Monday, May 13, 2024

Peliharalah Diri dan Keluarga

 

Allah SWT berfirman :


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan kaum keluarga kamu daripada naar (api neraka).” (At-Tahrim : 6)


Walau bagaimana hebat pun ibu bapa memelihara anaknya daripada neraka dunia (kesusahan-kesusahan dan cabaran-cabaran hidup di dunia ini), maka lebih utama lagilah untuk memelihara anak itu daripada terkena neraka akhirat. Hal ini kerana neraka dunia itu tidaklah berapa lama berbanding neraka akhirat, dan neraka dunia itu tidaklah sedahsyat mana berbanding neraka akhirat.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

24/8/23

Saring yang Salah2, Jumpalah yang Benar2

 

Saringkan yang salah2, terjumpalah yang benar2.

Ketepikan yang sampah2, tersisalah yang boleh diguna.

Buangkan yang palsu2, tersimpanlah yang asli2.

Asingkan yang murah2, dapatlah yang mahal2.

Elakkan yang mudarat2, nikmatilah yang manfaat2.


13/5/24

Ikhlas dan Belajar Tasawuf Tidak Terpisah

 

Belajar ilmu tasawuf ini, dari satu sudut, ia tidak sebagaimana belajar kung fu. Jika belajar kung fu, walau kita tidak ikhlas, jahat, menipu dan sebagainya, kemahiran kung fu itu boleh sahaja diperolehi. Malah ada yang setanding atau lebih pula daripada sifunya sendiri. Tetapi jika kita belajar tasawuf dalam keadaan tidak ikhlas, jahat, menipu dan sebagainya, kita tak akan sampai jauh ke mana2. Lebih teruk lagi, kita mungkin akan tersasar pula daripada jalan yang lurus.

Yang Macam Rezeki Itu Belum Tentu Rezeki

 

Ada kala sesuatu yang datang kepada kita yang kita sangkakan sebagai rezeki, kegembiraan dan kelebihan itu rupa2nya adalah fitnah, musibah dan bala bencana buat kita, sama ada dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar. Contohnya kita mendapat wang, tanah, anak, kerjaya, pasangan hidup dan sebagainya tetapi ia membuatkan kita terjauh pula daripada belajar ilmu2 agama, menambah ilmu2 agama, mengamalkan ilmu2 agama, menyampaikan ilmu2 agama, berdakwah, dan berjuang untuk agama dan umat.


Katakanlah, “Jika bapa2 kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatir kerugian, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika hal-hal itu) lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta (lebih kamu cintai daripada) berjuang pada jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 yang fasik.” (At-Taubah : 24)


25/9/23

Sunday, May 12, 2024

Himpunan Tazkirah Pendek MEI 2024 (2)

 

1. Kala umat ditindas dan dizalimi, kita berdiam diri. Maka janganlah dihairankan dengan apa yang Allah datangkan menimpa kita kini.


2. Siapalah yang tidak buat silap di dunia ini...? Mudahkan diri untuk taubat, hancurkan ego, mohon ampun maaf, dan usaha ganti rugi mana yang patut.


3. Kadang2 orang memang hendak menolong kita tapi mereka tak dapat, tak boleh atau tak dibenarkan.


4. Empat “sayap” para wali utama – ilmu al-iman, al-islam, al-ihsan & al-sa’ah. Hadis Jibril sahkan 4 ini sebagai ad-diin.


5. Akhir zaman itu sejak zaman Nabi. Zaman akhir itu sekarang ini. Dibeza supaya mudah diteliti, dikupas dan ditindaki– Ilmu as-sa’ah. Kuliah akhir zaman sudah dibuat sejak 2007. Kuliah zaman akhir yang baru bermula pada 2021.


6. Mohon maaf dan usaha untuk mengganti kerugian di dunia jauuuuh lebih mudah daripada nak cuba mohon maaf dan ganti rugi di akhirat. Pilih yang mana?


7. Nak rawat masalah kutu kepala, tak pula belajar dengan pakar kutu tapi belajar dengan pakar motor. Sebab itulah tersilap jalan. Carilah ilmu pada tempatnya.


8. Laduni yang kauprolehi tidak 100 clear sebab jiwamu tetap ada daki. Kau bukan rasul dan bukan nabi. Maka seiap yang “sampai” itu masih kena diteliti dan disaring lagi.


9. Sekiranya kita dapat tahu dan faham bagaimana mereka tertindas, kita tak akan hairan mengapa sebegitu mereka membalas.


10. Ada yang sedar sesuatu fitnah itu sebelum ia jadi. Ada yang masa ia jadi, dan ada yang lepas ia jadi. Ada juga yg tak sedar2 selamanya.

Himpunan Tazkirah Pendek MEI 2024 (1)

 

1. Orang yang benar2 asyik dan sibuk dengan Kekasihnya da urusan agamanya tak kan punya masa untuk dengki akan sesiapa. Ia lazat dalam sibuknya.


2. Setelah bersara dari kerjaya, orang makin lupa akan kita. Dan setelah “bersara” dari dunia (mati), lagilah makin dilupa. Dunia ini sangt sementara.


3. Jika sedar bahawa dunia ini sangat sementara, kita jangan sesekali buat aniaya kepada sesiapa walaupun dipaksa atau terpaksa.


4. Memang susah nak dapat kawan menangis kala kita susah, lebih2 lagi jika kita sentiasa bersama2 dengan kawan2 ketawa kala kita senang.


5. Sentiasa fikir yang baik2, cakap yang baik2, cari hal/pengalaman yang baik2, dan buat yang baik2 sahaja. Insya-Allah lapaaannng jiwa.


6. Betulkan dan tepatkn solat itu sangat bagus. Cuma... sudahkah dibetulkan & ditepatkan “matlamat” solat iaitu Ilah-nya? Betul cara tapi kalau salah matlamat = amat berbahaya!


7. Nak panah rusa, kena kenal yang mana rusa dan yang mana bukan. Nak sembah raja pun sama. Nak “sembah” Allah pun sama. Takut tersalah “sembah”.


8. Fitnah itu dimulakan oleh si pembenci, tapi dibuat tak tahu oleh si cerdik dan diabaikan terus oleh si bijak. Maka tak lakulah fitnahnya.


9. Walau sejelas dan sekuat mana pun kebenaran terzahir, yang taksub dan yang kuat ego tetap tidak berganjak.

10. Empat tiang ad-diin (iman, islam, ihsan, sa’ah), yang ada memang belum tentu selamat. Tapi bagi yang memang tak ada.......?


Himpunan Tazkirah Pendek April 2024 (3)

 

1. Memang benar. Berumrah / haji dalam keadaan belum kenal Allah (sekadar tahu Allah) berbanding dah kenal - jauh bezanya.

2. Ilmu agama bukan kuih2 derma di jalanan. Kita kena tahu ia diambil daripada siapa, yang diambil daripada siapa, sampailah kepada Rasulullah saw.

3. Hadis2 palsu memang kita takut, tapi hadis2 tak palsu yang diberi huraian2 palsu lebih kita takut.

4. Di mana2 ada kitab Ihya’ diajarkan, duduk2lah di dalamnya. Insya-Allah ada “qalbu”nya Nabi di sana.

5. Jika tidak dipelajari dan dikuasai ilmu membeza, maka ada risiko besar untuk tersilap atau terkena - berterusan.

6. Apabila menjaga nama/ kedudukan/ pengaruh lebih diutamakan berbanding menjaga kebenaran dan keselamatan orang2 ... apalah lagi yang hendak diharapkan....

7. Sifat mazmumah yang paling banyak datangkan bencana biasanya – dengki. Telitilah di mana2 pun. Moga qalbu kita tiada dengki.

8. Org narsistik akan ada je dalam kalangan ahli keluarga/ kawan2 dari semasa ke semasa. Bijak2lah menghadapi mereka.

9. Nak berguru, belajar agama, amalkan agama, dalami agama, sampaikan agama, perjuangkan agama – semuanya sementara kita masih hidup. Kejarlah selagi ada masa.

10. Rezeki dan kelebihan orang, itu Allah yang beri. Jika kita dengki, bererti kita sedang mendebat Allah.

Himpunan Tazkirah Pendek April 2024 (2)

 

1. Terus doakan yang baik2 untuk pasangan hidup dan anak2 kita. Rezeki daripada Allah tidak terduga.


2.Jika sempat (lelaki) pakailah pakaian yang bagus, kemas & cantik untuk menemui-Nya (solat). Ini tidaklah bermaksud pakaian yang mewah atau mahal.


3. Semoga Allah rezekikan kita rasa sedap dan lazat untuk mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.


4. Dunia ini tempat kita menempah cara kita melintas titian di akhirat sana. Usia kita itu “panjang”nya.


5. Kita contohi sahaja sebagaimana R4’S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama, Sahabat2 utama yang lain). Insya-Allah sejahtera.


6. Pabila kita hendak berseronok2 di depan umum, ingat2lah... bahawa Allah, malaikat2, orang2 soleh dan jin2 beriman ada memandang.


7. Kita hendak damaikan pihak2 yang bertelagah pun kena ada maklumat secukupnya, kerana kadang2 mudaratnya jauh lebih besar buat mereka.


8. Moga kita terpilih untuk sentiasa ingat akan-Nya atau sentiasa melafaz nama-Nya dalam qalbu, “Allah... Allah... Allah...” Cinta Dia.


9. Antara kaedah hendak tahu qalbu kita ini sedekat mana dengan qalbunya Nabi, rujuklah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Kita akan terasa amatlah jauhnya...


10. Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini tidak menghidangkan jasadnya Nabi, pakaiannya Nabi, harta bendanya Nabi, darahnya Nabi, dagingnya Nabi, sel-selnya Nabi, DNAnya Nabi, tapi sesuatu yang lebih penting daripada semua itu iaitu “qalbu”nya Nabi.

Himpunan Tazkirah Pendek April 2024 (1)

 

1. Pendakwah bukan musuh. Mereka ada kasih akan kita dan cuba untuk membantu, setakat yang mereka mampu.


2. Apabila hati kita berasa tidak selesa, tidak sedap dan tidak suka dengan perintah2 dan larangan2 Allah, amatlah bahayanya...


3. Kehilangan demi kehilangan... kejatuhsakitan demi kejatuhsakitan... bertali arus. Sembuhkanlah ya Allah akan umat ini.


4. Walau bersendirian pun dikau teguh kuat, insya-Allah itu antara petanda “kedekatan” dikau dengan-Nya.


5. Kebenaran demi kebenaran makin keluar. Istiqamahlah terus walau masih berada dalam “neraka”nya (kesusahan2 dan penderitaan2 yang diwujudkan oleh) Mr D. Jangan sesekali tergoda dengan “syurga”nya (kemudahan2 dan keseronokan2 yang diwujudkan olehnya).


6. Tahun demi tahun, lakonan demi lakonan, tapi tetap majoriti masih percaya terus percaya. Kekalkan keghurabaanmu.


7. Nasihat/ peringatan yang tidak kena dengan kehendak hawa nafsu memang tidak sedap untuk didengar. Maka kita kena lawan agar jadi sedap.


8. Selalu juga sesuatu penyakit zahir dan batin itu datang dari dalam diri sendiri tapi menyalahkan orang lain pula sebagai pembawanya.


9. Pabila ego sudah tinggi melangit, terbukti terang2 salah pun tetap tidak akan mengaku salah, bersalah, tersalah. Walaupun asatizah.


10. Kau mungkin bersendirian menempuh badai tapi tidak mustahil kau selalu ada dalam doa dan rabitah orang2 soleh, juga gurumu.


Himpunan Tazkirah Pendek AZA April 2024 (1)

Antara Punca Stress dan Cara Mengatasinya

 

Antara punca stress jiwa (yang ditempah sendiri secara percuma) :

1. Banyak fikir tapi kurang zikir.

2. Banyak kehendak dan kurang bersyukur.

3. Banyak dengki dan kurang merai.

4. Tekejar2 dunia tapi tidak pula terkejar2 agama.

5. Asyik tak puas hati dan kurang menghargai.


Maka antara kaedah untuk melapangkan jiwa (yang juga boleh ditempah sendiri, dan tetap percuma) :

1. Banyakkan berzikrullah.

2. Banyakkan bersyukur dan rasa mencukupi.

3. Kurangkan kehendak2 dan elakkan melayan2 kehendak2 itu.

4. Sentiasa bersikap meraikan orang lain.

5. Jangan ada walau satu dengki dengan sesiapa.

6. Kejar2lah agama tanpa meninggalkan urusan2 dunia.

7. Bersikap menghargai.


12/5/24

Apa yang Ahli Tarekat Ghazaliyah Buat Sehari2

 

DATANG PERTANYAAN : Apa yang dibuat oleh pengamal Tarekat Ghazaliyah ni? Apa yang mereka buat dalam sehari2 (*selain daripada urusan2 keduniaan)?


JAWAPANNYA :

Para pengamal Tarekat Ghazaliyah ini dalam kehidupan seharian mereka umumnya akan berusaha untuk :

1. Mengamalkan Zikrullah Harian yang 1000x, yang biasa disebut orang sebagai Zikir Harian Imam al-Ghazali itu. Banyak orang yang mengamalkannya tetapi tidak banyak orang yang tahu bahawa sebenarnya amalan itu berasal daripada Tarekat Ghazaliyah yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali. Umumnya, banyak orang sudah mengamalkan Tarekat Ghazaliyah pun sebelum mereka mengetahui atau mengenal Tarekat Ghazaliyah itu sendiri. Maka Tarekat Ghazaliyah bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan umat Islam.

2. Mengamalkan 10 Bacaan Harian yang 10x (maka 100x lah semuanya). Inilah antara amalan penting secara harian oleh Imam al-Ghazali, sebagaimana ada dimuatkannya dalam karyanya kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin.

3. Mempelajari dan mengamalkan isi kandungan kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin.


Inilah 3 AMALAN ASAS yang diamalkan oleh para pengamal Tarekat Ghazaliyah. Inilah yang mereka buat.


Segala amalan yang fardhu dan wajib, hal2 itu memang sudah sedia kena buat sama ada seseorang itu berTarekat Ghazaliyah atau tidak. Tetapi AMALAN2 TAMBAHANNYA. Seseorang ahli Tarekat Ghazaliyah itu HENDAKLAH BERUSAHA UNTUK (ertinya tak semestinya dapat) :


1. Mengkhatamkan Al-Quran sekurang2nya sekali sebulan (sehari sejuzuk) dengan mengambil tahu akan maksudnya secara umum. Bagi yang tidak mahir bahasa Arab, sekurang2nya mengkhatamkan separuh Al-Quran (sehari setengah juzuk) dengan mengambil tahu akan isi kandungannya secara umum. (*Secepat2nya dalam sehari sekali khatam sahaja). Bagi yang tidak lancar membaca Al-Quran, keutamaannya adalah untuk pergi belajar.

2. Mengamalkan zikir2/wirid2 pilihan sendiri pada 3 waktu iaitu waktu pagi, petang dan sebelum tidur.

3. Sentiasa ingat Allah. Bagi yang belum mencapai maqam tersebut, hendaklah berusaha untuk sentiasa atau membanyakkan menyebut nama Kekasih iaitu “Allah” dalam qalbunya. Amalan ini akan membantu mengingati Allah.

4. Sentiasa cinta Allah. Bagi yang belum mencapai maqam ini, memadailah dengan berusaha untuk sentiasa ingat Allah.

5. Sentiasa mengamalkan adab2 sopan lagi sunnah (sentiasa menunjukkan contoh yang baik).

6. Ada menyampaikan dakwah walau sekali sehari, walau kepada satu orang, walau dengan melalui isyarat atau percontohan sahaja. Jika dapat melalui kata2, penulisan atau tindakan, hal itu adalah lebih baik.

7. Sentiasa berfikir yang baik2, bercakap yang baik2, dan berbuat yang baik2 sahaja.

8. Mengerjakan solat2 sunat lebih daripada 10 rakaat setiap hari. (Sebanyak2nya 100 rakaat).

9. Mengerjakan solat fardhu secara berjemaah.

10. Membaca (mewiridkan) kitab Ihya’ Ulumuddin pada setiap hari. Kitab induk ini terdiri daripada 40 kitab di dalamnya. Sekurang2nya setahun sekali khatam. Sangat bagus jika sehari dapat satu kitab (1 per 40). Maka setiap 40 hari akan khatam keseluruhan kitab induk. (Secepat2nya sehari 10 kitab lalu khatam setiap 4 hari).

11. Mendengar pengisian harian daripada mursyid, atau wakilnya. Hal ini sebagaimana pada zaman dahulu kala – bagi pengamal2 yang tinggal berdekatan dengan mursyid atau wakilnya. Pada zaman sekarang, bagi yang tinggal berjauhan, memadailah dengan membaca/mendengar/ menonton pengisian yang mursyid kongsikan melalui media pada setiap hari sebagai ganti kepada pengisian harian secara berhadapan. Jika tidak dibuat, langsung tak adalah pengsisian harian daripada mursyid atau wakilnya. Pengisian harian hendaklah diusahakan agar tidak terputus.

12. Mengadakan majlis ta’lim keluarga harian, 2-3 minit sahaja sehari. Jika berseorangan, ta’lim bersedirian sahaja atau boleh juga dengan kawan2 atau sesiapa yang ada berdekatan.


Maka kita akan melihat secara umumnya seseorang pengamal Tarekat Ghazaliyah itu akan cuba melaksanakan hal2 di atas pada setiap hari. Begitulah amalan harian mereka. Tidak ada amalan yang salah atau pelik2. Bahkan hidup sehari2 akan terasa penuh berisi dan sangat bererti. Wallahua’lam.


12/5/24


Saturday, May 11, 2024

Kami Pau Kat Kawan!

 

Sahaya berada bersama2 sekumpulan murid sekolah.


Remaja A : Ustaz merokok tak?

Sahaya : Tak.

Remaja A : Dulu ustaz pernah merokok tak?

Sahaya : Tak pernah. Satu ‘pump’ (sedut) pun tak pernah.


Matanya “bergerak” ke sana ke mari, macam terfikirkan sesuatu. Kemudian dia berpandangan dengan kawannya Remaja B. Wajah macam tak percaya pun ada.


Sahaya : Dalam kalangan kamu semua ni (ada 12 orang), ada tak sesiapa yang tak merokok?

Remaja A : Saya!

Remaja B : Saya! Saya tak merokok! (Laju je kedua-dua orang, seakan2 serentak)


Tersengih2 sahaja muka kedua2 orang. Tahulah sahaya bahawa mereka memang merokok. Sahaya pun tersenyum sahajalah lalu bertanya kepada Remaja C.


Sahaya : Betoi ka dua2 orang ni tak merokok?

Remaja C : (Tersengih besar sambil menggeleng2kan kepalanya tanda tak setuju).

Remaja A : Adoiiih! Apa la hang ni?

Remaja B : Tak boleh simpan rahsia langsung!


Sahaya : Sekarang harga sebatang rokok berapa?

Remaja B : Lima kupang.

Sahaya : Sehari kamu hisap berapa batang?

Remaja B : Ada la 4-5 batang sehari.

Remaja A : Ya la tu! Bukan banyak ka?

Remaja B : Errr... dalam 10 batang sehari ustaz (silap2 lebih tu).

Sahaya : Banyak tu! Kamu dapat duit dari mana? (Sebab mereka masih bersekolah)

Remaja B : KAMI PAU KAT KAWAN!

Sahaya : Ooo... patut la! Pandai kamu berjimat.


Fikir sahaya, murah hati betul kawan2 mereka.


7/5/24

Susah Istiqamah Majlis Taalim Keluarga?

 

Susah mahu istiqamah buat majlis ta’lim keluarga 5 minit selepas solat isya’? Cuba kita tafakurkan begini... Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, umumnya kita sekeluarga sanggup korbankan masa setiap malam antara 45 minit ke hampir dua jam selepas solat fardhu isya’ untuk mengerjakan solat sunat terawih, ada yang mendengar tazkirah, ada yang makan moreh, dan dicampur dengan masa perjalanan pulang ke rumah. Bagi yang mengerjakannya di rumah pun lebih kurang setengah jam ke atas juga. Ertinya kita dan keluarga sudah terbiasa. Maka insya-Allah mudah untuk kita membiasakan kebiasaan tersebut. Apatah lagi majlis ta’lim harian keluarga hanya sekitar 5 minit sahaja. Semoga dapatan Ramadhan kita berterusan selama sebelas bulan lagi sehingalah bertemu dengan Ramadhan yang akan datang pula.


Bagaimana jika masih bujang?

Bacalah bersendirian.


Bagaimana jika ahli keluarga yang lain tidak berminat?

Cuba2 ajak yang berminat. Jika tak ada juga, bacalah sendirian. Asalkan istiqamah.


* Majlis ta’lim keluarga harian tidak semestinya selepas isya’. Boleh sahaja pada bila2 masa yang bersesuaian.


7/5/24

Cadangan Majlis Ijazah Tarekat Ghazaliyah 2024

 

Sebagai makluman awal, majlis penerangan (dan pengijazahan serta bai’ah bagi yang berminat) Tarekat Ghazaliyah pada tahun ini insya-Allah akan diadakan pada Sabtu 7 September 2024 di Taiping, Perak. Sesiapa yang berhajat bolehlah bersedia untuk tarikh tersebut. (Sekiranya ada sesuatu kekangan pada tarikh itu, insya-Allah majlis akan dienjakkan ke minggu berikutnya pada Sabtu 14 September 2024). Setahun hanya sekali, kita usaha bagi jadi.

 


*Bagi yang tidak dapat hadir ke majlis penerangan n pengijazahan Tarekat Ghazaliyah bersama2 sahaya pada September nanti, tuan2 masih boleh mengambil Tarekat Ghazaliyah dengan Tuan Abu Ihsan di Pahang, mengikut kelapangan masa beliau.

 


11/5/24

Tiada Ilmu 4 Tungku Agama? Ikut Nafsulah Jawabnya

 

Apabila tiada ilmu tungku AL-IMAN yang secukupnya, maka masalah2 yang timbul berkaitan keimanan, aqidah, tauhid dsb akan tidak dipedulikan, atau akan cuba diselesaikan mengikut kehendak hawa nafsu sendiri atau perkumpulan sendiri, atau akan terikut kemahuan musuh2 Allah.


Apabila tiada ilmu tungku AL-ISLAM yangn secukupnya, maka masalah2 yang timbul berkaitan fiqh, hukum-hakam, jenayah dsb akan tidak dipedulikan, atau akan cuba diselesaikan mengikut kehendak hawa nafsu sendiri atau perkumpulan sendiri, atau akan terikut kemahuan musuh2 Allah.


Apabila tiada ilmu tungku AL-IHSAN yang secukupnya, maka masalah2 yang timbul berkaitan keRUHanian, tasawuf, sufi, tariqah dsb akan tidak dipedulikan, atau akan cuba diselesaikan mengikut kehendak hawa nafsu sendiri atau perkumpulan sendiri, atau akan terikut kemahuan musuh2 Allah.


Apabila tiada ilmu tiang AL-SA’AH, maka masalah2 yang timbul berkaitan akhir zaman, zaman akhir, zaman fitnah dsb akan tidak dipedulikan, atau akan cuba diselesaikan mengikut kehendak hawa nafsu sendiri atau perkumpulan sendiri, atau akan terikut kemahuan musuh2 Allah.


9/5/24