Monday, November 4, 2013

Kitab Kifayatul Muhtaj - Berita Baik Buat Semua

Kitab Kifayatul Muhtaj karangan Syeikh Daud Fatani sangat bermakna buat saya. Boleh dikatakan melalui kitab inilah saya mula mendapat perhatian pendengar di internet. Walaupun hanya setebal 28 muka surat, tetapi berjaya disyarahkan dengan terperinci dalam 23 kali kuliah. Rakaman audionya dipecahkan kepada 123 fail dan masih boleh didengar di laman “Kembara ke Sidratul Muntaha” http://syarahisrakmikraj.blogspot.com/ .

Ketika mula-mula menempatkan audio kuliah kitab Kifayatul Muhtaj ini di internet, boleh kata masyarakat kita tidak tahu pun kitab ini kecuali sebilangan guru dan pelajar pondok. Dengan kuasa Tuhan, selepas itu saya mendapat maklumbalas yang sangat positif apabila beberapa orang pendengar memaklumkan yang mereka sudah mula meminta ustaz-ustaz di tempat mereka mengajarkan kitab ini. Kitab Kifayatul Muhtaj kembali ke tengah sebahagian masyarakat walaupun tidaklah semeriah pada zaman Syeikh Daud Fatani. Sekarang sudah sering terdengar orang berkata atau terbaca di internet tentang kuliah kitab ini di sana-sini terutamanya sepanjang bulan sambutan peristiwa Isra’ Mi’raj.

Seingat saya ada 3 orang/ 3 pihak berlainan yang pernah meminta keizinan untuk mendownload kesemua fail lalu diCDkan untuk diedarkan kepada orang lain. Saya sangat berbesar hati tetapi dengan syarat “jangan buat duit”, edar percuma. Jika perlu untuk menampung kos, ambil sekadar modal  dan duit minum sahaja. Mereka bersetuju. Saya pun sudah tidak ingat siapa mereka. Semoga segala usaha juang mereka mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Sebenarnya saya menulis kali ini kerana saya baru terjumpa kitab Kifayatul Muhtaj ini di internet dalam tulisan rumi bahasa Melayu, bukannya jawi lama sebagaimana asalnya. Maksudnya pendengar akan lebih mudah membaca kitab ini. Tahniah kepada pihak yang mengusahakan terjemahan ini iaitu Ikatan Penuntut Ilmu Islam Pulau Pinang (Rejab 1434/2013), diupload oleh Mohd Nazri Mamat. Pada bahagian awalnya ditambah pula dengan sejarah hidup tuan kitab iaitu Syeikh Daud Al-Fatani yang agak lengkap, suntingan daripada tulisan Tuan Guru Wan Muhammad Saghir.

Dulu orang pesan kitab ini melalui internet (saya tak jual, cuma tolong belikan sahaja di kedai kitab di Taiping dan tolong kirim melalui pos), tapi memang berasa kasihan kepada mereka yang beli tapi tak lancar membaca tulisan ajwi, apatha lagi bahasa jawi lama dialek Patani. Sekarang, Allah beri kemudahan kepada tuan-tuan. Sudahlah dalam tulisan rumi, download percuma pulak tu. Siap dengan nota kaki lagi.

Jadi, tunggu apa lagi? Download segera dan boleh terus ulangkaji kuliah kitab Kifayatul Muhtaj sambil membaca teks kitabnya dengan selesa.


Abu Zulfiqar
4 November 2013



7 comments:

Anonymous said...

Tak reti lah tuan nak download pakai scribd tu...nak kena bayar ke...atau boleh email ke idam@idaman.com.my

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

1. Klik pada link yang diberikan.
2. Tekan butang download warna oren sebelah kanan atas.
3. Dia akan minta kita log-in akaun Facebook (ada akaun Facebook tak?). Tekan butang biru (log-in Facebook tu).
4. Dah login, sekali lagi tekan butang oren download. Siap. Percuma.

Anonymous said...

As Salam Tuan.Saya dah cuba download ikut arahan yg diberikan namun tidak berjaya.Scribd minta untuk mendaftar dengan bayaran kredit kad.Boleh kiranya dihantar ke e-mail saya iaitu pawang83@yahoo.com

Anonymous said...

saya sudah cuba download mengikut arahan diberi namun tidak berjaya.scribd minta mendaftar dengan bayaran.Boleh tak kiranya e-mail ke pawang83@yahoo.com

Anonymous said...

Ya tlg emailnya pd saya: mohdfazel@yahoo.com

Anonymous said...

Assalamu'alaikum tuan.. Maaf menyusahkan.. Sy pun dah cuba macam yg tuan suruh tapi kena bayar.. Boleh tuan emailkan ke endo_zack26@yahoo.com.. Terimakasih ye tuan

Anonymous said...

aAssalamu'alaikum ustaz saya pun tak boleh ... minta emel pada saya hafizan91@yahoo.com syukran