Gaji tahunan tidak naik, kita bising. Bonus tahunan tidak
diberi, jiwa kita memberontak.
Tetapi apabila ilmu agama kita tidak bertambah berbanding
tahun lepas, kita tidak pula rasa apa-apa. Amalan agama kita tidak meningkat,
tidak pula timbul rasa tidak puas hati. Betul kan?
Mula-mula bekerja 10 tahun dulu gaji kita RM 900.
Sekarang sudah RM 3,000. Katakanlah majikan hendak batalkan gaji sekarang lalu
beri gaji seperti 10 tahun dahulu sahaja. Mengamok tak? Tapi ilmu agama dan
amal-amal kita hari ini lebih kurang sama sahaja dengan 10 tahun yang lalu,
kalau bertambah pun sikit sahaja, tidak pula kita berasa apa-apa. Betul kan?
Itulah kita. Kalau keduniaan kita tidak bertambah baik
berbanding hari-hari semalam, kita sangat tidak berpuas hati. Tapi kalau
keakhiratan kita tidak bertambah baik berbanding hari-hari semalam, kita tidak
berasa apa-apa pun. Astaghfirullah…….
Ingatan untuk diri…….
Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment