Thursday, June 2, 2011

Pendengar Baru : Nak Dengar Yang Mana Dahulu?

Akhir-akhir ini semakin ramai pendengar baru mula mengikuti kuliah-kuliah saya yang dimuatnaik ke internet. Timbul masalah apabila mereka tidak tahu hendak dengar yang mana terlebih dahulu?

Saya sarankan anda ikuti siri kuliah syarah kitab Kifayatul Muhtaj iaitu "Kembara ke Sidratul Muntaha" terlebih dahulu. Habiskan kesemua 123 fail yang ada. Kemudian terus beralih kepada siri kuliah syarah kitab Ihya' 'Ulumiddin iaitu "Wangian Hikmah Al-Ghazali". Boleh juga jika anda hendak mendengar siri kuliah syarah kitab Munyatul Musolli yang terdiri daripada 59 fail sebelum berpindah ke syarah Ihya'.

2 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum wbt...

ustaz, saya adalah di antara pendengar baru di bolg ustaz ini. memang saya banyak keliru mana satu mahu dibaca. oleh kerana ustaz sdh bagi cadangan maka saya ikut la saranan ustaz itu. terima kasih.

untuk pengetahuan ustaz juga, oleh kerana pada mulanya saya buka blog ini, saya tak tahu mahu baca mana satu dulu jadi saya hentam saja lah baca mana2 pun janji dapat ilmu yang bermanfaat.. masalahnya, saya ada tanya beberapa soalan ngn ustaz p saya tak ingat sudah di mana soalan yang saya tanya 2 bukak kat mana... saya adalah orang yang bertanya tentang solat witir dan makhluk ghaib... kut2 ustaz dapat tahu nanti beritahu saya ya...
saya hanya lah insan yang ingin memperbaiki diri sebab ilmu agama saya masih sangat cetek.. dan ada banyak lagi saya mahu tanya pada ustaz tapi ckit2 la dlu..
saya juga mintak maaf sebab tidak mendedahkan diri kerana malu ditertawakan(kut2 ada orang kenal saya) saya lebih senang guna anonymous. maklumlah saya kurang2 tang agama ney (mgkin banyak soalan yang remeh saja saya tanya)

apa2 pun sangat2 berterima kasih...moga ALLAH merahmati ustaz sekeluarga... ^_^

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Wlksm.

Selamat datang diucapkan kepada anda. Nanti saya cuba tengok kat mana soalan-soalan anda. Sebenarnya ramai yang guna 'anonymous' ni. Mungkin di blog ini, mungkin juga di blog saya yang lain iaitu:

http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/
ataupun
http://myalexanderwathern.blogspot.com/

Saya pun tak banyak ilmu, sekadar mampu kongsi-kongsi sahaja ilmu yang sedikit.

Tak mengapa, boleh terus guna 'anonymous'. Lagi pun yang bertanya kepada saya pun ramai guna 'anonymous'.

Semoga rahmat Allah ke atas anda juga :)

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails