Tahniah kerana berjaya
mendaftar (memasang niat) di Universiti Ramadhan Al-Mubarak. Semoga berjaya
melepasi ketiga-tiga semester (1 sem 10 hari) dengan jayanya (3 fasa Ramadhan
iaitu rahmat, pengampunan & pelepasan). Dan jangan lupa membayar yuran
(fitrah) selewat-selewatnya sejurus sebelum majlis konvokesyen (solat sunat
Hari Raya Aidil Fitri). Kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan 4 flat,
sila korbankan sem akhir (10 hari) di perpustakaan (masjid) atau di dorm
(rumah) masing-masing. Hadiah misteri menanti student bertuah pada sem akhir
(Lailatul Qadar). Jangan lupa juga untuk sertai study group (halaqah tadarus,
taklim dsb) dan sesi tutorial (majliz ilmu, tazkirah terawih dsb). Panjang
umur... kita jumpa masa konvo :)
Abu Zulfiqar
Malam 1 Ramadhan 1434
9 Julai 2013
No comments:
Post a Comment