Thursday, October 6, 2011

SJ - Millah Ibrahim dan Bani Israil

HAMBA ALLAH : Apakah syariat Nabi Ibrahim?

ABU ZULFIQAR : Luas skop 'syariat' tu. Kita kecilkan sikit. Adakah maksudnya hukum-hakam yang diguna oleh Nabi Ibrahim? Ataupun yang lain?

HAMBA ALLAH : Kalau hukum hakam bagaimana?

ABU ZULFIQAR : Dia guna hukum-hakam yang diturunkan oleh Tuhan kepada dialah. Ada persamaan dan ada perbezaan dengan hukum-hakam para rasul terdahulu dan yang kemudian. Antara faktornya, sefaham kita Nabi Ibrahim tak pernah berguru dengan mana-mana rasul atau nabi lain (1).

Jadi dia punya hukum-hakam yang tersendiri untuk zaman dan wilayah dakwahnya.

HAMBA ALLAH : Adakah Nabi Musa berhukum dengan hukum-hukum dari Nabi Ibrahim?

ABU ZULFIQAR : Saya kira ada persamaan dan ada juga perbezaan. Hal ini kerana Nabi Ibrahim berhukum berdasarkan suhuf-suhuf yang turun padanya, bukan berdasarkan Taurat yang diturunkan kemudian kepada Nabi Musa.

HAMBA ALLAH :Nabi musa pula...?

ABU ZULFIQAR : Nabi Musa berhukum berdasarkan Taurat dan 10 Commandent (10 Perjanjian).

HAMBA ALLAH : Tapi, kenapa Bani Israel di zaman Musa mengikut millah Ibrahim...?

ABU ZULFIQAR : "Millah"itu lebih kepada tauhidnya (2), bukan syariatnya. Tauhid para nabi semua sama, tapi syariat para nabi tidak semestinya sama.

“Bagi setiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan yang terang (yang wajib diikuti oleh setiap umat). (Al-Maidah : 48)

HAMBA ALLAH : Haaa...hati saya puas. Ada banyak nak tanya .Tapi, sayaa dh lupa...nanti kalau ingat saya tanya tuan lagi...

ABU ZULFIQAR : Ok.

(1) Walaupun Nabi Ibrahim hidup sezaman dengan anak saudaranya Nabi Lut, anaknya Nabi Ismail, anaknya Nabi Ishaq dan cucunya Nabi Yaaqub, dialah yang menjadi guru kepada mereka semua.

(2) “Dan aku (Yusuf) menurut millah datuk nenekku : Ibrahim dan Ishaq dan Ya’qub. Tidaklah sepatutnya bagi kami mempersekutukan sesuatu dengan Allah (*maksudnya “millah” ini berkaitan dengan tauhid). Itulah limpah kurnia Allah kepada kami dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Yusuf : 38)

No comments: