Apakah jawapan pertama Abdul Aziz Lombok yang
mengaku sebagai Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim merangkap Pemuda Bani Tamim kepada
saya? Jom baca.
“Kalian
belum tahu siapa yang mengajar Imam Naser menafsirkan seluruh ayat Alqur'an dan
melacak (*menyaring/mengetepikan) hadis hadis yang palsu. Yang mengajar Imam Naser
untuk menafsirkan Al-Qur'an adalah ALLOH SUBHANAHU WAT'ALA. Dialah tuhan kami
dan guru kami.””
“Apakah
tafsir ALLOH SWT sama dengan tafsiran ulamak, yang mereka memake (*menggunakan)
zhon/prasangka atau ijtihad untuk menafsirkan ayat ayat Alqur'an??????????????????????”
“Dan kalian
belum kenal betul dengan Tuhan kalian akibat hadis palsu yang kalian
meyakininya sahih (*Nasser Yaman, Abdul Aziz Lombok dan para pengikut mereka
menolak semua hadith yang tidak selaras dengan Nasser Yaman sekalipun sahih
atau hasan. Bagi mereka semua itu hadith palsu kerana kononnya Nasser tahu yang
mana haditrh paslu yang mana bukan melalui ilmu ghaibnya, bukan melalui kaedah
ilmu mustalah hadith) dan akibat kalian tidak rujuk kepada Al-Qur'an. Siapa
saja yang meyakini bahawa ada shafa'at Nabi kelak di akhirat maka dia telah
shirik. Buktikan saja besok (*akan terbukti nanti) apakah saya benar atau tidak,
tunggulah kalian tidak lama lagi.”
“Terserahlah (*kepada) kalian mahu memenangkan Al-Mahdi (*iaitu
Nasser Muhammad dari Yaman) atau tidak. Kami tiada butuh (tidak memerlukan) dan
kami tidak rugi. Kenapa? Karna (*kerana) cukup dengan tuhan kami. Dialah yang
akan memenangkan kami dalam satu malam saja . Buktikan saja (*akan terbukti)
tidak lama lagi.”
Itu sahaja
jawapannya kali pertama. Para pembaca bolehlah membuat penilaian sendiri.
No comments:
Post a Comment