Sunday, January 15, 2012

Tempoh Masa Belajar Kitab Ihya' 'Ulumiddin

Saya mencongak-congak sendirian...

Sudah 25 kali disyarahkan = baru 125 mukasurat terjemahan Ihya' 'Ulumiddin (daripada 4,800 mukasurat).

Maka purata untuk 1 kuliah = 5 mukasurat.

Untuk menghabiskan 4,800 mukasurat...
4,800 mukasurat bahagi 5 mukasurat = 960 kali kuliah. Baru habis seluruh kitab Ihya'.

960 kali kuliah bahagi 4 kali (sebulan) = 240 bulan.

240 bulan bahagi 12 bulan (setahun) = 20 tahun.

Maksudnya, jika saya mengajar 4 kali sebulan sebagaimana yang saya lakukan sekarang di tempat saya, 20 TAHUN BARU HABIS.
Jika saya mengajar 1 kali sebulan di tempat lain = 80 TAHUN BARU HABIS. Alamatnya... saya yang 'habis' dulu : )

Permintaan mengkuliahkan kitab Ihya' selalu datang, dan selalunya saya menepis, kerana saya kurang suka 'travel' dalam mengajar... rasa rugi masa perjalanan pergi dan pulang habis begitu sahaja. Sebab itu kesemua fail audio/video kuliah Syarah Ihya' dimuatnaik ke Youtube, agar orang jauh boleh mengikutinya Tapi suatu hari nanti... tentu tak tertepis jugak, lebih-lebih lagi yang mengajak itu sahabat-sahabat baik.

Oleh itu, di masjid/surau lain, saya mestilah membuat persediaan :
1. Panjangkan tempoh kuliah. Biasa sekitar 50 minit ke 1 jam. Jadi saya kena jadikan lebih daripada itu.
2. Nota/huraian bertulis yang diberi hendaklah lebih tebal dan terperinci.
3. Isi kuliah hendaklah dimudahkan dan dipadatkan, tapi jangan sampai tertinggal bahagian-bahagian yang penting.
4. Mula memesrakan kitab Ihya' dengan anak-anak sedari kecil (sekarang), supaya seandainya saya tidak sempat menghabiskan keseluruhan kitab, mereka atau salah seorang dari mereka dapat menyambung kerja-kerja saya menghabiskannya, mengikut acuan yang betul.

Tahun lepas ada tawaran untuk kuliahkan Ihya' secara marathon (3 hari, Jumaat sampai Ahad, lebih kurang 12 sesi pada Maghrib, lepas Isya', Subuh, pagi, tengah hari)), tapi saya tak mampu. Saya jenis yang mudah letih, kurang stamina. Rasanya sampai bila-bila pun tak akan mampu mengajar secara 'marathon'. WaAllahua'lam.

Tapi tak dinafikan, kitab Ihya' elok diajar secara marathon, barulah dapat kejar silibusnya.

5 comments:

ibnunafis said...

Masya Allah, teruskan perjuangan sheikh !

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Ya Ustaz Ibnu Nafis, perjuangan kecil-kecilan je ni. Yang penting... perjuangan kita bersama-sama menentang 'virus-virus' itu mesti diteruskan dan diperkuatkan : )

Anonymous said...

bukan virus lagi dah ustaz,, tp skrg dah jadi kudis nanah darah kotor... perlukan pembersihan secara besar-besaran.. :)

abgrez

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Memang benarlah perkataan Abgrez itu :)

Fisabilillah said...

teruskan perjuangan mu..kita basmi virus 2 nie pelan2..tapi berterusan :D