Sunday, December 21, 2008

Di Cameron Highland DIS 2008

Pemandangan yang indah dan udara yang segar. Belum di syurga lagi sudah sebegini besar nikmat Allah kepada kita.


Di taman rama-rama. 8-9 tahun lepas banyak rama-rama, sekarang sudah kurang . Namun begitu taman ini sudah diluaskan dan banyak spesis haiwan lain dipamerkan juga. Ada ular, katak, belalang, kumbang, kura-kura, biawak, arkus dan lain-lain. Insyaallah puas hati.

Ada terowong ala kota zaman dahulu.

Siapa yang sakit lutut susah le nak masuk taman-taman sebegini, bertangga-tangga. Al-maklumlah lereng-lereng bukit.

Tangga masuk ke taman rama-rama. Penuh tumbuhan berwarna-warni di sini.

Apa khabar kura-kura?

Eh, puteri kami ni berlagak pendekar pulak dah! Cantik kan kolam ni?

Peminat kaktus boleh menjamu mata dan membeli sepuas-puasnya.

Taman lebah, masuk percuma. Kotak-kotak lebah diletakkan di sekitar taman dan lebah-lebah bebas berterbangan. Jangan gatal tangan pergi ketuk rumah mereka sudahlah.

Di mana-mana tempat pun banyak bunga, tapi kalau masuk taman ros lagi terpukau. Bunga-bunga berbau wangi dan ada pokok epal.

Bersama sang ratu

Ikan-ikan dalam kolam ni besar-besar. Islam memang menggalakkan kita memerhati pergerakan ikan berenang. Kata orang tua-tua, baik untuk mata. Wallahualam.

Agak jinak juga ikan-ikan di sini.

Luas juga taman lebah ni, tapi ada bahagian yang ditutup kerana proses pengubahsuaian.

Halaman depan Hotel Passadena Rosa dari atas



Dari tingkap bilik

'Steamboat' di Passadena Hotel

Wednesday, December 10, 2008

Kedah-Perlis OKTOBER 2008

Selepas menghadiri majlis perkahwinan Albazrah dan Amni, kami terus ke Perlis.

Komplek Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam. Di belakangnya ada kedai-kedai yang harga barangannya lebih murah. Tak payah datang sinilah, lebih baik ke Padang Besar, puas hati.

Salah sebuah kedai di belakang kompleks.

Hotel Seaview di jeti Kuala Perlis. RM 95 semalam.

Dalam hotel. Katanya milik Muslim.

Ada ikan naga (agaknya) dalam kolam kecil di depan hotel. Agak-agak dalam 3 kaki panjang. Kalau letak tangan, boleh jadi dia 'ngap'!

Dari pintu masuk Gua Kelam, Perlis. Sungai di luar Gua Kelam ini memang sesuai untuk beriadah dan mandi-manda. Kawasannya terjaga rapi dan diubahsuai.

Jalan masuk ke Gua Kelam. Laluan ini untuk pejalan kaki. Ada sebuah lagi laluan menggunakan 'kereta api'. Masa ni tengah hujan.

Sepanjang gua ditemani nyalaan lampu, jangan takut.

Ada pelantar di sudut yang luas. Lebih selesa untuk bergambar.

Di sesetengah bahagian ruangnya luas dan batuan di dalamnya punya rupa yang menarik

Dinding Gua Kelam

Inilah rupa 'jambatan gantung' yang menjadi laluan kita. Di bawahnya sungai mengalir keruh (hujan). Jaga-jaga, jangan sampai terjatuh telefon bimbit ataupun lain-lain barang.

Keluar ke sebelah sana Gua Kelam kita akan melihat sungai ini

Dari kedai makan di Padang Besar. Di kedai inilah buat pertama kalinya kami merasa somtam mangga. Fuh, punyalah sedap!


Sawah padi di sempadan Perlis-Kedah

Tuesday, December 9, 2008

Langkawi- Kedah Disember 2008

Berhenti rehat di R&R Gurun. Langit subuh yang indah.

Dari dalam feri.


Kapal-kapal di jeti Langkawi

Bilik di Nadia's Inn, Pantai Chenang.

RM 130 satu malam. Kira mahal jugalah, tapi tempat lain banyak yang sudah penuh. Hendak merayau mencari tempat lain memang makan banyak tenaga dan masa.

Berdasarkan pengalaman, bilik macam ni biasanya boleh dapat sekitar RM 90- RM 110 saja.

Pemandangan dari hotel ini tidak menarik. Pantai terletak di seberang jalan raya.

Dapat tidur jadilah, ye tak?

Ke 'syurga kaum wanita'. Nama pun 'Idaman Suri'. Tempatnya agak terpencil. Rasa tak sah kalau tak beli pinggan-mangkuk. Tapi kalau nak beli coklat, lebih baik di Ismail Group- lebih murah.

Anak-anak mandi manda sambil menyaksikan matahari terbenam, antara hikmah solat jamak dan qasar.

Paa waktu siang, ada pelbagai aktiviti di pantai ini.


Pantai Chenang memang 'hidup' pada waktu malam, baik di tepi pantai ataupun di jalanrayanya yang banyak kedai dan restoran. Ini sebuah
'cafe' (agaknya) tepi pantai yang dipenuhi mat & mek salleh. Ada pula satu 'band' mat salleh buat persembahan.

Sebuah restoran di tepi pantai. Pasirnya berdebu halus betul, rasa macam nak bawa balik buat tayamum.

Kereta sewa RM 60 sehari. Kalau nasib baik, di jeti boleh dapat RM 50 saja.

Pemandangan bumi Langkawi

Kompleks Makam Mahsuri dari luar. Tiket masuk RM 5. Ingatkan pergi tengok makam saja...

Rupa-rupanya macam-macam ada...

Masuk-masuk tu ada macam muzium tentang Mahsuri, tapi tak dibenarkan ambil gambar. Kisahnya dari awal hingga keturunannya sekarang ada di sini. Ada juga tayangan filem. Keluar-keluar muzium ada persembahan caklempung.

Inilah dia makam Mahsuri. Kalau sekadar melihat makam saja, rasa-rasanya tak ada pengunjung pun.

Perigi Mahsuri.

Rumah siapa entah, lupa dah. Saya memang 'ralit' (leka) dengan rumah-rumah tradisional ni. Di dalamnya ada beberapa orang makcik 'melakonkan' nyanyian anak berendoi.

'Mahsuri' kami di tingkap

Sebagai peminat, saya memang terpukau dengan binaan ini. Itu baru ciptaan manusia.

Gambaran paras Mahsuri

Rumah jualan cenderamata, kami tak naik pun. Binaannya memang mengasyikkan.

Masa kecil-kecil dulu, saya biasa juga ke rumah-rumah yang dapurnya begini.

Katanya rumah Panglima Hitam. Panglima Hitam yang mana entahlah, banyak sangat Panglima Hitam di Tanah Melayu ni.

Subhanallah, rasa macam nak bawak balik je rumah ni.


Masuk bangunan macam istana ni kena RM 1, tapi memang berbaloi.

Dalam 'istana' tadi ada beberapa tempat macam ni.

Macam dalam rumah hantu pulak. Ada seorang pakcik tukang cerita sejarah Mahsuri secara
'live'. Kita boleh bersoal-jawab dengannya.

Ada gendang dan tabuh. Putera kami terhantuk di bawah tu.

Menuju ke Dataran Helang

Buatannya memang kemas, nampak susunan bulunya yang cantik. Tapi sekali-sekali fikir, macam berhala pun ada...

Perjalanan pulang. Singgah makan nasi ayam pandan di tepi Sungai Kerpan (agaknya). Air sedang naik.

Muzium Padi, Kedah.

Pemandangan di sekitar Muzium Padi memang cantik.

Berhenti solat di sebuah masjid berhampiran Muzium Padi

Dari masjid

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails