Bagai mencurahkan air ke daun keladi, sekalipun daunnya
berdegil menolak air, tetapi air yang jatuh ke bumi tetap diserap oleh akarnya,
dihantar kepada daun melalui batangnya. Air yang jatuh ke bumi tadi, tetap
dimanfaatkan oleh tumbuhan lain di sekitarnya. Tumbuhan di sekitar pokok keladi
akan mempengaruhi suasana dan keadaan pokok keladi.
Berdakwah (contohnya berkata-kata) kepada orang yang
tidak mahu didakwah, sekalipun dia berdegil menolak dakwah kita, tetapi
sekurang-kurangnya ada juga sepatah dua perkataan kita yang tersimpan dalam
hatinya. Paling kurang pun gambaran dan suasana ketika kita mendakwahkan
dirinya itu, terakam juga sedikit dalam mindanya.
Selain itu, dakwah kita kepadanya turut terdengar atau
terpandang oleh orang-orang di sekelilingnya. Orang-orang di sekitar mereka
yang mengambil manfaat daripada dakwah kita itu, tentunya akan membentuk
persekitaran positif kepada si dia, yang akan mempengaruhi juga si dia. Pusing
ikut mana pun, air dakwah yang disiramkan ke atas daun keladi kedegilan, tetap
membawa manfaat sekalipun sedikit.
Sebab itu para pekerja pada jalan Allah tidak mudah
dikuasai jemu.
No comments:
Post a Comment