“Abu, kebun aku kena serang dengan kera le.”
“Ye ke?”
“Iye. Habis buah-buah dan pokok-pokok aku dijahanamkan.
Ni aku nak upah engkau pergi tembak kera-kera di kebun aku tu. Boleh ke?”
“Eh, insya-Allah beres! Nanti petang aku pergi.”
“Ok, nanti aku bayar upahnya.”
“Baik.”
Petang itu Abu pun pergi ke kebun Ali dengan senapang
kampungnya, tapi… Abu gagal menembak seekor kera pun. Mengapa ya? Kerana Abu
tidak kenal pun yang mana satu haiwan yang dinamakan kera itu!
Untuk menghapuskan kera di kebun, kenalah kenal yang mana
satu kera terlebih dahulu. Jika tidak kenal, apa yang hendak ditembak? Apa yang
hendak ditangani?
Begitu jugalah halnya dengan sifat-sifat mazmumah. Hendak
mengekang, menghilang atau menghapuskan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita, hendaklah
kita mengenal sifat-sifat mazmumah itu dari segi punca-puncanya, tanda-tandanya
dan cara-cara mengubatinya. Mana mungkin memburu sesuatu yang tidak kita kenal.
Begitulah antara maksud Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumiddin.
Sudahkah kita mengetahuinya? Ada guru kita
mengajarkannya? Ada jemaah kita menerapkannya?
No comments:
Post a Comment