Ilmu melayan BERITA.... di bawah ialah satu berita lama (tahun lepas) yang disiarkan oleh Utusan. (Berita perkahwinan paderi gay Malaysia dengan pasangan gaynya di luar negara)
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120807/dn_04/Paderi-gay-anjur-majlis-resepsi-kahwin
Ilmu yang hendak disampaikan ialah...
1. Apakah dengan meletakkan artikel ini di Utusan menunjukkan Utusan menyokong perkahwinan sesama gay?
2. Apakah dengan membiarkan Utusan siarkan artikel ini menunjukkan kerajaan Malaysia menyokong perkahwinan sesama gay?
3. Apakah dengan meletakkan link berita ini di wall saya menunjukkan saya pun menyokong perkahwinan sesama gay?
Jawapannya... TIDAK untuk ketiga2nya kerana kita tahu cara/ilmu melayan BERITA. Berita berbeza dengan pandangan, pegangan, harapan dan lain-lain. Tapi ada orang yang tidak faham cara berinteraksi dengan berita. Apabila kita letakkan berita ini di laman kita, terus mereka kata kita sokong gay. Kasihan... tidak punya ilmu untuk berinteraksi dengan berita tetapi mahu baca berita malahan komen berita.
Inilah yang berlaku apabila saya letakkan link berita Jahbah Ulama Al-Azhar mendesak Syeikul Azhar berundur, maka terus dihukum saya menyokong orang-orang yang mahu menjatuhkan Syeikhul Azhar, malah 'melawan' Syeikhul Azhar :)
Dulu saya letakkan link aktivis2 wanita tidak berbaju di depan masjid. Berdasarkan pemahaman golongan yang disebutkan tadi... maka tidak musatahilah kalau saya dikatakan menyokong aktivis2 wanita itu suatu hari nanti. :) Nanti saya nak letak balik berita tu di wall saya :)
Saya juga pernah memuatkan berita Israel luluskan pembinaan 296 rumah Yahudi di Ramallah. Maka tak mustahillah kalau saya dicop sebagai penyokong Israel dan penentang Palestin suatu hari nanti... oleh puak2 yang tidak bijak berinteraksi dengan berita itu. Kasihan...
*Kesimpulan - semat dalam hati bahawa tidak semestinya apabila seseorang memetik apa-apa berita bermaksud dia menyokong isi berita itu.
No comments:
Post a Comment