Banyaknya sumbangan aku untuk agama dan umat Islam…….
Betulkah banyak?
Apa sumbangan kita kepada agama dan umat Islam? Apa USAHA kita?
Sudah berapa ramai yang tidak berminat dengan agama, sudah kita berusaha
minatkan?
Berapa ramai yang tidak ghairah untuk beribadah, sudah kita
ghairahkan?
Sudah berapa orang yang tidak mengerjakan solat, sudah bersolat
melalui usaha kita?
Lelaki yang sengaja tidak pergi solat berjemaah, semakin rajin ke
tempat berjemaah?
Berapa ramai pula yang tidak membaca Al-Quran, sudah membacanya
setiap hari?
Yang tidak minat berdakwah sudah berdakwah?
Yang belum sempurna menutup auratnya sudah disempurnakan?
Yang menolak atau takut akan hukum-hakam Islam sudah jinak dan
mesra?
Yang tidak mengenal Tuhan sudah kita kenalkan?
Yang selama hari ini tersalah sembahan atau tidak tepat
sembahannya sudah kita betulkan dan tepatkan?
Yang sebelum ini tidak muslim, sudah muslim melalui tangan kita?
Dan yang paaaling penting…
Sudah berapa orangkah orang Islam yang belum selesai fardhu ‘ainnya
(iaitu ilmu mukasyafah dan ilmu mua’malah) sudah kita bantu selesaikan?
Muhasabah semula kerja-kerja kita selama hari ini. Ke mana
sebenarnya kita hendak mengajak dan melorongkan manusia? Masa yang kita ada
tidak banyak. Pastikan ia digunakan dengan jimat dan berkesan.
-Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment