Monday, September 17, 2012

Doa Lama Untuk Anak-anak


Inilah doa berbahasa Melayu yang kubaca pada malam hari Sabtu 28 Januari 2006 di rumah ibu mertuaku di bersempena majlis sambutan hari ulangtahun ke-4 kelahiran anak perempuan kami Saiyidah Musfirah, juga bersempena hari kelahiran adiknya Muhammad Zulfiqar pada hari Selasa 24 Januari 2006 (baru 5 hari):

Ya Allah wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami semua keselamatan di dunia dan di akhirat, khususnya kepada kedua orang anak kecil ini.
Kurniakanlah kepada mereka ilmu, iman dan amal serta kefahaman Islam yang secukupnya.
Jadikanlah mereka berdua pejuang-pejuang di jalan-Mu ya Allah.
Perindahkanlah akhlak mereka dan jadikanlah kedua-duanya sebagai contoh dan teladan kepada orang-orang mukmin.
Kuatkanlah agama Islam ini dengan kehadiran mereka wahai Tuhan.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Melalui maksud nama Saiyidah Musfirah dan Muhammad Zulfiqar kami berdoa, berikanlah kejayaan kepada mereka sebagaimana hebatnya maksud nama-nama mereka.
Bentuklah mereka menjadi muslim yang soleh, warak, zuhud, sufi, istiqamah, penuh dengan sifat-sifat mahmudah dan akhirnya menjadi penyelamat kepada kedua ibu bapanya, kaum keluarganya serta umat manusia seluruhnya.

Amin.

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails