Tuesday, April 23, 2024

Silap Mata Daun Bertukar Jadi Duit

 

Ada orang kongsi sebuah video menunjukkan seorang hamba Allah memasukkan daun2 ke dalam sebuah baldi. Kemudian daun2 itu digaul2 disertai bacaan2 tertentu lalu sebahagian daripada daun2 itu bertukar jadi wang kertas. Dia minta pandangan sahaya.


Biasanya hal itu hanyalah permainan silap mata. Tidak ada sebarang hal luar biasa melainkan sedikit kemahiran dan penggunaan benda2 tertentu sahaja. Samalah halnya dengan orang2 yang melipat2, merenyuk2 dan melerai2kan dedaun, kertas, kertas akhbar atau sebagainya lalu terkeluar atau tertukar menjadi wang kertas. Yang boleh keluarkan duit syiling atau batu2 cantik pun ada. Kita jangan mudah terpengaruh dengan bacaan2 dan lafaz2 yang digunakan. Wallahua’lam.


14/4/24

Tarekat Ghazaliyah Amal Zikir 70000?

 

Naxx Merxx menulis : Maaf tanya Ustaz. Tarekat Ghazaliyah ada pulun Zikir 70,000 tak?... tengok ahlinya banyak bercerita daripada berzikir. 14/4/24


JAWAPANNYA :

1. Tak ada dalam sukatan pelajarannya.

2. Boleh jadi :

i) orang2 itu baru belajar Tarekat Ghazaliyah, atau

ii) orang2 itu bukan pelajar/ pengamal TG tapi mendakwa daripada TG, atau disangka oleh orang lain sebagai pengamal TG, atau

iii) orang2 itu (memang pengamal TG dan) sudah mencapai maqam sentiasa dalam keadaan berzikrullah, atau

iv) orang2 itu (memang pengamal TG dan) sudah sampai ke maqam “larut” dalam zikrullah, atau

v) keadaan2 lain yang mungkin.

Wallahua’lam. 15/4/24

Tak Cdaang Bernikah untuk Elak Cinta akan Allah Terbahagi

 

Seorang wanita menulis : Ustaz, saya tak bercadang untuk menikah kerana khuatir cinta saya kepada Allah akan terbahagi. Bolehkah pemikiran yang sebegini?


Jawapannya : Itu salah satu maqam yang bagus. Boleh sahaja. Di samping itu saya suka juga untuk menyarankan agar manalah tahu sekiranya suatu hari nanti anda mampu, menikahlah. Kerana ada satu maqam yang lebih bagus dan lebih agung lagi iaitu menikah dan dalam masa yang sama cinta kepada-Nya tidak terbahagi, sebagaimana yang dicontohkan oleh R4’S.


R = Rasulullah saw

4 = 4 sahabat paling utama

S = Sahabat2 utama yang lain (lelaki dan wanita)

Merekalah ikutan terbaik.


Contoh mudahnya ibarat menyertai pertandingan larian. Matlamatkanlah peringkat akhir malah penerima pingat. Jangan awal2 lagi sekadar matlamatkan pusingan suku akhir sahaja walaupun bermatlamatkan suku akhir itu memang bagus.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

15/4/24

Keutamaan Mengajar Kerana Duit vs Kerana Allah

 

Orang yang mengajarkan agama tapi keutamaannya adalah duit, tak sama dengan orang mengajarkan agama yang keutamaannya adalah agama, walaupun dia juga perlukan duit.

Orang yang mengubat tapi keutamaannya adalah gaji, tak sama dengan orang mengubat yang keutamanya adalah kesihatan, walaupun dia juga mengambil gaji.

Orang yang berdakwah tapi keutamaannya adalah bayaran, tak sama dengan orang berdakwah yang keutamaannya adalah isi dakwah, walaupun dia juga ada dibayar.

Orang yang berjuang tapi keutamaannya adalah jawatan, tak sama dengan orang berjuang yang keutamannya adalah umat, walaupun dia juga tidak menolak akan jawatan.

Bijak2lah memilih.


14/4/24

Aku Tipu Pun Kau Tak Percaya?

 

Nyawa : Aku tipu!

Badan : Kau tipu tak tipu, aku peduli hape same engkau?

Nyawa : Eeih? Aku (dah mengaku aku) tipu pun kau tak percaye heh?

Badan : Percaye tak percaye aku peduli hape?


**********


Penunggu gua : Haaii lah badan! Haaiilah nyawa!


- Nujum Pak Belalang


19/4/24

Yang Mati Sudah Mati. Bagaimaan dengan yang Masih Hidup Menderita?

 

Yang sudah terkorban, jika mahu dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan (walaupun sepatutnya dibela juga), terpulanglah kepadamu. Tapi bagaimana dengan mereka yang masih hidup dan sedang menderita atau bakal menderita? Adakah hendak dibiarkan begitu sahaja (oleh kerana mereka bukan diri kita dan bukan orang2 yang dekat dengan kita)? Tidakkah kita punya walau sedikit hati dan usaha untuk membela sesama umat? Cuba kita bayangkan dan merasai jika ibu bapa mereka itu ialah ibu bapa kita sendiri, adik-beradik mereka itu adik-beradik kita sendiri, anak cucu mereka itu ialah anak cucu kita sendiri... Nabi amat kasih akan umat. Bagaimana dengan kita yang mengaku mengikuti baginda?


22/4/24


* Rajin2 basahkan halaman keliling rumah sambil berzikrullah.

* Ambil peduli saudara2 kita yang sedang dizalimi zi yo nis.

* Amalkan zuhud, lebih tenang kehidupan.

Tasauf Terzahir Melalui Si Tabib Moden

 

Apabila seseorang tabib moden itu sanggup menghancurkan ego, memohon kemaafan atas kesilapan2 dan mahu berusaha untuk membuat pembetulan atau pemulihan sekadar yang dimampunya, hal itu bukan sahaja hebat tetapi sangat hebat. Sangat hebat kerana dia bukan orang agama, bukan lulusan tinggi agama, tiada title asatizah, bukan pengajar ilmu aqidah tauhid, bukan penghurai kitab2 tasawuf, tetapi... yang terpamer melalui tindakannya itulah tasawuf.


22/4/24

Bukan Muslim Menilai Islam Melalui Kita

 

Orang2 bukan Islam tidak kenal Nabi Muhammad saw dan tak baca Quran hadith. Benarkah kononnya penganut agama Islam itu teguh pendirian, berani atas kebenaran, mengambil berat sesama manusia, tidak taksub dan sebagainya? Mereka melihat dan menilai itu semua berdasarkan perlakuan kita. Dari situlah baru mereka mahu tahu lebih dekat akan ajaran Islam, Nabi dan Quran hadith. Malangnya jika yang sebaliknya pula terpamer oleh kita. Begitulah umumnya. 23/4/24

Sunday, April 14, 2024

Bersahabat Kerana Apa?

 

Sangat berbeza

antara bersahabat

kerana benar KASIH akan sahabat

dengan bersahabat kerana terpaksa,

bersahabat kerana ada kepentingan tertentu,

bersahabat kerana sudah tidak ada pilihan lain,

bersahabat kerana hendak memperoleh sesuatu habuan,

bersahabat kerana hendak mengorek2 maklumat untuk dipanjang2kan,

bersahabat kerana hendak mempergunakan sahabatnya apabila ada keperluan,

bersahabat kerana hendak memastikan sahabatnya tidak melebihi dirinya dari segi keduniaan.


22/3/24

Zaman Tiada Kekhalifahan Itu Lain Situasinya

 

Setelah mempelajari ilmu s-sa’ah, insya-Allah kita akan memahami bahawa umumnya sebahagian amal2 ibadah umat sewaktu adanya kekhalifahan dan sewaktu ketiadaan kekhalifahan adalah tidak sama (dua as-sa’ah yang berbeza), termasuklah dalam menjalani Ramadhan. Maka pada zaman ini sepatutnya tidak wujud pemahaman seperti : “Sempena bulan Ramadhan ini maka saya akan menghentikan segala urusan2 agama, dakwah, perjuangan dan sebagainya kerana mahu menumpukan kepada amal ibadah peribadi.”


Insya-Allah pengajian lanjutan ilmu as-sa’ah Imam al-Ghazali bagi batch pertama akan dilangsungkan pada 4 Mei 2024. Bagi batch kedua pula (asas & lanjutan) pada 1 dan 2 Jun 2024.


21/3/24

Bagaimana Ad-Diin Tanpa 4 Pasak Agama?

 

Bagaimana engkau hendak membetulkan dan menepatkan pengabdian jika tiada belajar ilmu al-iman? Sekadar agak2, sangka2 dan yakin2 sendiri?

Bagaimana engkau hendak melaksanakan amal2 jika tiada belajar ilmu al-islam? Sekadar menanti ilmu terus daripada Allah atau sekadar cuba2 buat sendiri?

Bagaimana engkau hendak menghadapi sifat2 mazmumah diri dan diri2 jika tiada belajar ilmu al-ihsan? Sekadar baca sendiri kitab2 tasawuf?

Bagaiman engkau hendak menghadapi akhir zaman dan zaman akhir dengan lurus jika tiada belajar ilmu al-sa’ah? Sekadar ikut2 kata2 orang?


4 sekawan berturutan dalam hadith Jibril (4 fardhu ad-diin atau 4 rukun ad-diin) ini kena berguru dan belajar.


24/3/24

Tempat2 Tinggi yang Bukan Langit

 

Mereka sedang merencana bukan lagi sekadar untuk membina bangunan2 tertinggi, tetapi sudah menjangkau ke membina bangunan2 terapung di tempat tinggi. Taman2 yang benar2 tergantung2 mungkin akan jadi kenyataan. Maka segala bangunan tertinggi akan dipandang rendah belaka. Daripada benda kecil, lalu kepada benda besar, lalu kepada bangunan2 dan taman2, lalu kepada bandar2. The Real Taman Tergantung Babylon mungkin akan ada. Bahkan sebesar Kerajaan Babylon pun mungkin. Semua itu kebal daripada banjir, tanah runtuh dan aliran larva. Maka turunnya mereka nanti adalah dari seluruh tempat2 yang tinggi, seumpama dua bersaudara Yakjuj dan Makjuj.


Namun sebagaimana biasa, dalam ilmu as-sa’ah setiap maklumat digredkan dan kita bertekan pada sesuatu maklumat itu atas sekuat mana grednya sahaja. Yang palsu tidak ditulenkan, yang lemah tidak dipegangi sebagai keutamaan, yang berpotensi tetap disimpan.


*Kepada batch 1 pengajian intensif ilmu as-sa’ah, sesi lanjutannya insya-Allah pada 4 Mei 2024.


21/3/24

Terawih Potong Pinang pada Ramadhan 80-an

 

Malam ini teringat pula akan malam2 Ramadhan di Surau Kampung Potong Pinang sekitar penghujung tahun 70-an sampilah awal 90-an. Sejak dari surau kayu dua tingkat sampailah digantikan dengan surau batu. Rumah sahaya betul2 di sebelah surau. Selalu sangat dengar suara Cikgu Dahlan mengimamkan solat terawih dan Pak Mat sebagai bilalnya. Oleh kerana terbiasa, dengan sendirinya sampai sekarang sahaya dapat mengingat lenggok bacaan surah Al-Fatihah oleh Cikgu Dahlan dan lenggok selawat antara rakaat terawih oleh Pak Mat. Jika sahaya mengimamkan solat, salah satu lagu atau lenggok Al-Fatihah itu sebenarnya mengikut bacaan Cikgu Dahlan. Jika sahaya memimpin selawat antara terawih, lagu atau lenggoknya adalah mengikut gaya lagu Pak Mat. Tapi laungan azan Pak Mat tak dapatlah sahaya ikut kerana suaranya tinggi lagi sedap. Sekurang2nya masih ada sedikit daripada Cikgu Dahlan dan Pak Mat dalam diri sahaya sebagai kenangan.


Terasa sangat indahnya lagi sayunya zaman kanak2. Seakan2 hendak kembali sebentar untuk menikmati suasana tersebut walaupun sekadar seketika. Mungkin hanya dalam mimpi.... dalam mimpi...


24 3 24


Berhati2 Mengaitkan Sesuatu dengan Nabi

 

Menafikan kaitan sesuatu dengan Nabi saw

padahal kaitan itu benar adanya,

itu sangat berbahaya.

DAN

mengaitkan sesuatu dengan Nabi saw

padahal kaitan itu tidak benar adanya,

itu juga sangat berbahaya.

Maka kita kena sangat berhati2

akan kedua2nya sekali,

bukan salah satu sahaja.


Yang ada, jangan ditiadakan.

Yang tiada, jangan diada2kan.


Bagaimana jika tidak pasti?

Kekalkan sahaja sebagai tidak pasti.

Jangan dibuat2 pasti.

Sampailah datangnya maklumat2 yang pasti.


30/3/24

Biskut2 Raya Kali Ini

 

Tiap tahun balik dari kerja orang rumah sahaya suka buat biskut raya, sikit2 sekadar untuk makan sendiri. Tahun ini sempat siap 17 jenis :

1. Tart bunga

2. Tart gulung

3. Red pearl

4. Sarang semut

5. Biskut suji

6. Biskut aiskrim

7. Almond London

8. Samperit klasik

9. Samperit dahlia

10. Samperit susu

11. Peanut butter

12. Biskut Shandong

13. Crystal ball

14. Biskut cornflake madu

15. German cookies

16. Biskut kelapa

17. Biskut rainbow


Alhamdulillah.Syukur.

Jiwa Mutmainnah Pasti Kan Tenang dengan Peraturan-Nya

 

Jiwa mutmainnah (yang tenang damai) itu tentunya dengan tenang hati dan senang hati akan mematuhi segala perintah dan larangan Allah, tiada pilih2, sama ada dalam hal2 yang kehendak hawa nafsunya suka akan perintah2 dan larangan2 itu , ataupun dalam hal2 yang kehendak hawa nafsunya tidak suka akan perintah2 dan larangan2 itu.


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (sepenuhnya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Al-Baqarah : 208)


Maka, janganlah kita memilih2 melainkan menerima sepenuhnya.


Pengetahuan Allah Maha Hebat. Pengetahuan kita tiada apanya.


14/4/23

10 Tazkirah Syawal

 

1. Nak berRamadhan ada ilmunya, nak berSyawal pun sama. Nak berpuasa kena ada ilmu, nak beraya pun sama.

2. Tenang2kan hatimu kerana ada sahaja geng yang tak punya baju baru tapi pakai baju raya 1-2 tahun lepas.

3. Bukan batin sahaja. Semoga jasad kita juga dapat kembali kepada fitrah, atau mendekati fitrah. Detox dan pulihkan kesihatan dan kesemulajadian.

4. Berjayakah kembali kepada fitrah? Atau diri masih orang yang sama juga berulang2 setiap tahun sedari dahulu? Wahai diriku sendiri!

5. Aurat kita di medsos terus dipelihara. Aurat orang juga usaha kita pelihara walaupun dia tidak memeliharanya.

6. Bermula 1 Syawal itu ujian besar untuk kita pertahankan solat2 sunat, jumlah bacaan Al-Quran, zikrullah, adab bicara, aurat dll. Moga kita masih berjaya kekalkan solat2 sunat (selain terawih) dan jumlah bacaan Al-Quran sepanjang Syawal ini... dan seterusnya.

7. Kadang2... Allah, agama, hukum-Nya diketepikan. Yang lebih dipentingkan adalah asalkan ramai2 happy dan puas hati.

8. Pabila yang bukan mahram tak mahu bersalam dengan kita, itu tak bererti mereka tak mahu bergaul, bersembang dan melayan kita. Mereka cuma patuhi-Nya. Kita dahulukan baik sangka.

9. Hasut fitnah umpat dsb lebih kurang sama sahaja sebelum, semasa dan selepas Ramadhan... kerana walaupun “syaitan dirantai” tapi mulutnya tetap bebas.

10. Kita baru je kembali kepada fitrah. Itu pun tidak berapa nak fitrah. Ruginya jika bermula 1 Syawal lagi sudah mula hilang fitrahnya. Mari kita jauhi sifat2 mazmumah selamanya.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

April 2024

Blog Debunga Teratai Syurgawi


Friday, March 22, 2024

Carilah Ilmu Ad-Diin pada Ahlinya

 

Ilmu al-iman itu dalamilah dengan yang ahlinya. Jangan cuba dalami ilmu al-iman dengan ahli al-islam, melainkan jika ahli al-islam itu memang ahli juga dalam al-iman.


Ilmu al-islam itu dalamilah dengan yang ahlinya. Jangan cuba dalami ilmu al-islam dengan ahli al-ihsan, melainkan jika ahli al-ihsan itu memang ahli juga dalam al-islam.


Ilmu al-ihsan itu dalamilah dengan yang ahlinya. Jangan cuba dalami ilmu al-ihsan dengan ahli al-sa’ah, melainkan jika ahli al-sa’ah itu memang ahli juga dalam al-ihsan.


Ilmu al-sa’ah itu dalamilah dengan yang ahlinya. Jangan cuba dalami ilmu al-sa’ah dengan ahli al-iman, melainkan jika ahli al-iman itu memang ahli juga dalam al-sa’ah.


Mencari sesuatu biarlah pada tempatnya. Jika dicari pada yang bukan tempatnya maka :

i) tiadalah terjumpa lalu habislah masa dengan tercari2 sahaja

ii) terjumpa sesuatu yang disangka sebagai ia, tetapi sebenarnya bukan ia. Ini sangat berbahaya.


Al-iman, al-islam, al-ihsan dan al-sa’ah.

Inilah 4 tungku ad-diin, 4 tiang agama,

4 fardhu ad-diin, 4 rukun agama,

4 pasak ad-diin, 4 pagar agama.

4 sayap ad-diin, 4 mata angin agama.


4 sekawan hadir berturutan.

Dalam hadith Jibril tiada terpisahkan.

Para sahabat akur mendengarkan.

Bersambunglah sanad zaman-berzaman.


21/3/24

Bukan Muslim Bertanya Tentang Kitab Kimiya us Saadah

 

Sambil duduk2, sahaya pun membaca kitab Kimiya’ us-Saa’dah (Kimia Kebahagiaan) tulisan Imam Ghazali. Melintaslah seorang lelaki Cina bukan muslim. Tiba2 dia berhenti lalu memandang ke arah kitab di tangan sahaya.


Lelaki : You baca buku apa?


(Sahaya terkejut juga kerana tidak menyangka yang dia akan berhenti dan bertanya. Apa yang sahaya nak jawab ni?)


Sahaya : (Buku tentang) macam mana hati mau jadi baik (sambil mengisyaratkan tangan kanan ke dada).


Lelaki : Ooo.... kamu punya hati tak baik ke? (Bersungguh2 gayanya hendak tahu)


(Tersenyum lebar sahaya kerana persoalannya itu mencuit hati. Macama mana pulak sahaya nak jawab ni?)


Sahaya : Saya (punya) hati banyak tak baik, (dan) ada sikit saja baik. (Jadi) saya nak bagi (hati saya) baaanyak baik.


Dia pun mengangguk-angguk, macam berfikir. Kemudian dia terus berjalan pergi kepada rakan-rakannya.


21/3/24

Tafsir Mimpi Berlawan dengan Dua Orang

 

Ada seorang hamba Allah bertanya tentang maksud mimpinya. Mimpi itu berlaku sewaktu dia tidur selepas solat zuhur dan terjaga selepas asar pada bulan Ramadhan ini. Dalam mimpi itu, dia cuba dibunuh oleh dua orang lelaki lalu dia melawan. Kesudahannya, dia tidak ingat sama ada mereka yang berjaya membunuhnya atau dia yang berjaya membunuh mereka. Ditanyakan maksud mimpi tersebut kepada sahaya.


JAWAPANNYA : Dua orang lelaki itu ialah solat fardhu zuhur dan solat fardhu asar. Sekiranya dia berjaya menyelesaikan kedua2 solat fardhu itu pada hari tersebut, maka dalam mimpi itu dialah yang berjaya membunuh kedua2nya. Tetapi jika dia gagal menyelesaikan kedua2 solat fardhu itu pada hari tersebut, maka dalam mimpi itu merekalah yang berjaya membunuhnya. Jadi, hanya dialah yang lebih tahu “siapa” yang berjaya membunuh “siapa” pada hari itu. Wallahua’lam.


20/3/24

Tuesday, March 19, 2024

Tarbiah Tariqah Setiap Hari

 

Sewaktu sahaya belajar tariqah dulu, hampir setiap hari berpeluang bertemu berhadapan muka dengan guru mursyid. Kami tinggal sekampung dan solat berjemaah di surau yang sama. Maka biasalah kami bertemu (dan bertarbiah) selepas subuh, sebelum maghrib dan selepas isya’. Pada hari2 cuti, ada pula ruang untuk bertemu sebelum dan selepas zuhur, serta sebelum dan selepas ‘asar. Begitulah silih berganti mengikut kelapangan masing2.


Tambahan pula murid yang tinggal berhampiran dengan mursyid hanya dua orang. Maka banyaklah masa sahaya bertalaqqi dengan mursyid. Secara ringkasnya, bolehlah dikatakan bahawa pada setiap hari ada walau sedikit ilmu dan nasihat (peringatan2) yang disampaikan oleh mursyid kepada sahaya. Umumnya tidak ada hari yang terputus tarbiah. Jika ada terselang pun, tidaklah lama.


Sekarang, murid2 sahaya (kecuali ahli keluarga sahaya) dalam Tariqah Ghazaliyah ini semua tinggal berjauhan. Jarang2 dapat bertemu secara berhadapan. Jika tinggal sekampung setaman sekondo sekalipun, hari ini rasanya kedua2 belah pihak guru dan murid pun tidak mampu untuk meluangkan masa bertemu bertarbiah setiap hari kerana urusan masing2.


Oleh sebab itu maka sahaya cuba juga menyampaikan ilmu dan nasihat (peringatan2) pada setiap hari (agar tidak ada satu hari pun yang terputus) melalui media. Maka ada llmu2 dan nasihat2 (peringatan2) setiap hari ada di FB (setiap hari beberapa kali update) dan group2 WhatsApp. Ditambah pula sesekali ada juga melalui TikTok dan Telegram. Jika tidak usaha dibuat begini, pasti akan ada hari2 yang terputus tarbiah. Dan hal itu seboleh2nya mahu dielakkan daripada berlaku. Memang kemudahan teknologi yang Allah rezekikan banyak membantu bagi mengisi atau sekurang2nya menampung sedikit-sebanyak lompong2 tarbiah dan mengekalkan kesinambungannya.


Setakat mana yang mampu, setakat itulah yang cuba dilaksanakan. Kita manfaatkan apa yang ada dan tercapai sahaja dulu. Semoga pada masa2 akan datang, Allah rezekikan pula kepada kita agar dapat lebih selalu bertemu dan bertarbiah secara berhadapan. Mudah-mudahan.


19/3/24