
Cukup sahaja di langit ke enam - tempat Nabi Musa tinggal - Rasulullah SAW
menyeru Tuhannya, tidak perlulah baginda naik turun berulang kali. Lalu di
sinilah pemisah antara golongan yang beriman kepada naqal dan akal.”
PENJELASAN SAYA : (*Memang sedap jika dijawab
panjang lebar, tapi ketika menjawab persoalan ini tempoh hari memang saya
sedang kesibukan. Namun dengan jawapan ringkas ini pun rasanya sudah memadai
untuk memahami kedudukan sebenar)
Jawapan
ringkasnya :
1. Peristiwa Mi'raj
itu berkait dengan di mana Allah mahu Rasulullah berinteraksi dengan-Nya,
bukannya berkait tentang zat Allah berada di mana. Boleh saja jika Allah
mahu Rasulullah berinteraksi denganNya di bumi, di dalam Kaabah, di rumah, di
medan perang, di Bukit Tursina (sebagaimana Nabi Musa), tapi Allah sendiri yang
berkehendak Rasulullah berinteraksi dengannya hanya di Sidratul Muntaha. (*Agaknya
ketika Allah mahu menampakakan diriNya kepada Nabi Musa dulu, Allah sedang
berada di sekitar Bukit Sinai itulah ye?)
2. Rasulullah
tak pergi melewati ‘arasy, sedangkan penulis itu percaya Allah bersemayam di
atas ‘arasy. Sidratul Muntaha bukan ‘arasy dan bukan di atas ‘arasy. Maksudnya
Rasulullah bertempat di Sidratul Muntaha, sedangkan Allah tidak duduk di
Sidratul Muntaha. (*Penulis itu tidak tahu bahawa di atas daripada ‘arasy
bukanlah tempat, bukanlah ruang, bukan juga gelap atau cerah, tidak ada
sebarang warna di sana. Hendak bicara soal ini kenalah terlebih dahulu belajar
tentang apa itu ‘arasy, bagaimana keadaan di atas daripada ‘arasy, dan bagaimana
keadaan di bawah daripada ’arasy).
3. Peristiwa
Mikraj itu juga sebenanya hendak menunjukkan siapa sebenarnya Rasulullah
(*apa sebenarnya jasad dan rohani Rasulullah saw), kerana di tempat yang
malaikat Jibril pun tak boleh sampai, tapi zat (*jasad dan rohani) Rasulullah
boleh sampai. (*bahagian ini kenalah berguru, baru mudah untuk dipindahkan
ilmu tentangnya, tetapi memakan masa yang bukan sedikit, mengikut kemampuan
masing-masing)
Wallahua’alam.
No comments:
Post a Comment