Friday, June 8, 2012

Belajar 1 Kitab, Dapat 10 Kitab


Dengan mengikuti pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumiddin (karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali), sebenarnya kita turut mempelajari keseluruhan isi kandungan kitab-kitab berikut :
1.       Minhajul ‘Abidin (Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali)
2.       Bidayatul Hidayah (Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali)
3.       Siyarus Salikin (Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani)
4.       Hidayatus Salikin (Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani)
5.       Bimbingan Mu’min/ Mu’minin (Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasyqi)
kerana umumnya isi kitab-kitab ini merupakan ringkasan kepada kitab Ihya’ ‘Ulumiddin.

Selain kitab-kitab di atas, kuliah kitab Ihya’ ‘Ulumiddin oleh Al-Faqir Abu Zulfiqar pula mengandungi bonus berupa isi kandungan kitab-kitab lain karangan Imam Al-Ghazali iaitu kitab :
1.       Al-Munqiz min Adh-Dhalal
2.       Ar-Risalah Al-Laduniyyah
3.       Misykatul Anwar
4.       Kimiya’ As-Sa’adah
yang akan disulam dari semasa ke semasa (agar bersesuaian dengan tempatnya) sehingga habis keseluruhan isi kitab-kitab tersebut.

Belajar 1 kitab, dapat 10 kitab.
Kepada pendengar-pendengar di internet, pastikan anda mendengar/menonton keseluruhan fail dari fail pertama (sehingga JUN 2012, sudah ada hampir 300 fail di Youtube).
Kepada hadirin kuliah, pastikan anda tidak terlepas walau satu kuliah.

Selamat meningkatkan ilmu, keimanan dan amal-amal soleh.

No comments: