Sunday, October 28, 2012

Download Tazkirah FB Abu Zulfiqar (bil1-40)

Himpunan Tazkirah Facebook saya bilangan 1 hingga 40 boleh dibaca/muat turun/cetak di http://www.scribd.com/doc/110684528/Tazkirah-Facebook-Abu-Zulfiqar-bil-1-40

Semoga bermanfaat : )

Sunday, October 21, 2012

Tazkirah Facebook 31 (Oktober 6, 2012)


Mata kita kecil, tapi boleh melihat benda yang besar, yang tidak sepadan dengan saiz dirinya. Gunung, langit, lautan…
Mata kita hitam dan putih, tapi boleh melihat dan mentafsir ribuan jenis warna. Merah, biru, kuning, campuran antara ketiga-tiganya…
Mata kita tiada perasaan, tapi boleh membawa pelbagai perasaan ke dalam diri kita melalui apa yang ia lihat. Kagum, seronok, sedih, terkejut, marah, malu, risau…

Selain itu, ada lagi keistimewaan-keistimewaan mata yang jarang-jarang kita fikirkan.
Mata kita bersifat penyayang. Apabila ia tahu yang diri tuannya sudah letih, ia memberikan isyarat supaya tuannya berehat melalui rasa mengantuk. Ia mahu tuannya kembali segar dan bertenaga.
Mata kita bersifat penyelamat. Ia pengesan utama (dan biasanya yang pertama) kepada bahaya-bahaya yang jauh, agar tuannya mengambil langkah yang sewajarnya sesegera mungkin. Api di kaki langit, ribut di hujung lautan, hentaman dari angkasa… yang telinga, kulit, lidah dan hidung tidak sampai ke sana kerana jauhnya.

Baru satu nikmat kita fikir dan kita syukuri, iaitu nikmat mata, sudah sedemikian hebat terasa.
Benarlah, sudah banyak jasa mata kepada kita.
Apa pula balasan kita kepada mata?

Mata mahukan makanan, mata mahukan hiburan, dan mata juga perlukan servis pembersihan. Adakah kita menyediakan dan memberikannya?

Antara makanan mata ialah ayat-ayat Al-Quran, wajah orang-orang soleh, tempat sujud, berjaga pada jalan Allah…
Antara hiburan mata ialah langit, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan, sungai, tasik, sungai, haiwan-haiwan…
Antara servis yang diperlukan mata ialah menangis kerana Allah, memandang yang hijau-hijau, air mengalir, bercelak…

Benarlah, sudah banyak jasa mata kepada kita.
Sudahkah kita membalas jasanya?
Lebih benar lagi, sudah banyak jasa Tuan Punya Mata itu kepada kita.
Apa balasan kita kepada-Nya?

Mari kita tambah masa penggunaan mata kita untuk kerja-kerja pada jalan Allah.

Sembang-sembang Tentang Hudud


SAHABAT MENULIS : Tuan,apa pendapat tuan tentang politik di Malaysia?

ABU ZULFIQAR : Luas skop soalannya tu. Maksudnya...dari sudut apa/mana yang saya boleh beri pandangan tu?

SAHABAT MENULIS : Agama..contoh,hudud..adakah, sesuai di amalkan di Malaysia?

ABU ZULFIQAR : Pada pandangan saya yang faqir inilah... hudud sesuai diamalkan di Malaysia.

SAHABAT MENULIS :  Macam mane pulak penerimaan kaum yang berlainan tuh?

ABU ZULFIQAR : Hudud untuk orang-orang Islam sahaja, tanpa mengira kaum. Ia tidak berkaitan dengan orang-orang agama lain. Contoh, oleh kerana penganut Hindu menTuhankan lembu, apakah umat Islam di Malaysia tidak boleh melakukan ibadah qurban? Begitulah analoginya.

SAHABAT MENULIS : Pelaksanaannya mungkin akan mengambil masa yang agak lama.

ABU ZULFIQAR : Itu bergantung kepada sejauh mana kita khususnya pemerintah berusaha. Kalau berusaha keras, sekejap sahaja sudah boleh dilaksanakan, insya-Allah. Kalau usaha sambil lewa, memang lambat.

21 Oktober 2012

Tazkirah Facebook 30 (Oktober 4, 2012)



Baca tazkirah, tidak mahu berfikir tentang isi kandungannya…….apalah erti?
Baca tazkirah, tidak merenung maksud yang tersurat dan yang tersirat…….tentunya rugi.
Baca tazkirah, sekadar untuk hiburan hati, bukan untuk mendapat lebih manfaat……memanglah ok tapi tak tercapailah matlamat yang dikehendaki.
Baca tazkirah, tidak ada tindakan segera atau tindakan lanjutan…….tazkirah itu sekadar melintas lalu pergi.
Baca tazkirah, tidak diulang-ulangi…..isi tazkirah akan hilang dari hati.
Baca tazkirah, tidak disebar-sebarkan kepada saudara-saudara kita yang lain……tazkirah itu mati.

Bacalah tazkirah……dan laksanakan le tindak susulnya : )
Semoga dirahmati Allah : )



Abu Zulfiqar

Tazkirah Facebook 29 (Oktober 4, 2012)


Facebook (dan apa sahaja media kita) seumpama pakaian kita di depan orang ramai. Ia banyak membawa gambaran tentang pemakainya, sekalipun tidak 100% tepat. Maka kita kena berhati-hati.

Hiasilah ia dengan tudung perkongsian, bukan tudung keluhan. Nescaya orang tidak muak hendak melayarinya.

Pakaikan ia dengan kurung mendamai perasaan, tidak kurung melepas kegeraman. Nescaya orang berasa selesa melayarinya.

Serikan ia dengan kain panduan, kurangkan kain sindiran. Nescaya orang berasa aman di dalamnya.

Muliakan ia dengan jubah dakwah, sikitkan jubah hal-hal keduniaan. Nescaya orang mendapat manfaat daripadanya.

Kemaskan ia dengan serban pengajaran, usahlah serban tohmahan. Nescaya orang terfikir yang baik-baik tentangnya.

Maniskan ia dengan cincin tarbiyyah, hindarkan cincin sumpah seranah. Nescaya orang gemar menjenguknya.

Pamerkanlah selendang pertimbangan, jangan sesekali selendang ketaksuban. Nescaya orang memandang adil akan pemiliknya.

Solekkan ia dengan celak tazkirah, hindarkan memalit celak ammarah. Nescaya berpahala pemilik dan tetamunya.

Jumpa lagi… dalam Tazkirah Facebook ke-30. Insya-Allah.


-Abu Zulfiqar

Tazkirah Facebook 28 (Oktober 3, 2012)


Banyaknya sumbangan aku untuk agama dan umat Islam…….
Betulkah banyak?
Apa sumbangan kita kepada agama dan umat Islam? Apa USAHA kita?

Sudah berapa ramai yang tidak berminat dengan agama, sudah kita berusaha minatkan?
Berapa ramai yang tidak ghairah untuk beribadah, sudah kita ghairahkan?
Sudah berapa orang yang tidak mengerjakan solat, sudah bersolat melalui usaha kita?
Lelaki yang sengaja tidak pergi solat berjemaah, semakin rajin ke tempat berjemaah?
Berapa ramai pula yang tidak membaca Al-Quran, sudah membacanya setiap hari?
Yang tidak minat berdakwah sudah berdakwah?
Yang belum sempurna menutup auratnya sudah disempurnakan?
Yang menolak atau takut akan hukum-hakam Islam sudah jinak dan mesra?

Yang tidak mengenal Tuhan sudah kita kenalkan?
Yang selama hari ini tersalah sembahan atau tidak tepat sembahannya sudah kita betulkan dan tepatkan?
Yang sebelum ini tidak muslim, sudah muslim melalui tangan kita?

Dan yang paaaling penting…
Sudah berapa orangkah orang Islam yang belum selesai fardhu ‘ainnya (iaitu ilmu mukasyafah dan ilmu mua’malah) sudah kita bantu selesaikan?

Muhasabah semula kerja-kerja kita selama hari ini. Ke mana sebenarnya kita hendak mengajak dan melorongkan manusia? Masa yang kita ada tidak banyak. Pastikan ia digunakan dengan jimat dan berkesan.


-Abu Zulfiqar

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails