Kepada
para pengikut pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin secara online, kertas soalan Peperiksaan
Tahap 1 Pengajian Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sudah lama berlalu, disiarkan sejak 15
April 2012. Pengumuman tentangnya pun masih ada di sini http://alexanderwathern.blogspot.com/2012/04/peperiksaan-pengajian-kitab-ihya.html
.
ULANG TAYANG PENGUMUMAN :
Peperiksaan
Pengajian Kitab Ihya Ulumiddin Tahap 1
Diumumkan
kepada tuan-tuan dan puan-puan khususnya para pendengar/pengikut kuliah
pengajian kitab Ihya' 'Ulumiddin (sama ada secara talaqqi atau pendidikan jarak
jauh) bersama saya (Abu Zulfiqar), tuan-tuan dan puan-puan digalakkan untuk
menjawab soalan peperiksaan Tahap 1 Pengajian Kitab Ihya' 'Ulumiddin.
Soalannya boleh di'download' dihttp://periksaihya.files.wordpress.com/2012/04/peperiksaan-ihya-tahap-1.pdf.
*Tuan2 puan2 yang tidak mengikuti kuliah Abu Zulfiqar juga boleh menjawabnya jika mahu.
*Peperiksaan Tahap 2 akan diusahakan sedikit masa lagi.
*Hanya calon yang lulus (mendapat sekurang-kurangnya C) akan ditawarkan untuk menjawab soalan peperiksaan Tahap 2.
Selamat menjawab peperiksaan.
Soalannya boleh di'download' dihttp://periksaihya.files.wordpress.com/2012/04/peperiksaan-ihya-tahap-1.pdf.
*Tuan2 puan2 yang tidak mengikuti kuliah Abu Zulfiqar juga boleh menjawabnya jika mahu.
*Peperiksaan Tahap 2 akan diusahakan sedikit masa lagi.
*Hanya calon yang lulus (mendapat sekurang-kurangnya C) akan ditawarkan untuk menjawab soalan peperiksaan Tahap 2.
Selamat menjawab peperiksaan.
TAMAT
ULANG TAYANG.
Kini soalan Tahap 2 bakal menyusul (hanya setelah lebih
setahun setengah berlalu… sibuk memanjang). Anda yang sudah lulus
sekurang-kurangnya dengan gred C pada Tahap 1 dipelawa untuk menjawab soalan
Tahap 2. Yang belum lulus atau belum melalui Tahap 1, sila berbuat demikian
terlebih dahulu. Semoga berjaya.
Akan dimaklumkan apabila soalan Tahap 2 siap nanti.
Abu Zulfiqar
5 November 2013
*SOALAN-SOALAN
LAZIM :
Soalan :
Apa bentuk keuntungan keduniaan yang bakal saya dapat (wang, sijil, pangkat,
pengiktirafan, keistimewaan atau sebagainya) kalau lulus peperiksaan ini?
Jawapan
: Apa pun tak ada. Anda belajar kerana Allah semata-mata dan menjawab peperiksaan
pun kerana Allah semata-mata.
Soalan :
Saya mahu mengikuti kuliah-kuliah kitab Ihya ini tapi saya tak mahu ambil
peperiksaan. Boleh ke?
Jawapan
: Tentu saja boleh.
Soalan :
Kenapa kuliah umum macam ni ada peperiksaan?
Jawapan
: Sebagai salah satu usaha untuk mentajdid kuliah-kuliah umum umat Islam. Selain
itu ada beberapa sebab dan matlamat yang lain.
Soalan :
Maklumat lain?
Jawapan :
Ada pada kertas soalan nanti J
No comments:
Post a Comment