Dalam
salah satu kuliah kitab Ihya’ ‘Ulumiddin, saya mengatakan ada orang mencari
ilmu-ilmu agama yang tinggi-tinggi terlebih dahulu (contohnya ilmu hakikat),
kemudian baru hendak cari ilmu-ilmu yang lebih rendah (contohnya ilmu fiqh).
Mereka mendalami agama secara melawan arus, menyebabkan akhirnya nanti mereka
sukar hendak turun ke ilmu-ilmu yang lebih rendah sedangkan ilmu-ilmu yang
lebih rendah ini ada yang sangat penting. Seorang hamba Allah menyatakan
pandangan sebaliknya…
HAMBA
ALLAH :
llmu yang tinggi-tinggi tu ilmu fekah, ilmu yang bawah-bawah ni
ilmu hakikat. Ramai yang mula dengan fekah yang kemudiaannya susah sangat nak
faham ilmu yang bawah.
ABU
ZULFIQAR :
Nampaknya berbeza dengan ajaran Imam Al-Ghazali khususnya dalam
Ihya' 'Ulumiddin dan umumnya dalam kitab-kitabnya yang lain, kerana baginya
ilmu hakikat itu termasuk dalam ilmu-ilmu yang tinggi-tinggi dan ilmu fiqh itu
ilmu yang biasa-biasa. Wallahua'lam.
HAMBA
ALLAH :
Wallahua'lam.
Saya ada satu persoalan, bukankah Nabi Muhammad mengajar dulu
bab-bab aqidah sebelum hal-hal fiqh?
ABU
ZULFIQAR :
Benar, tetapi bukan ilmu hakikat. Ilmu Tauhid Sifat 20 belum
mencapai ilmu hakikat lagi. Sebab itu dalam sistem pengajian pondok/pesantren,
Sifat 20 diajar awal, tapi kitab-kitab ilmu hakikat seperti Durrun Nafis dan
Kasyful Asrar diajar hujung-hujung, dan adakalanya kepada murid-murid yng
layak sahaja.
Ilmu tauhid itu ada beberapa peringkat.
1. Tahap lulus - dengan mengakui 2 Kalimah Syahadah.
2. Tahap memuaskan - dengan memahami Sifat 20.
3. Tahap baik - dengan ilmu hakikat.
4. Tahap cemerlang - dengan ilmu mukasyafah.
(*Pembahagian di atas hanyalah huraian yang sangat ringkas dan
umum)
Rasulullah tak ajar semua tahap aqidah itu sekaligus. Sebab itu
ilmu hakikat itu termasuk ilmu yng tinggi-tinggi. Wallahua’lam.
Suka saya menyarankan, agar tuan mengikuti kuliah kitab Ihya'
'Ulumiddin ini dari awal, supaya lebih jelas dan lebih memahami, sebab isi
kitab ini berkesinambungan dan saling berkait.
No comments:
Post a Comment