Friday, April 30, 2010

KIMIA AS-SA'ADAH 10 - Beribadah Kerana Cinta

Munyatul Musolli siri 50 dan 51



Soal Jawab - Sakit Misteri

Sekilas Kisah Syam'un

Musuh2-musuh Allah dan para syaitan gagal memusnahkan Nabi Syam'un (Samson yang berambut panjang). Pelbagai cara digunakan, semuanya gagal. Akhirnya... mereka menggunakan isterinya sendiri- Delila. Hasilnya...Nabi Syam'un berjaya ditumbangkan. Pihak musuh dan para syaitan bergumbira...



Perjuangan Nabi Samson habis musnah. Dia dipenjarakan. Dakwahnya hancur. Kepalanya dibotakkan. Matanya dicungkil. Dia dipaksa kerja berat. Seumur hidup pejuang perkasa ini menderita...

Isterinya memohon ampun, tapi sudah terlambat. Nabi Samson menemui ajalnya dibawah runtuhan berhala, yang diruntuhkan dengan mukjizatnya.





Friday, April 23, 2010

Laman SATU UMAT Versi Facebook Semakin Dapat Sambutan

Laman info suka-duka dan sejarah umat Islam sejagat iaitu Satu Umat mula beroperasi sejak tahun 2007. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Bermula tengah malam 13 April 2010, Satu Umat versi Facebook diwujudkan. Sambutan yang diperolehi juga amat baik. Dalam masa seminggu, Satu Umat versi Facebook berjaya mendapatkan lebih 1000 fans. Sehingga artikel ini ditulis, kita ada 1364 fans. Maklumat lain yang diperolehi ialah:

Most Active Cities - Kuala Lumpur

Most Active Countries
1. Malaysia
2. United States
3. Jordan
4. Philippines

Secara puratanya, laman Satu Umat dikemaskini dua kali dalam sehari. Namun pernah juga beberapa kali ia tidak dikemaskini selama 2-3 hari. Akhir-akhir ini, adakalanya dikemaskini sehingga 5 kali sehari!

Thursday, April 15, 2010

Selingan - Kawan-kawan Lama di SMDB

AZMAN MAD AKHIR (John Mandarin) – Berasal dari Kelubung, Trong, Perak. Tinggal di Pulau Pinang. Kerja “wayering”. Kali terakhir jumpa 3-4 tahun lepas di Klinik Sungai Kerang, Trong. Isterinya tukang jahit. Orangnya kecil rendah, tapi sekarang berisi.


SAIFUL AZLI ABDUL RAZAK (Sepol) – Dari Padang Gajah, Trong, Perak. Time tu bapanya meniaga di kantin SK Padang Gajah. Meninggal dunia akibat kemalangan motosikal belasan tahun lalu. Kali terakhir jumpa di SMDB. Orangnya tinggi dan sesekali pakai kasut high-cut. Rambutnya lurus terpacak.


KHALID NAYAN – Dari Semanggol (kalau tak silap). Kini bekerja di Bukit Merah Water Park. Kali terakhir jumpa berhampiran jam besar lama Taiping, 4-5 tahun lepas.


MOHD RIZAL NURUL ZAMAN – Dari Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Anak guru silat terkenal. Kini bertugas di KL. Kali terakhir jumpa di SMDB sampailah petang tadi kami buat pertama kalinya berbual dalam telefon selepas hampir 20 tahun. Pernah ke rumahnya 16-17 tahun lepas tapi dia tak ada, dah kerja di KL. Dapat tengok gambor2 dia je.


YUSAINI YUSOFF – Dari KL tapi menetap di Pokok Asam, Taiping. Antara teman yang awal berumahtangga. Kini di Pulau Pinang. Kali terakhir jumpa di depan Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, 16 tahun lepas.


MAN – Dari Semanggol. Kali terakhir jumpa di SMDB. Lupa dah nama sebenarnya. Azman Hassan kot. Suka main bola.


ZAHARI – Asal dari Kuala Kangsar. Kali terakhir jumpa di SMDB. Badan besar.


AHMAD ZAIRI (Tay ee) – Asal Kuala Kangsar. Kali akhir jumpa di SMDB. Kecil kecil orangnya, rambut tercacak.


SHARUDDIN ABU AHMAD (Din Senteng) – Asal Talang, Kuala Kangsar. Kali terakhir jumpa pada malam pulang dari sebuah konsert rock di Taiping. Kami berbalas senyuman saja di Jalan Panggung Wayang. Ketika itu rambutnya panjang separas bahu.


ZAFUAN – Asal Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Jumpa di SMDB. Dengar cerita jadi peniaga di pasar Kuala Kangsar. Berbadan tegap. Jaguh lompat tinggi.


AZUDDIN – Asal mana ye? Batu Kurau kot. Last jumpa kat SMDB. Orangnya bersopan-santun.


WAN ROSMAN – Asal USA (Ulu Sepetang Area). Selalu juga terjumpa. Berkahwin dengan orang Padang Gajah, Trong. Selalu bawa van sekolah.


ABU HASAN BAHAZIN – Asal Batu Kurau. Last jumpa di kedai buku hujung menuju ke Masjid Taiping, lebih 15 tahun lepas. Aktif dengan sukan dan olahraga. Pelari pecut.


NAZMI – Asal Kuala Kangsar. Last jumpa di stesen bas Butterworth. Ketika itu dia jadi guru sandaran. Belasan tahun lalu. Minat main bola.


MOHD AZLAN ZAINAL ABIDIN (Lan Maza) – Kali akhir jumpa di stesen bas Butterworth belasan tahun lepas. Peminat komik. Sentiasa kemas ke mana-mana.


SHAHRUL RIZAL SHABUDDIN – Asal Kuala Kangsar. Last jumpa di SMDB. Orangnya tinggi, slim dan berkulit cerah.


MOHD SUHAIMI - Asal Kamunting. Kali akhir jumpa di Pualu Pinang belasan tahun lalu. Aktif dalam sukan. Orangnya tinggi hitam manis. Last jumpa bermisai tebal dan gempal.


ZAMKASYURI – Asal Kampung Tua (kat mana ye?). Last terjumpa di ujian kelayakan perguruan di Sekolah Hua Lian, Taman Tasik Taiping.


RAMLAN OTHMAN (Lan Saga) – Asal Sungai Keluang, Trong. Sekarang dok kampung. Selalu terjumpa time solat Jumaat.


HISYAM BAHARI (Awile) – Asal Changkat Jering. Last jumpa di stesen bas lama kat Bangunan Sri Larut dengan aweknya, belasan tahun lalu. Pergi cari ke rumahnya tahun lepas, tak jumpa coz dia dah lama dok KL.


MOHAMAD BIN ISMAIL (Mat Ball) – Asal Jelapang, Simpang, Taiping. Last jumpa di SMDB time form 4. Dia asyik kerasukan, terus dok kampung. Badan macam body builder.


ZAM (ke apa entah nama dia) – Dia masuk time form 2 or form 3. Tinggi cerah orangnya. Last jumpa di SMDB.


ADNAN – Asal Kampung Boyan. Lepas SRP ke MRSM kot. Last jumpa di SMDB. Orangnya jenis berjambang, rambut keriting, badan tegap.


??? - Lupa dah nama. Orang kurus dan kelam-kabut sikit. Masuk time form 3 or form 4. Sebelum itu pernah tinggal di Taman Sri Kota, Taiping.


AKU le - Asal Pokom Asam, Taiping.


...siapa lagi ye....

SATU UMAT versi Facebook

Laman maklumat dan sejarah umat Islam sejagat- Satu Umat versi Facebook dibina pada 13 April 2010. Pada hari pertama pelancarannya, 40 pelayar sudah menjadi pengikut. Dijemput tuan-tuan ke sana dengan menulis SATU UMAT pada carian facebook anda.

KIMIA AS-SA'ADAH 7 - Ajaib Ciptaan Tuhan

KIMIA AS-SA'ADAH 6 - Besarnya Kasih Ibu

Munyatul Musolli 47

Golongan Ruwaibidhah (Kuliah Akhir Zaman)





Hadis ke-23 : Golongan Ruwaibidhah

Daripada Abi Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ruwaibidhah.
Sahabat bertanya, Apakah ruwaibidhah itu hai Rasulullah?
Nabi saw menjawab, Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.
(Hadis riwayat Ibnu Maajah)

Keterangan
Zaman yang disebutkan tadi ialah zaman ketandusan. Tandus di segi kebendaan dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta faasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan.

Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Syair Syeikh Fahmi Zamzam

Orang khianat disanjung-sanjung
Orang amanah tidak didukung
Pemimpin zalim bunga dikalung
Mujahid Islam di tali gantung.

Begitulah wahai pewaris Nabi
Jangan biarkan umat diuji
Teruskan jihad ke jalan suci
Sebar luaskan rahmat Ilahi

Saturday, April 10, 2010

Adab Berguru... Patuh dan Sabar

Anakku,

Adab berguru... ada kalanya bukan semua ilmu akan diberitahu maksudnya oleh guru kita. Bukan bererti dia tidak mahu memberitahu, tapi belum tiba masanya yang sesuai untuk dia memberitahu. Boleh jadi kerana keadaan sekeliling. Boleh jadi juga kerana ketaksediaan diri kita sendiri. Oleh itu, kita ikut sahajalah guru yang kita yakini kemursyidannya itu. Jika kita tidak yakin, sedari awallah jangan diikut. Apabila kita mahu mengikut, maksudnya kita ada keyakinan akan guru itu.

Budak berusia 7 tahun bertanya tentang bagaimana dalam perut ibunya boleh ada bayi. Takkanlah kita hendak terangkan secara terperinci proses menumbuhkan bayi di dalam perut ibunya itu. Bukan kerana kita tak mahu beritahu, tapi tunggulah dia dewasa sikit untuk diberitahu agar bersesuaian dengan akalnya.

Pelajar silat yang baru masuk gelanggang seminggu minta tok guru menunjukkan serangan maut peringkat tertinggi, tentulah tok guru tak beri kerana takut disalahgunakan.

Jadi, apabila sang guru melakukan sesuatu tindakan yang baik, ikut sahajalah. Tunggulah ketikanya untuk si guru menjelaskan di kemudian hari. Jangan kita terburu-buru membantah, menolak, meremehkan, menidakkan dan sebagainya.

Anakku,

Kalau tahu yang fikiran kita belum sampai untuk memahami, ikut sahajalah. Mengapa sudah tahu dan mengakui fikiran kita tidak mampu berfikir lebih jauh dan lebih luas, asyik hendak memprotes dan membangkang?

Ambillah iktibar daripada kisah Nabi Khidhir dengan Nabi Musa. Pekerjaan Nabi Khidhir sangat hebat, penuh perancangan teliti lagi berhikmah. Fikiran Nabi Musa tidak sampai ke taraf pemikiran Nabi Khidhir (dalam hal itu), maka sepatutnya dia mengikut sahaja segala perancangan dan perbuatan Nabi Khidhir. Tapi Nabi Musa tidak dapat bersabar dan memandang segala tindakan Nabi Khidhir itu sebagai salah, tidak membawa kebahagiaan, membawa kesusahan dan sebagainya.

Akibatnya... Nabi Musa dikira gagal dalam perjuangannya bersama-sama Nabi Khidhir menyebabkan Nabi Khidhir menyingkirkannya. Mereka tidak sesuai bergerak bersama-sama lagi... buat selamanya.

Apabila kita mengakui yang diri kita tidak mampu mencapai pemikiran guru, ikut sahaja tanpa banyak soal. Tok guru pasti akan memberi penjelasannya apabila dia melihat kita sudah layak untuk mendengarnya.

Anakku,

Jika kita berasa tidak yakin akan pekerjaan guru, kita berundur dirilah. Pergilah cari guru yang lain, bukannya guru yang ini hendak marah pun. Dia pun memang tak mahu mempunyai anak murid yang bebal, yang akan merosakkan segala perancangan dan pekerjaannya di kemudian hari.

Wednesday, April 7, 2010

Menggenggam Bara (Kuliah Akhir Zaman)





Daripada Anas ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.
(Hadis riwayat Turmizi)

Keterangan
Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersunguh-sungguh, nescaya agamanya akan terlepas dari genggamannya.

Ini adalah disebabkan suasana di sekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajipan agamanya, bahkan apa yang ada di sekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan akidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasikan.

Ini juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Syair Syeikh Fahmi Zamzam

Ujian berat kita rasakan
Datang menimpa menjadi beban
Alangkah hebat godaan syaitan
Untuk meruntuh istana iman

Bersungguh kita menjaga iman
Banyak cabaran di akhir zaman
Iman ibarat api di tangan
Setiap masa mahu lepaskan

Hamba Lahirkan Tuannya (Kuliah Akhir Zaman)





Hadis ke-20 : Daripada Umar bin al-Khtatab ra (dalam sebuah hadis yang panjang):
Kemudian Jibril bertanya kepada Rasulullah saw: Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat.
Lalu Nabi saw menjawab: Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
Maka Jibril lalu berkata: Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya.
Maka Nabi saw menjawab: Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat orang yang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan. (Muslim)

Keterangan Hadis

Di antara tanda hampirnya kiamat ialah bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudian akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu tuan kepada ibunya sendiri. Ada sebahagian ulama yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah banyak anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa dan juga sebahagian ulama yang memberikan pandangan bahawa contoh ini adalah merupakan gambaran kepada suasana yang sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut dan orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain-lain, tiba-tiba ia mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya tepaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga seseorang yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut, tiba-tiba pada hari ini ia sudah apat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.


Hamba berlagak sebagai tuan
Di sana sini naik bangunan
Sungguh tingginya mencakar awan
Seolah mencabar kuasa Tuhan

Badwi yang miskin kaya terkejut
Baru kelmarin tidak berkasut
Harta dipegang tiada luput
Walaupun kaya tetap kedekut

Tuesday, April 6, 2010

Jangan Jadi Agen Musuh

SAHABAT MENULIS:
Perkara khilaf ulama dah bahas dan setel lama dah. Cuma ada puak yang cuba membangkitkannya kembali.

PANDANGAN:
Betul Tuan Refah. 700 tahun dulu debat... keputusannya KHILAF.
Hari ini debat lagi... keputusannya KHILAF.
Kalau dibawa berdebat untuk 700 tahun lagi pun... keputusannya tetap KHILAF.

Oleh itu, pejuang yang cerdik tak akan menghabiskan masa dengan cuba menimbulkan isu-isu khilaf ke tengah masyarakat lagi. Golongan pemecah-belah masyarakat Islam memang suka isu khilaf ini jadi topik harian utama umat Islam. Sebab itu mereka tidak jemu-jemu menyebarkan isu-isu sebegini dalam kuliah-kuliah, seminar-seminar, laman-laman mereka.

Musuh-musuh Islam tersenyum senang melihat usaha-usaha "golongan yang kita tidak menyebut namanya itu" (macam filem pulak dah). Kata mereka (*musuh-musuh Islam): "Bagus-bagus! Kamu dah tolong kami pecah-belahkan umat. So... kami boleh relax.."

Benda-benda yang sudah ada keputusan (iaitu keputusannya - khilaf), tidak perlulah diperbincangkan lagi dalam masa-masa gawat akhir zaman ini. Bawak le bincang benda-benda yang belum ada keputusan.

Lebih baik kita tumpukan usaha (dan padukan usaha) untuk mengembalikan kekhalifahan sejagat. Dah stabil nanti, para ilmuan boleh sambung semula isu-isu khilaf secara tertutup. Jangan kita jadi agen kepada pihak musuh dalam memecahkan perpaduan umat dengan menyebarkan isu-isu khilaf ini dalam kuliah-kuliah pengajian.

Wallahulam.

Friday, April 2, 2010

Mengaku Jahat Pun Orang Suka

Seorang artis terkenal di Barat mengakui dirinya seorang gay. Apakah sokongan para peminatnya akan meluntur? Rasanya tidak. Budaya dunia Barat berbeza dengan budaya dunia sebelah sini. Lebih tepat lagi, budaya mereka tidak sama dengan budaya Islam.


Pernah seorang ahli politik Britain disyaki sebagai seorang gay. Ketika diminta penjelasan, dia menafikannya. Selepas itu keluarlah pelbagai pendedahan yang membuktikan hal tersebut. Dengan itu, karier politiknya terus terkubur. Bukan kerana dia gay, tetapi kerana menipu (tidak mengakui hal sebenar).


Seorang lagi ahli politik Britain berjaya dihidu umum sebagai seorang gay. Ketika diminta penjelasan, dia mengakuinya secara jujur. Karier politiknya terus berkembang. Bukan kerana masyarakat menyokong aktiviti gaynya, tetapi kerana dia berterus-terang. Begitulah nilai yang ada pada masyarakat itu.


Di negara kita, ada ahli politik bukan Islam terbukti melakukan maksiat. Dengan “gentleman”nya dia mengakui hal tersebut. Dia dianggap hero oleh sebahagian masyarakat menyebabkan kerjaya politiknya terus subur, bukannya berkubur.


Mengakui kemaksiatan sudah dianggap “cool” hari ini. Tapi mungkin bagi mereka itu bukan maksiat, tidak melibatkan moral, ataupun dianggap sebagai hak peribadi.


Aduhhh... dunia akhir zaman.


Abu Zulfiqar

2 April 2010

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails