Sunday, November 30, 2014

Majlis-majlis Kitab Minhaj Al-'Abidin

* Sambungan daripada penulisan bertajuk "Pakaian Diri Ikhwan Tariqat Ghazaliyyah" http://alexanderwathern.blogspot.com/2014/11/pakaian-diri-ikhwan-tariqat-ghazaliyyah.html , berikut ialah majlis-majlis pengajian kitab Minhaj al-'Abidin (karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali) di serata tanah air. Sesiapa yang ada maklumat tambahan harap dapat dimaklumkan kepada saya.

Syeikh Zainol Asri Haji Ramli
Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah

Ustaz Mustafa Kamal
Surau Al-Ikhwan, Flat Gelong Bilal, Kuala Terengganu.
Masjid Pengadang Baru, Terengganu.
Ribath Al-Ghazaliyyah, Terengganu.

Ustaz Hisyamuddin
Kota Raja, Shah Alam.

Ustaz Muhammad Huzaif Noslan
Surau al-Falah Desa Ampang, Ampang, Selangor.
Surau Dagang Avenue, Taman Dagang, Ampang, Selangor.
Surau Raudhotul Firdaus, Alam Budiman, U10 Shah Alam, Selangor.
Surau al-Hikmah.
Surau al-Islah Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Surau As-Sakeenah, TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malik
Kemaman, Terengganu.
*Al Muhazzab min Ihya Ulumuddin

Ustaz Awang Arippin bin Awang Kamaruddin (Jabatan Pelajaran Kuching).
Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma, Kuching, Sarawak.

Ustaz Ibrahim Zakaria
Surau Nur Bahari, Bandar Sierra, Kota Kinabalu, Sabah.

Tuan Guru Haji Sidek Nor
Maahad Tahfiz Qiam, Batu Hampar, Perak.

Tuan Guru Haji Abdul Raof bin Nurin.
Surau al - Muqarrabin Taman Perkasa Hulu Langat, Selangor.

Ustaz Ahmad Rizam Ghazali
Surau Al-Ukhwah, Subang Bestari, Shah Alam.

Ustaz Mohd Azhar bin Abdul Ghani
Masjid Abidin, Terengganu.

Ustaz Badrul Abdul Rahman
Surau Taman Air Tawar Indah, Telok Air Tawar, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang.

???
Surau As-Salikin, Kg Jeram, Besrah , Kuantan, Pahang. (tak tau siapa ajar)

???
Markaz At-Tarbiyah Pondok Bukit Puteri (Pondok Tuan Guru Haji Abbas), Besut, Terengganu.

Dato’ Ustaz Haji Embong Haji Awang
Terengganu.

Ustaz Mohd Rusdi
Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Ustaz Abdul Hakam
Surau Al-Mustaqim, Lembah Keramat, Hulu Kelang. Selangor.

Ustaz Dr Abd Wahab Ismail
Surau Al-Hidayah, Syeksen 1. Bandar Teknologi Kajang, Selangor.

Ustaz Aidil Adha Tahir
Surau Al-Ikhwan, Gelong Bilal, Kuala Terengganu, Terengganu

Tuan Guru Haji Mohd Hafiz
Masjid Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru, Johor.

Ustaz Yusoff Mohamed
Pondok Baitul Dhuyuf, Kpg Seri Aman, Puchong, Selangor.

* Semoga maklumat ini memudahkan para pencinta ilmu, para peminat tasawuf, para peminat Imam Al-Ghazali dan khususnya ikhwan Tariqat Ghazaliyyah untuk mengikuti majlis kitab Minhajul 'Abidin.

Friday, November 28, 2014

Kitab-kitab Yang Dikuliahkan

Kitab-kitab yang pernah atau yang sedang saya kuliahkan ialah :

1. Maaza Ya'ni Intamaa'i lil Islam (Syeikh Fathi Yakan)
2. Fadhail 'Amal (Maulana Muhammad Zakariyya)
3. Keperibadian Muslim/ Syakhsiyyatul Muslim (Dr. Muhammad Ali Al-Hasyimi)
4. 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Syeikh Fahmi Zamzam)
5. Munyatul Musolli (Syeikh Daud al-Fatani)
6. Kimia' as-Sa'adah (Imam al-Ghazali)
7. Kifaayatul Muhtaaj fil Isra' wal Mi'raaj (Syeikh Daud al-Fatani)
8. Ihya' 'Ulumiddin (Imam al-Ghazali)
9. Misykatul Anwar (Imam Al-Ghazali)
10. Risalah Ilmu Laduni/ Ar-Risalah Al-Laduniyyah (Imam Al-Ghazali)

Kitab-kitab yang saya belum berpeluang mengkuliahkannya tetapi sebenarnya banyak saya petik dan selit dalam kuliah-kuliah :

1. Majmu’ Rasail (Hasan Al-Banna)
2. Durrun Nafis (Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari)
3. Kasyful Asrar (Syeikh Muhammad Saleh Al-Mingkabawi)
4. Al-Munqiz min Adh-Dhalal (Imam Al-Ghazali)
5. Tahafut al-Falasifah (Imam Al-Ghazali)

Kitab yang saya teringin kuliahkan  suatu hari nanti :
1.      Nasihat Al-Muluk / Nasihat untuk Para Penguasa (Imam Al-Ghazali)

Kitab-kita yang saya cadang untuk kuliahkan (tapi apa yang salah dan yang lemah di dalamnya terpaksalah saya nyatakan) tetapi belum berpeluang :

1.      Fiqh Tasawuf (Ibnu Taimiyyah)
2.      Ar-Ruh (Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah)

Thursday, November 13, 2014

Antara Kandungan Seminar Kesufian 2



TUAN GURU HJ SIDEK NOR

Ringkasan pengisian Tuan Guru Sidek Nor pada malam Seminar Kesufian 2 pada 1 November 2014 lalu):

1.       Sebenarnya peminat tasawuf dan kesufian ini ramai, tetapi masyarakat sering terlepas pandang. (*Sesekali dikumpulkan, baru nampak kekuatannya).

2.       Sikap sesetengah syeikh tariqat dan orang-orangnya yang hidup mereka hanya menumpukan amal ibadah khusus tanpa ambil tahu hal ehwal masyarakat, sangatlah dikesali.

3.       Dunia tasawuf dan orang-orangnya dijadikan musuh utama oleh penganut ajaran Wahhabi.

4.       Ahli-ahli suffah (orang-orang yang rata-ratanya tidak berharta dan tinggal di satu sudut di Masjid Nabi pada zaman itu)  biasanya menjadi pejuang saf hadapan dalam apa-apa perjuangan pada zaman Rasulullah saw. Mereka tidak tenggelam dalam amal ibadah semata-mata. Sikap sebeginilah yang mesti kita contohi.

5.       Salah seorang guru Ustaz Sidek Nor yang sangat disanjungnya ialah Ustaz Abu Bakar (Tuan Guru Haji Abu Bakar Ibrahim), anak murid kepada Ustaz Omar (Tuan Guru Haji Omar Zuhdi). (*Tak disebut nama penuh mereka tapi saya agak dua orang inilah yang dimaksudkan. Maaf jika ada kesilapan).

6.       Pernah Ustaz Abu Bakar mensyarahkan kitab Minhajul Abidin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, lalu dia menangis sehingga terhenti pengajarannya. Begitu berkesannya buah tangan Imam Al-Ghazali ini.

7.       Menurut Imam Hasan al-Basri, terdapat 70 orang ahli suffah yang terlibat dalam Perang Badar.

8.       Pada zaman Saiyidina Abu Bakar, ada kumpulan orang Islam yang masih beribadah sebagaimana biasa tetapi mereka menolak satu sahaja syariat Allah iaitu pembayaran zakat, Saiyidina Abu Bakar terus hantar tentera menyerang mereka. Pada hari ini, sudah berapa banyak syariat Allah yang ditolak dan dibuang oleh mereka yang mengaku Islam. Bayangkan jika Saiyidina Abu Bakar masih ada!

9.       Imam Syamil yang menentang tentera Rusia, ahli tasawuf. Begitu juga dengan pejuang lain seperti Haji Abdur Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Umar Mukhtar (*Lion of the Desert), Al-Mahdi di Sudan dan lain-lain.

10.    Kekuatan agama ialah ma’rifatullah. Ma’rifatullah adalah modal paling besar dalam perjuangan.

11.    Ilmul yaqin, ‘ainul yaqin, haqqul yaqin. Inilah antara hal yang perlu kita dapatkan dalam tasawuf. Malangnya kebanyakan iman manusia setakat ilmul yaqin. (*Oleh itu, kita kena usahalah).

12.    Kalau bicara soal akhirat, sikit kita tak takut, Tapi kalau orang kata polis sedang cari kita, nak terlondeh seluar kerana ketakutan. (*Apalah taraf iman kita…?)

13.    Hati laksana burung, jasad laksana sangkar. Burung kena dijaga, sangkar pun kena dijaga juga.

14.    Antara maksud kata-kata Imam Al-Ghazali ialah… muka kita tempat tilikan makhluk, bukan main lagi kita cuci dan hias. Tapi hati yang menjadi tempat tilikan Tuhan, mengapa kita tak cuci dan hias? (*Nak cuci dan menghias hati kenalah melalui jalan tasawuf).

15.    Macam mana kita nak cuci hati dalam keadaan kita tak tahu sifat-sifat mazmumah itu apa benda. (*Maksudnya kena belajarlah).

16.    Dalam solat berjemaah, walaupun kita handal 10 qiraat sedangkan tok imam biasa-biasa sahaja, kita tetap kena patuh kepada tok imam. Begitulah juga sikap kita kepada pemimpin kita. Kecualilah kalau tok imam melakukan kesalahan besar.

17.    (*Seloroh Ustaz Sidek) Kalau penjelasan –penjelasan mudah ini tak boleh juga nak difaham, eloklah minum air sejuk, telan kabad, cucuh kat pusat! (*Tebaboommm!)

18.    Tanda badan tak sihat ialah kita tak lalu makan. Tanda rohani kita tak sihat ialah kita tak lalu (tak mahu, tak minat, tak hingin) ke masjid, solat berjemaah, program-program agama dan sebagainya.

19.    Seorang lagi guru kepada Ustaz Sidek ialah Tuan Guru Nik Mat Yusuf di Derang.

20.    Antara tanda Tuhan benci kita ialah hati kita tak teringin kepada hal-hal keagamaan. Berhati-hatilah.

21.    Awas dakyah kaum Islam liberal hari ini.

22.    Tuan Guru Haji Sabran Asmawi sering mengajarkan kitab Minhajul Abidin karya Imam Al-Ghazali. Ustaz Sidek sendiri turut mengajarkan kitab ini.

23.    Kerana sibuk memperjuangkan agama, Ustaz Sidek pernah bertahun-tahun tidak dapat makan malam bersama keluarga. Kuliah, ceramah, program dan lain-lain.

24.    Lagi antara pelajaran tasawuf ialah tentang takhalli, tahalli dan tajalli. (*Tak tahu kena belajarlah).

25.    Apabila kita bergantung kepada Allah, kita tak akan takut apa-apa pun.

26.    Kita kenalah berada atas jalan usuluddin, fekah dan tasawuf. (*3 tungku agama).

27.    Kita berehat di akhirat sahaja, di dunia ini tempat kita berjuang. Jangan sibuk nak berehat di dunia.

28.    Seorang yang bertugas menyimpan mayat Ustaz Ibrahim Libya ke dalam bilik beku (dia bercerita kepada Ustaz Sidek), terkejut kerana mendapati mayat Ustaz Ibrahim Libya masih berpeluh seperti mula-mula tiba selepas beberapa hari kemudian, seolah-olah baru meninggal dunia.


USTAZ SALLEH SAID

1.       Ada kalanya kita terlalu sibuk dengan gerak kerja perjuangan, maka kita terlupa akan soal dalaman diri kita. (*Memang benarlah. Rata-rata orang yang aktif terlibat dengan gerak kerja perjuangan tidak kira jemaah yang mana pun, biasanya akan terkesamping atau terabai terus ilmu tasawuf).

2.       Ilmu tasawuf dan corak hidup kesufian sangat penting.

3.       Antara punca matlamat perjuangan gagal dicapai atau tertangguh adalah kerana para pejuangnya berhati kotor. (*Padahal penyucian hati ialah melalui jalan tasawuf. Apabila jalan ini ditinggalkan, maka ramailah pejuang yang terlambak sifat-sifat mazmumah pada diri mereka termausklah yang bergelar ulama dan pimpinan).

4.       Doa-doa dan zikir-zikir para ahli suffah (orang-orang yang rata-ratanya tidak berharta dan tinggal di satu sudut di Masjid Nabi pada zaman itu) sebenarnya banyak membantu perjuangan. (*Kejayaan perjuangan bukan dengan usaha tenaga kita sahaja, tetapi yang lebih penting ialah hubungan kita dengan Tuhan)

5.       Saiyidina Abu Bakar seorang yang tidak garang, gagah dan tegas seperti Saiyidina Umar. Tetapi mengapa beliau yang dipilih oleh Rasulullah saw sebagai teman baginda berhijrah ke Madinah dan bukannya Saiyidina Umar? Antara hikmahnya ialah supaya orang tidak beranggapan bahawa kejayaan Nabi berhijrah adalah kerana ditemani oleh seorang yang perkasa. Dikhuatiri keperkasaan Saiyidina Umar boleh dijadikan isu oleh pihak musuh.


USTAZ MOKHTAR SENIK

1.       Lebih 40 orang ulama besar telah mensyarahkan kitab Hikam oleh Ibnu ‘Ataillah.

2.       Kita dimasukkan ke syurga (dari segi hakikatnya) atas rahmat Allah, bukannya atas amalan-amalan kita. Antara buktinya ialah bayi/kanak-kanak yang mati sebelum sempat beramal tetapi ahli syurga. Maksudnya amal bukanlah penentu ke syurga. Begitu juga dengan orang yang baru sahaja masuk Islam lalu mati.

3.       Dalam perjuangan, kemenangan bukan matlamat, ia adalah anugerah Allah. Sesiapa yang menjadikan kemenangan sebagai matlamat, dikhuatiri akan tergelincir. Tapi hal ini tidaklah bermaksud kita tidak mahu kepada kemenangan.

4.       Biasanya usia kemenangan lebih panjang daripada usia manusia. Kita berjuang sampai mati belum menang, disambung oleh anak kita berjuang sampai mati belum menang, disambung oleh cucu kita pun belum menang. Antaranya hikmahnya ialah kerana Allah memilih kita untuk mati dalam keadaan berjuang.

5.       Samalah halnya dalam tasawuf apabila kewalian dan karamah menjadi matlamat. Padahal kewaliandan karamah adalah anugerah dari Tuhan. Jangan jadikan kewalian dan karamah sebagai matlamat. Namun hal ini tidak bermaksud kita menolak kewalian dan karamah.

6.       Beramallah pagi petang tapi kerana mengharapkan Wajah Allah.

7.       Kadang-kadang ulama wara’ tak kena tempat sampaikan umat Islam kerugian.

8.       Orang-orang yang berlunak-lunak dan bertoleransi dengan liberal dan sekular sudah tentu tak akan dapat mempertahankan agama dan umat Islam. Janganlah diharapkan golongan ini.

9.       Sesiapa yang beri’tiqad ada jalan lain yang lebih singkat untuk mencapai kemenangan selain daripada jalan  Nabi, rosaklah aqidahnya.


(*Catatan saya ini berdasarkan nota yang sempat saya tulis dalam Seminar Kesufian 2pada 1 November 2014 yang lalu . Sebarang salah silap atau kekurangan, saya mohon maaf. Wallahua’alam)


Abu Zulfiqar