Sunday, July 1, 2012

Membaca Bukan Jalan Ilmu Islam?


PERSOALAN :
Assalamualaikum...saya ingin meminta pencerahan dari ustaz. Suasana keadaan tempat pengajian saya, budaya membaca dipandang serong. Penuntut-penuntut dimomokkan bahawa ini bukan jalan ilmu Islam, selain talaqi. Seakan-akan jika semua bacaan akan menyesatkan, jika tanpa guru...

PENJELASAN :
Wlksm. Budaya membaca memang sangat bagus dan tidak sepatutnya dipandang serong. Ayat pertama "Iqra' bismirabb......" menyeru kita supaya membaca. Membaca sebenarnya SALAH SATU jalan ilmu Islam. Cuma jangan kita jadikan membaca itu satu-satunya jalan, atau keterlaluan sehingga tidak seimbang dengan talaqqi.

Sebelum bertalaqqi, elok kita membaca terlebih dahulu bahagian yang akan diajarkan. Ketika talaqqi, kita sudah punya pengetahuan sedia ada, akan bertambah mantap ilmunya. Selepas talaqqi, kita ulangkaji dengan membaca lagi, lagilah mantap. Maksudnya... membaca pun kena rajin, talaqqi pun kena rajin. WA.

Abu Zulfiqar
27 JUN 2012

No comments: