Sunday, July 13, 2008

Tidak Bermazhab Bidaah Terbahaya- oleh Ramadhan Al-Buti


Oleh Asy-Syeikh Dr.
Said Ramadhan al-Buti.


Tajuk asalya Al La mazhabiyyah Akhtarul Bid’atin Tuhaddidu Syari’atil Islam


@ ialah Dr. Said Ramadhan

# ialah seorang lelaki yang menolak fahaman bermazhab

(*dalam kurungan dan senget) ialah keterangan untuk pemahaman saya membaca.


DIALOG

@ Bagaimana cara anda memahami hukum Allah? Apakah anda mengambil terus daripada Al-Kitab dan as Sunnah atau mengambilnya daripada para Imam mujtahid?

# Saya akan meneliti pendapat para imam mujtahid serta dalil-dalilnya , kemudian saya mengambil keterangan yang paling mendekati dalil Al-kitab dan as Sunnah”.
(*Inilah cara lelaki ini mengeluarkan hukum. Pembaca tolong ingat hal ini)

@ Baiklah , kami ingin bertanya. Apakah SETIAP orang Islam wajib meneliti dalil-dalil yang dikemukakan oleh para Imam mujtahid kemudian mengambil mana yang paling sesuai dengan al Quran dan as Sunnah?

# Ya , benar (*semua orang wajib teliti dalil-dalil para Imam Mujtahid kemudian pilih mana yang tersesuai dengan al Quran dan Sunnah)

@ Kalau begitu maksudnya semua orang Islam kena memiliki kemampuan berijtihad seperti yang dimiliki para imam mazhab. Bahkan mereka harus mempunya memiliki kemampuan yang lebih sempurna kerana orang-orang yang mampu memutuskan pendapat para imam menurut dasar Al Kitab dan as Sunnah sudah tentu lebih pandai daripada kesemua imam itu”.

# Sesungguhnya manusia terbahagi kepada tiga jenis iaitu mujtahid, muqallid dan muttabi;. Orang yang mampu membandingkan mazhab , kemudian menyaring mana yang lebih dekat kepada Al Kitab dan As Sunnah , adalah muttabi’ iaitu pertengahan antara muqallid dengan mujtahid”.
(* Di sini si lelaki tidak menjawab soalan. Pembaca diharap dapat faham permainannya. Di sini fahamlah kita bahawa jawatan dan peranan muttabi’ nampaknya seolah-olah lebih tinggi daripada mujtahid kerana mujtahid sendiri tidak membanding-bandingkan mazhab, menyaring pendapat-pendapat imam mazhab lalu memutuskan pendapat para imam mazhab tersebut. Inilah yang dimaksudkan oleh Syeikh sebagai “sudah tentu lebih pandai daripada kesemua imam itu.” )

@ Apakah sebenarnya kewajiban muqallid?
(* Syeikh faham kelonggaran hujah si lelaki lalu Syeikh mengikut saja peralihan yang dibuat oleh si lelaki)

# Taqlid (* mengikut) kepada mujtahid yang sesuai dengannya.

@ Apakah berdosa seandainya taqlid secara terus-menerus kepada seorang imam dan tidak berpindah kepada imam yang lain?

# Memang, hal itu hukumnya HARAM.
(* Bertaqlid terus kepada seorang imam seperti umat Melayu Nusantara yang sudah ratusan tahun bertaqlid kepada Imam Syafie dihukum haram oleh si lelaki. Rupa-rupanya sudah ratusan tahun umat Islam Melayu termasuklah para wali Allah, para ulama dan datuk nenek kita membuat pekerjaan haram. Anda bersetuju?...........)

@ Apakah dalilnya kalau hal itu memang haram?

# Kerana ia menetapi sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah.

@ Dengan qiraat apakah Anda membaca Al Quran?”.

# Dengan Qiraat Hafas.

@ Adakah anda selalu membaca Al Quran dengan Qiraat hafas, atau anda juga membaca Al Quran setiap hari dengan qiraat yang bermacam-macam?

# Tidak, saya selalu membaca Al Quran dengan qiraat Hafas.

@ Mengapa anda menetapi qiraat hafas, padahal Allah Azza wajalla tidak mewajibkan anda kecuali membaca Al Quran menurut riwayat yang diterima dari Nabi s.a.w. secara mutawatir?
(* Si lelaki telah terperangkap! Dia mengatakan haram kepada umat Islam yang berterusan mengikut satu-satu mazhab, tetapi harus pula bagi dirinya berterusan membaca ikut satu-satu qiraat. Nampak jelas hukum-hakamnya mengikut suka hati. Di bawah nanti akan lebih jelas bagimana dengan suka hati saja dia meletakkan/ mengeluarkan hukum dalam hal ehwal Islam)

# Kerana saya TIDAK SEMPURNA dalam mempelajari qiraat yang lain dan TIDAK MUDAH bagi saya untuk membaca Al Quran selain dengan qiraat Hafas.

@ Begitu jugalah halnya bagi orang yang mempelajari fiqh menurut mazhab As syafie . Dia tidak cukup sempurna dalam mempelajari mazhab lain dan tidak mudah baginya untuk mempelajari hukum agama selain menurut Imam as Syafie. Kalau anda mewajibkan kepadanya untuk mengetahui ijtihad para imam dan mengambil semuanya, ini bererti anda pun WAJIBM MEMPELAJARI SEMUA QIRAAT dan anda harus membaca semuanya. Kalau anda beralasan tidak mampu, begitu juga halnya dengan si muqallid tadi.
(* Syeikh faham yang si lelaki tak akan sampai ke mana dengan hujah-hujah yang longgar begitu, lalu Syeikh kemukakan soalan lain. Syeikh al-Buti sudah menang/ benar 1-0)



@ Ringkasnya, kami ingin bertanya kepada anda, apakah alasan yang mewajibkan muqallid harus berpindah-pindah dari mazhab satu ke mazhab lain, padalah Allah Azzawa Jalla tidak mewajibkan seseorang untuk berpegang terus pada suatu mazhab tertentu , juga tidak mewajibkan seseorang berpindah-pindah terus dari satu mazhab ke mazhab lain?

# Sesungguhnya yang haram ialah kalau seseorang mempunyai iktikad ( keyakinan) bahawa Allah memerintahkannya untuk terus-menerus menetapi mazhab tertentu.

@ Ini masalah lain dan apa yang anda katakan itu ada benarnya juga, tidak ada perbezaan pendapat. Tetapi masalah sekarang ialah bagaimana kalau terus-menerus menetapi imam tertentu dan DIA TAHU bahawa Allah Azza wa Jalla TIDAK MEWAJIBKANNYA begitu. Apakah dia telah berdusta?

# Tidak jika begitu.
(* Jelas- umat Islam contohnya di Nusantara yang bermazhab Syafie tidak melakukan perkara haram kerana mereka terus berpegang dengan Mazhab Syafie tetapi tidak pula mereka beranggapan Allah mewajibkan begitu)

@ Tapi , buku Syeikh Khajandi yang anda pelajari menyebutkan hal yang berbeza dengan apa yang anda ucapkan . Ia secara tegas mengharamkan hal tersebut , bahkan pada bahagian tertentu dalam buku itu menyatakan kafir kepada orang yang menetapi secara berterusan seorang imam tertentu dan tidak mahu berpindah kepada yang lain.

# Di mana ……?

@ “ bahkan siapa yang menetapi seorang imam tertentu dalam setiap masalah , bererti ia fanatik yang salah dan taqlid buta, serta termasuk golongan yang memecah-belahkan agama, serta mereka pun berkelompok-kelompok”.

# Yang dimaksudkan dengan menetapi di sini ialah meyakinkan wajibnya hal tersebut menurut syariat. Jadi dalam ibarat tersebut terdapat kekurangan.
(* Si lelaki berjaya mengelak dengan baik tetapi tafsiran begini memerlukan bukti penyokong)

@ Apakah bukti yang menunjukkan penulis buku tersebut bermaksud begitu? Mengapa anda tidak mengatakan bahawa penulis buku itu keliru?

(Atas pertanyaan ini, dia ( si lelaki) tetap berpendirian bahawa pernyataan dalam buku Halil Muslimun Bittibaa’I mazhabin mu’ayyanin Minal Mazaahibil Arba’ah dapat dibenarkan dan penulisnya pun tetap tidak salah kerana dalam pernyataan tersebut memang ada kekurangan)
(* Syeikh tidak mahu memanjangkan hal ini lagi kerana memang tidak akan ditemui bukti selain tafsiran si lelaki sendiri, maka Syeikh beralih kepada pertanyaan lain. Syeikh al-Buti sudah benar/ menang 2-0)




@ Setiap orang Islam mengetahui bahawa mengikut seseorang imam tertentu daripada keempat-empat imam mazhab bukanlah termasuk kewajiban syariat, tetapi atas dasar pilihan (kesedaran ) orang itu sendiri.

# Bagaimana boleh jadi begitu? Saya mendengar daripada banyak orang dan juga sebahagian ahli ilmu bahawa diwajibkan secara syariat untuk menetapi mazhab tertentu dan tidak boleh berpindah-pindah kepada yang lain.

@ Cuba anda sebutkan kepada kami seorang saja daripada orang awam atau ahli ilmu yang menyatakan demikian.

(Dia kemudian berdiam sejenak dan berasa hairan dengan ucapan kami yang benar, bahawa sesungguhnya apa yang dia gambarkan (selama ini) adalah sebahagian besar manusia mengharamkan berpindah-pindah mazhab )

(*Rupa-rupanya orang ini sekadar jaguh taqlid buta saja dengan kata-kata orang lain)

@ Anda tidak akan bertemu dengan orang yang bertanggapan keliru seperti itu. Memang pernah diriwayatkan bahawa pada zaman terakhir dinasti Uthmaniyah, mereka keberatan kalau ada seorang yang bermazhab Hanafi berpindah ke mazhab lain. Hal ini kalau memang benar, termasuk fanatik buta yang terkutuk.
(* Maksudnya perbuatan segelintir orang tidaklah boleh dihukumkan kepada kebanyakan orang- ini kaedah asas yang sedia kita maklum. Si lelaki sudah tidak ada apa yang hendak dikata lalu Syeikh beralih kepada soalan lain. Syeikh al-Buti sudah menang/ betul 3-0)



@ Dari mana anda mengetahui perbezaan antara MUQALLID dan MUTTABI’?

# Perbedaannya ialah dari segi bahasa.

(Kami pun mengambil kitab-kitab Lughah agar dia dapat menetapkan perbezaan makna bahasa dari dua kalimat tersebut, tetapi DIA TIDAK MENEMUI APA-APA)

@ Sayyidina Abu Bakar r,a pernah berkata kepada seorang Arab Badwi yang menentang pajak dan perkataannya ini pernah diakui segenap Para Sahabat :
“ Apabila para muhajirin telah rela, kamu semua kenalah menyetujuinya (mengikuti)”.
Abu Bakar mengatakan “ taba’un’ (mengikuti ) yang bererti menyetujui (muwafaqah).

# Kalau begitu, perbezaan makna kedua kata tersebut adalah dari segi istilah dan bukan hak saya untuk membuat suatu istilah.

@ Senang-sennag saja anda menjawab istilah, tetapi istilah yang anda buat tetap tidak akan mengubah hakikat sesuatu . Orang yang anda sebut muttabi’ , kalau dia mengetahui dalil dan cara melakukan istinbath darinya, bererti dia adalah mujtahid . Tetapi apabila tidak tahu dan tidak mampu melakukan istinbath , bererti dia mujtahid dalam sebahagian masalah dan muqallid dalam masalah lain. Oleh kerana itu, bagaimanapun juga pembahagian tingkatan seseorang hanya ada dua macam , iaitu mujtahid dan muqallid, dan hukumnya sudah cukup jelas dan diketahui.

# Sesungguhnya muttabi’ adalah orang yang mampu membezakan pendapat mujtahidin dan dalil-dalilnya, kemudian menguatkan salah satu daripadanya. Tingkatan ini berbeda daripada taqlid.

@Kalau yang anda maksudkan “membezakan pendapat para imam mujtahid” ialah membezakan mana yang kuat dan mana yang lemah dari segi dalil, bererti tingkat ini adalah LEBIH TINGGI DARIPADA IJTIHAD (*lebih hebat daripada mujtahid. Apakah anda mampu berbuat demikian?

# SAYA AKAN LAKUKANNYA setakat kemampuan saya.
(*Hebatnya! Si lelaki secara tidak langsung mengakui yang dia mempunyai kemampuan yang lebih tinggi daripada berijtihad! Apabila telah sampai ke tahap sebegini, maka Syeikh faham tidak ada gunanya membincangkan hal tersebut lalu beralih persoalan kerana orang di depannya sekarang mendakwa dirinya lebih hebat daripada keempat-empat Imam))



@ Kami mendapat tahu yang anda telah memberi fatwa bahawa talak tiga yang dijatuhkan dalam satu majlis bererti jatuh SATU TALAK saja. Apakah sebelum menyampaikan fatwa anda telah meneliti pendapat para imam mazhab serta dalil-dalil mereka , kemudian anda memilih salah satu dari pendapat mereka dan anda fatwakan ?.
Ketahuilah bahwa Uwaimir Al Ijlani telah menjatuhkan talak tiga kepada isterinya di hadapan Rasulullah s.a.w. Setelah ia bersumpah lian dengan isterinya, ia berkata “ Saya akan berbohong kepadanya, Ya Rasulullah, bila saya menahannya, dan saya talak tiga”. Bagaimana pengetahuan anda tentang hadis ini dan kedudukannya dalam masalah ini, serta pengertiannya menurut mazhab sebahagian besar ulama dan menurut mazhab Ibnu Taimiyyah?

# Saya belum pernah melihat hadis ini.

@ Bagaimana anda boleh memfatwakan suatu masalah yang bertentangan dengan apa yang telah DISEPAKATI OLEH KEEMPAT-EMPAT IMAM MAZHAB , padahal anda belum mengetahui dalil-dalil mereka, serta tingkatan kekuatan dalil tersebut?.
Kalau begitu anda telah meninggalkan prinsip yang anda anuti , iaitu ittiba’ menurut istilah yang anda katakan sendiri.
(*Memang benar, kenyataan si lelaki ini bertentangan dengan kenyataan awalnya tadi iaitu “Saya akan meneliti pendapat para imam mujtahid serta dalil-dalilnya , kemudian saya mengambil keterangan yang paling mendekati dalil Al-kitab dan as Sunnah”. Yang dibuat tidak sama dengan yang diwarwarkan)

# Pada waktu itu saya tidak memiliki kitab yang cukup untuk melihat dalil dari imam-imam mazhab.
(* Kalau sudah sedar yang diri sendiri tidak cukup maklumat/ sumber untuk keluarkan fatwa, mengapa dibuat hukum sendiri?)

@ Kalau begitu, apa yang mendorong anda untuk tergesa-gesa memberikan fatwa yang menyalahi pendapat jumhur kaum muslimin, padahal anda belumpun memeriksa dalil-dalil mereka?

# Apakah yang harus saya perbuat ketika saya ditanya mengenai masalah tersebut, sedangkan kitab yang ada pada saya terbatas sekali?

