Orang bertanya, apakah syaratnya untuk belajar agama dengan
saya (khususnya pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumiddin, perbandingan agama dan ilmu
perubatan Islam) sama ada secara terus (berhadapan) ataupun secara jarak jauh
(melalui internet). Jawab saya, tidak ada apa-apa syarat.
Pengajaran dan pembelajaran bersama-sama saya mudah
sahaja. Datanglah ke majlis saya di masjid, surau atau tempat-tempat lain. Yang
jauh, ikuti sahajalah kuliah-kuliah saya melalui internet. Sebarang soal-jawab
boleh dibuat secara berdepan ataupun melalui internet (bergantung pada
keluangan masa saya). Jika rajin dan punya masa lebih, jawab pulalah soalan-soalan
peperiksaan yang saya keluarkan, hantar atau e-mel jawapannya kepada saya. Saya
akan periksa dan maklumkan keputusannya.
Soalan lagi, ada sebarang bayaran? Tidak ada. Semuanya
percuma.
Namun begitu… saya kira ada SATU syarat yang sangat
penting, yang perlu saya ketengahkan juga!
Syaratnya mudah sahaja… sekiranya berlaku apa-apa fitnah yang
melibatkan dakwah dan diri saya, tolonglah bertanya terlebih dahulu kepada saya.
Jangan dengan pandangan sebelah pihak, tanpa bertanya kepada pihak satu lagi (iaitu
saya), lalu anda terus :
1. buat
keputusan, atau
2. ambil
tindakan, atau
3. meletakkan
hukuman, atau
4. yang
sewaktu dengan yang di atas tadi.
Tidak mahu pandang penjelasan saya pun, tidak
mengiktiraf, tidak mengapa. Tapi sekurang-kurangnya, berilah peluang saya buat
penjelasan, dapatkan maklumat daripada kedua-dua belah pihak (atau lebih
sekiranya terlibat) yang terlibat, kemudian barulah ambil mana-mana daripada 4
langkah di atas tadi. Jangan terus buat keputusan, ambil tindakan, letakkan hukuman
atau lain-lain sebelum anda mendapatkan maklumat daripada kedua-dua belah pihak
(atau lebih).
Usahakan diri kita agar menjadi orang yang adil, bukannya
menurut hawa nafsu. Seimbangkan input maklumat kedua-dua belah pihak sebelum
berbuat sesuatu.
Saya kira… inilah satu sahaja syarat untuk mengambil ilmu
dari saya. Sekiranya tuan-tuan sanggup menerima syarat ini, dengan besar hati
saya mengalu-alukan. WaAllahua’lam.
Abu Zulfiqar
26 April 2012
2 comments:
Assalamualaikum. Macam mna saya hendah berhubung dengan ustaz.?
Wlksm Kynnbieber. Di ruang komen ini pun boleh. Email abuzulfiqar@yahoo.com pun boleh. Akaun Facebook Abu Zulfiqar Amsyari pun boleh.
Post a Comment