Thursday, January 6, 2011

Mencari Kitab Ihya'

A MENULIS:

Salam Ustaz, terima kasih add saya.
Saya suka baca blog ustaz Allah Cinta Agung tu..ada sambungan lagi tak? Teruskan usaha dan selamat maju jaya!

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Wlksm A.

Dah tak ada sambungannya. Sebenarnya itu ialah ringkasan bab Cinta dalam Ihya' 'Ulumiddin karya Imam al-Ghazali dengan sedikit tambahan daripada sumber-sumber lain. Untuk lebih memuaskan hati, dapatkan terjemahan Ihya' berbbahasa Melayu jilid 7. Memang seronok menelitinya.

A MENULIS:

Sayangnya tak ada sambungan..Nanti akan diusahakan baca dalam Ihya mcm saranan diberi. Kalau saya perlukan pencerahan saya tanya dengan ustaz ya, maklum baru bertatih.Terima kasih.

DUA BULAN KEMUDIAN...

A MENULIS:

Salam ustaz, boleh tak nak tahu siapa penerbit Ihya Ulumiddin yang ustaz sebut di atas? Saya tak jumpa yang ada 7 jilid. Terima kasih kasih ya.

ABU ZULFIQAR MENULIS:

Wlksm Achik Ibrahim.

Penerbitnya Victory Ajensi, Peti Surat 12359. Kuala Lumpur. Cetakan 1988. Set ini saya beli pada tahun lepas, kulit berwarna biru.
Satu lagi yang ada di tangan saya ialah terbitan Perc. Menara Kudus, Indonesia. Cetakan 1980. Kulitnya merah dan hijau.
Di rumah ibu saya ada satu set kulit nipis berwarna kelabu, saya tak pasti terbitan mana.

Ketiga-tiga set ini terdiri daripada 8 jilid kesemuanya.

2 comments:

Ak said...

Salam ustaz,

Saya ada kitab terbitan Perc. Menara Kudus. Cetakan 1980 tapi warna kulit kelabu.

Antara 2 set yang ustaz miliki, ada apa2 perbezaan tak dari segi muka surat dan lain2?
Contoh bab cinta berada pada jilid ke-7, adakah muka surat bab cinta sama dalam kedua-dua set yang ustaz miliki?

Maaf ambil masa ustaz. JazakAllah khair.

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Wlksm. Pada saya ada satu (kulit tebal biru), di rumah ibu saya ada satu (kulit nipis kelabu). Seingat saya, isi kandungan dan cetakan mukasurat semua sama. Di perpustakaan di tempat saya ni pun ada satu (kulit tebal merah). Semua sama.

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails