Tuesday, March 26, 2013
Bahaya Kurang Tidur
Aduh... kena tepat :) Sejak belasan tahun lalu, saya kena lewatkan tidur sekitar 1.30 pagi. Kalau tidak urusan-urusan tarbiyyah (ke dalam diri dan ke luar diri) dan dakwah akan tertimbun & tertangguh. Sejak 2008, kena dilewatkan lagi sekitar 2.30 pagi, kerana rangkaian besar dalam urusan-urusan keagamaan diruntuhkan orang. Nak cover balik semua...sangat menyeksakan. Sejak itu badan mula selalu tak sihat.
Sejak 2012, untuk selesaikan urusan-urusan keagamaan dan keduniaaan, mesti tidur paling awal jam 3.30, setiap hari. Usia dah 40, tak boleh tahan walaupun dicuba jugak nak dapatkan 3.30 tu. Sebab itu setiap hari nampak lesu dan lemah.Terpaksa biarkan tertangguh/terabai terus banyak urusan-urusan itu walaupun sangat-sangat penting. Yang tinggal hari ini hanya dakwah kecilan, sebagaimana yang kelihatan. Sekarang dapat bertahan sekitar pukul 1.00 ke 1.30 sahaja.
Sudah berbelas tahun memohon doa kepada Tuhan agar dikurniakan tidur 3 jam saja sehari tapi sihat... namun setakat ini tidak/belum dimakbulkan-Nya. Tapi masih ada lagi satu doa... mohon agar dimatikan dalam keadaan sedang bekerja pada jalan Allah.
(Tidur 10 jam sehari pun... mati juga. Tidur kurang 6 jam sehari pun... mati juga).
ps : Mendahulukan sangka baik, berbanding sangka buruk. Awasi tasauf diri. Kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment