PENDAHULUAN
Seorang sahabat bertanya
akan pandangan saya tentang komen-komen negatif sebahagian orang terhadap satu
individu yang dikenali sebagai Syeikh Abdullah Al-Majzub, yang dikatakan
mengasaskan Thariqat Abdullahiyyah yang berada di Kampung Petai Bubus, Kuala Terengganu.
Maka saya cuba mencari maklumat berkenaan, kerana pastinya ada aspek-aspek
tertentu yang membuatkan mereka menyatakan ketidaksetujuan dengannya.
Hal ini membuatkan saya
meneroka ke sebuah blog yang berkait rapat dengan ustaz/syeikh di Kampung Petai
Bubus itu iaitu http://sufimas.blogspot.com/. Dengan izin Allah, di salah satu laman tertera kalam
ustaz itu yang menceritakan hal ehwal dirinya sendiri http://sufimas.blogspot.com/2009/08/mukaddimah.html
.
Setelah saya meneliti
beberapa bahagian kalamnya, maka saya dapati mungkinlah bahagian-bahagian di
bawah ini yang membuatkan orang mempertikaikan dakwaan-dakwaan ustaz di Petai
Bubus tu. Wallahua’lam.
TIADA SEORANG PUN YANG BENAR-BENAR LAYAK
Ustaz PB berkata : “Setelah
hampir 30 tahun aku pendam dan tutup rahsia ini, dan sekian lama juga aku
melihat perkembangan dan perjalanan ilmu tasawuf dan perjalanan thariqat di
alam tanah melayu khususnya maka aku dapati terlalu banyak dakwaan dan
perkataan yang kebanyakan lari dan menyimpang jauh daripada perjalanan asal
serta maksud dan hakikat sebenar ilmu dan perjalanan ini. TIADA SEORANG PUN
yang aku dapati yang benar-benar berkelayakan dan benar–benar sampai apatah
lagi yang beroleh anugerah dan tauliah untuk memperkatakan dan membicarakan
ilmu-ilmu ini. Kalaupun ada hanya setakat bicara dan perkataan yang diceduk dan
diambil daripada kitab-kitab dan pengalaman orang-orang yang terdahulu yang
terkenal hebat dan luar biasa.ilmu, amalan, iman, taqwa dan akhlak mereka.”
ULASAN : Bagi
sebahagian orang, perkataan “TIADA SEORANG PUN” mungkin kelihatan sudah melampaui
batasan sifat-sifat mahmudah dan bernada mengangkat diri, kerana setahu kita
pun… ramai lagi ulama-ulama yang berkelayakan dalam bahagian yang diperkatakan
oleh ustaz PB (Petai Bubus) tu. Sebab itulah agaknya dia dipertikaikan. Wallahua’lam.
WAKIL TUHAN KURUN KE-15
Ustaz PB berkata lagi : “Adapun
suatu masa yang ditaqdirkan ALLAH yakni pada hari khamis selepas asar pada
tahun 1400 hijrah bersamaan pada tahun 1980 Masihi ketika aku sedang asyik dan
mabuk berzikir dengan zikir la ila ha ilallah datanglah padaku suatu ilham
daripada ALLAH Tuhan Sekalian Alam, Raja Yang Maha Agung atas segala Raja-Raja
dengan mengurniakan akan diriku dengan kurniaan yang besar iaitu melantik akan DIRIKU
SEBAGAI WAKIL TUHAN pada zaman ini yakni bagi kurun ke15 ini.”
ULASAN : Bahagian
ini tidak jelas pada saya kerana kalimah-kalimah yang digunakan agak umum.
Sekiranya ustaz PB mengatakan dia dilantik sebagai wakil Tuhan kurun ke-15
dengan maksud dia ialah salah seorang wakil Tuhan yang dilantik dan ada wakil-wakil
Tuhan yang lain lagi, mungkin kurang menimbulkan kontroversi. Tapi kalau dia
memaksudkan HANYA DIA yang dilantik sebagai wakil Tuhan kurun ke-15, memang
patutlah dipertikaikan.
Kalau boleh, cuba dapatkan
maklumat daripada ustaz PB tu, yang mana satu yang dia maksudkan.
Dan saya juga kurang pasti
(kerana tidak pernah mengkaji bahagian ini) benarkah pernah ada peristiwa Tuhan
memaklumkan melantik sesiapa sebagai wakilnya untuk sesuatu kurun itu ataupun
tidak. Pernahkah kita mendapat sandaran-sandaran kukuh yang mengatakan Saiyidina
Abu Bakar, Khalifah Umar Abdul Aziz, Imam Asy-Syafi’I, Imam Abu Hasan Asy’ari,
Imam Al-Ghazali, Sultan Muhammad Al-Fateh atau lain-lain tokoh yang melalui
peristiwa mereka dilantik sebagai wakil Tuhan untuk satu-satu zaman?
Sekiranya kita dapat
mencari sandaran-sandaran yang kukuh ataupun agak kukuh, maka hal ini akan membantu
menaikkan kredibiliti dakwaan ustaz PB itu. Tapi jika sebaliknya, tentulah
sukar untuk orang menerima kewujudan situasi di mana seseorang itu dilantik
oleh Tuhan sebagai wakil-Nya untuk sesuatu kurun. Secara tidak langsung, ia
akan menjatuhkan kredibilit dakwaan ustaz PB itu.
KALIMAH YANG TIDAK DAPAT DIPASTIKAN MAKSUD SEBENARNYA
Kata Ustaz PB seterusnya :
“Dalam beberapa tahun aku bezikir, pada suatu malam aku bermimpi datang
beberapa orang pada ku yang menyumbat sesuatu pada ubun-ubunku membuatkan aku
menjerit dan terkejut. Pada saat itulah zikir yang aku amalkan mula berpindah
kepada zikir akal. Aku teruskan amalan berzikir yang aku amalkan beberapa
tahun. Maka pada saat aku tenggelam, karam dan mabuk dalam berzikir datanglah
zikir Tuhan padaku dengan perkataan dan akuan bahawa AKULAH ALLAH TUHAN.”
ULASAN : Kalimah
“AKULAH TUHAN ALLAH” ini tidak semestinya membuatkan seseorang itu sesat kerana
dalam bahasa sesama ahli sufi memang ada kalimah-kalimah yang menggunakan
bahasa dalam yang hanya dapat difahami sesama ahlinya. Kalau sekadar maklumat
ini untuk mengatakan dia sesat, pada saya belum cukup lagi. Kena ada soal jawab
tertentu untuk memastikan kalimah itu difahaminya secara benar ataupun secara
salah. Untuk itu kena ada interaksi ataupun pertemuan. Di situ baru boleh
dilontarkan soalan-soalan perangkap dan penilaian. (*Definisi ‘zikir Tuhan”
menurut ustaz itu pun tidaklah kita ketahui melainkan kena bertanya betul-betul
dengannnya)
WAKIL TUHAN YANG HAQ
Kata Ustaz PB selanjutnya
: “Maka pada tahun 1980 yakni bersamaan dengan pada tahun 1400 hijrah aku telah
dikurniakan ALLAH dengan anugerah yang amat besar. Setelah aku tamat zikir dan
ketika datang zikir sir itulah datang beberapa perkataan kepada aku. Dalam aku
sedang mabuk dan asyik dengan zikir Allah tersebut datang padaku beberapa
perkataan dari Tuhanku…. Wahai
hambaKU Engkaulah adalah WakilKu Yang Haq………. Wahai hambaKu… Janganlah engkau ragu dan syak apa yang datang daripadaku. Jarang AKU
anugerah pangkat seperti ini pada zaman ini.”
ULASAN : Kalimah
WAKILKU YANG HAQ itu perlu diperincikan sebelum kita boleh menghukumnya benar
ataupun tidak. Sekiranya kalimah itu
memaksudkan hanya dia seorang sahaja wakil Tuhan yang haq, memang dia akan
dipertikaikan oleh banyak pihak. Tapi jika maksudnya dia wakil Tuhan yang haq
dan ada juga orang lain lagi wakil Tuhan yang haq, kuranglah pertikaiannya.
Namun begitu, berdasarkan
kalimah “JARANG AKU ANUGERAH PANGKAT SEPERTI INI PADA ZAMAN INI”, dapatlah kita
simpulkan bahawa ada lagi wakil-wakil Tuhan yang haq pada zaman ini. Hal ini
kerana perkataan “JARANG” membawa maksud lebih daripada dua orang sekurang-kurangnya.
Jika Ustaz PB meyakini bahawa “MEMANG AKU TAK ADA ANUGERAH KEPADA SESIAPA
MELAINKAN ENGKAU SEORANG”, barulah boleh
kita cenderungkan ke arah fahaman yang salah.
AKU WAKIL TUHAN
Lagi kata Ustaz PB : “Aku
terus ke masjid Buluh Gading kampungku dan meminta kebenaran dari pada imam
untuk aku berkata-kata atas mimbar masjid. Maka dibenarkan untuk berkata-kata
maka aku terus berkata-kata sebagaimana yang telah diperintahkan dengan
kata-kata yang diizinkan oleh Tuhanku. Selepas aku memberi salam aku terus
berkata dengan beberapa perkataan:
“Aku adalah wakil Tuhan zaman ini samada Tuan-tuan nak percaya atau tidak terpulanglah pada tuan-tuan.”
“Aku adalah wakil Tuhan zaman ini samada Tuan-tuan nak percaya atau tidak terpulanglah pada tuan-tuan.”
ULASAN : Perkataan
WAKIL TUHAN ni luas maksudnya. Selagi tidak bercanggah dengan lunas-lunas
agama, tidaklah menjadi kesalahan. Dan sama seperti penjelasan sebelum ini juga,
jika dia maksudkan hanya dirinya seorang sahaja wakil Tuhan zaman ini, barulah sangat
sesuai untuk kita pertikaikan. Dan jika dia maksudkan dia salah seorang wakil
Tuhan, kita kena menyoal lebih lanjut untuk memahami maksud istilah “WAKIL
TUHAN” menurut pemahaman ustaz PB itu. Dari situlah baru kita boleh buat
peneguhan sama ada fahamannya benar ataupun salah. Wallahualam.
PENUTUP
Begitulah penelitian ringkas saya. Pada pandangan saya,
dakwaan-dakwaan Syeikh Abdullah Al-Majzub (ustaz di Kampung Petai Bubus) sebagaimana
di ataslah ANTARA PENYEBAB dia dipertikaikan oleh pihak-pihak yang mempertikai.
Mungkin ada antara pembaca yang lebih tahu sebab-sebab lain. Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar
6 Jun 2013
6 comments:
Assalamualaikum. Alhamdulillah, setelah membaca pandangan ustaz. Kesimpulannya, hendaklah sesiapa yg hendak menghukum samada Syeikh Abdullah itu betul ataupun tidak, adalah terlebih warak, adil dan mulia sekiranya dapat berdamping sendiri dgn beliau selama tempoh musafir, skrg2nya 3hari dan memerhatikan sendiri HAL perilaku beliau juga berbicara sepuas2nya ttg perihal dakwaan beliau itu. Alhmdulillah, sesiapa yg nk mentahkikkan pandangan mereka, blh lah hubungi Saudara Bilal Wan di talian 019-9286757 utk diaturkan pertemuan dgn Syeikh Abdullah.
Mcm mana bley berzikir sdr tnpa bimbingan mursyid tetibe bley asas tarekat... ni merepet ni
Assalamualaikum w.h.t
Kepada Allah segala rahsia ilmuNya akan terbit pada insan yang di pilih Nya. Moga kita menjadi antara insan yang di pilih Nya.
Moga HambaAllah ini sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.
Amen..
elBhar alkelantani
Seseorang itu menjadi musuh akan apa yang tidak diketahuinya.
Dalam Perjalanan Ahli Sufi, Ada Istilah Majzub Dan Salik...
Didalam kitab2 Muktabar Ilmu Tasawuf Menerangkan Perihal ahli Tariqah terbahagi 4:
1. Salik ( sedang berjalan, tak boleh jadi guru)
2. Majzub sahaja ( ditarik oleh Allah, tak dibuat guru)
3.Salik dan Akhirnya Majzub ( boleh dibuat Guru Mursyid )
4. Majzub dan Turun semula ke jalan Salik dan Tamat Perjalanan Saliknya ( boleh dijadikan Guru Mursyid)
Betul tu
Khotmul awliya pun mendapat pengiktirafan dari nabi.macamana ada tariqah yg boleh ada pengiktifan Allah secara direct.dimana adab dengan nabi saw.salah satu adab hadrah adalah menghormati wasitoh.wasithoh uzma yg paling agung adalah baginda nabi saw. Atas perkiraan adab ini pastinya seseorang akan berasa malu utk melangkauwi baginda nabi saw apatah lagi mengiklankan yg demikian.
Post a Comment