@ Sesungguhnya cukup saja bagi anda untuk mengatakan “ Saya tidak tahu tentang masalah ini”, atau anda terangkanan saja pendapat mazhab empat kepada si penanya, serta pendapat mereka yang berbeza dengan mazhab empat tanpa harus memberikan fatwa kepadanya dengan salah satu pendapat.


Demikianlah ,apa yang kami kemukakan ini sudah cukup untuk anda dan memang sampai disitulah kewajipan anda. Apatah lagi masalah itu tidak langsung berkaitan dengan diri anda sehingga anda memberikan fatwa dengan pendapat yang menyalahi ijma’ keempat-empat imam tanpa mengetahui dalil-dalil yang dijadikan hujah oleh mereka, kerana anda menganggap cukup dengan dalil yang ada pada pihak yang bertentangan dengan mazhab yang empat.


Anda berada dipuncak kefanatikan sebagaimana yang anda selalu tuduhkan kepada kami.
(*Si lelaki sebagaimana kebiasaannya lain-lain penganut fahaman “La Mazhabiyyah” sering menuduh umat Islam yang mengikut mazhab sebagai taksub, tetapi kini terbukti dirinya pula yang taksub)

# Saya telah menelaah pendapat keempat-empat imam dalam kitab Subulus Salam karya as Syaukani dan Fiqhus Sunnah karya As Sayyid Sabiq”.

@ Kitab yang anda sebutkan adalah kitab yang memusuhi keempat imam mazhab DALAM MASALAH INI. Apakah anda rela menjatuhkan hukuman kepada salah seorang tertuduh hanya dengan mendengarkan keterangan saja, keterangan saksi-saksi dan keluarganya tanpa mendengarkan keterangan tertuduh lain?”.

# Saya kira apa yang telah saya lakukan tidak patut dicela . Saya telah memberikan fatwa kepada orang yang bertanya dan itulah batas kemampuan faham saya.

@ Anda telah menyatakan sebagai muttabi’ dan kita semua kena menjadi muttabi’. Dan anda telah mentafsirkan bahwa ittiba’ ialah meneliti semua pendapat mazhab dan mempelajari dalil-dalil yang dikemukakannya. Kemudian mengambil mana yang paling mendekati dalil yang benar.


Namun apa yang telah anda lakukan ternyata bertolak kebelakang.
Anda mengetahui bahawa mazhab yang empat telah ijma’ bahawa talak yang dijatuhkan tiga sekaligus, bererti jatuh tiga. Anda mengetahui bahwa keempat imam mazhab mempunyai dalil tentang masalah ini, cuma anda belum melihatnya. Namun demikian , anda berpaling dari ijma’ mereka dan mengambil pendapat yang sesuai dengan keinginan anda. Apakah anda (*secara automatik) sejak dari mula telah yakin bahawa dalil-dalil keemppat-empat iamam mazhab itu tidak dapat diterima?

# Tidak, cuma saya tidak melihatnya kerana saya tidak memiliki kitab-kitab tersebut.

@ Mengapa anda tidak mahu menunggu? (*Sudah tahu tidak cukup rujukan, janganlah keluarkan fatwa dulu. Ini tidak, hendak memberi fatwa juga. Mungkin takut jatuh taraf sekiranya tidak dapat menjawab) Mengapa anda tergesa-gesa padahal Allah s.w.t tidak memaksakan anda untuk berbuat demikian?. Apakah kerana anda tidak melihat dalil-dalil para ulama jumhur yang dapat dipakai sebagai alasan untuk menguatkan pendapat Ibnu Taimiyyah? Apakah fanatik yang anda anggap dusta itu tidak lain ialah apa yang anda telah lakukan?

# Dalam kitab-kitab yang ada pada saya , saya telah melihat beberapa dalil yang cukup memuaskan dan Allah tidak membebani saya lebih dari itu.
(* Masih tidak mahu mengalah walaupun sudah terbukti salah)

@ Apabila seorang muslim melihat satu dalil dalam kitab yang dibacanya , apakah cukup dengan dalil tersebut ia meninggalkan semua mazhab yang berbeza dengan fahamannya sekalipun dia belum melihat dalil-dalil daripada mazhab-mazhab tersebut?

# CUKUP!

@ Ada seorang pemuda yang baru saja memeluk agama Islam , dan dia sama sekali tidak mengetahui pendidikan agama Islam. Lalu ia membaca firman Allah azza wajalla :
Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat , maka ke mana pun kamu menghadap , disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatnya ) lagi Maha Mengetahui”.
(Al Baqarah 115).

Pemuda tersebut lalu beranggapan bahawa setiap orang hendak melakukan solat boleh menghadap ke arah mana saja sebagaimana ditunjukkan oleh zahirnya lafaz ayat Al quran itu.


Kemudian ida mendengar bahwa keempat-empat imam mazhab telah bersepakat bahwa (*sesungguhnya) dia kena menghadap Kaabah. Dia pula sedia maklum bahawa para imam mempunyai dalil untuk masalah ini, cuma dia belum melihatnya saja. Apakah yang harus dilakukan oleh pemuda tersebut sewaktu dia hendak mengerjakan solat?
Apakah cukup dengan mengikuti panggilan hatinya saja kerana dia telah menemukan ayat Al Quran tersebut ataupun dia harus mengikuti imam-imam yang berbeda dengan fahamnya?.

# Cukup dengan mengikuti panggilan hatinya.
(* Astaghfirullah… ini sangat berbahaya! Seandainya seorang muallaf ataupun orang Islam awam tiba-tiba membuka Al Quran lalu terjumpa ayat “Bunuhlah mereka (orang-orang kafir) di mana saja kamu menjumpai mereka”, bolehkah anda bayangkan apa yang akan terjadi?)

@Meskipun dengan menghadap ke arah Timur misalnya? Apakah solatnya dianggap sah?
(* Dengan penuh kehairanan)

# Ya, kerana dia wajib mengikut panggilan hatinya.
(*Rupanya hukum-hakam si lelaki dari golongan La Mazhabiyyah ini adalah MENGIKUT PANGGILAN HATI!)

@ Andaikata panggilan hati pemuda itu mengilhami dirinya sehingga ia merasa tidak apa-apa berbuat zina dengan isteri tetangganya, memenuhi perutnya dengan khamar dan merampas harta manusia tanpa hak, apakah Allah akan memberikan syafaat kepadanya lantaran pangillan hatinta itu?

# (Kemudian dia terdiam sejenak, lalu berkata…) Sebenarnya contoh-contoh yang tuan tanyakan hanyalah khayalan belaka dan tidak ada buktinya.

(*Sebenarnya orang ini sudah nampak kesalahannya tetapi ego untuk mengaku)

@ Bukan khayalan atau dugaan semata-mata (*Syeikh seorang ulama besar, tentu pelbagai pengalaman manusia telah dilaluinya), bahkan selalu terjadi hal seperti itu ataupun lebih aneh lagi.


Bagaimana tidak begitu, seorang pemuda yang tidak mempunyai apa-apa tentang Islam, Al Kitab dan As Sunnah, kemudian membaca sepotong ayat Al Quran yang dia fahami menurut apa adanya. Dia kemudian berpendapat bahawa boleh saja solat menghadap ke arah mana saja meskipun dia tahu bahawa solat kena menghadap kiblat (Kaabah).
Dalam kes ini, apakah anda tetap berpendirian bahwa solatnya sah kerana menganggap cukup dengan adanya bisikan hati nurani atau panggilan jiwa si pemuda tersebut?

Disamping itu menurut anda , bisikan hati, panggilan jiwa dan kepuasan mental dapat memutuskan segala urusan (*dijadikan sumber untuk mengeluarkan hukum?). Pendirian ini jelas bertentangan dengan prinsip anda , bahawa manusia terbahagi tiga kelompok : mujtahid, muqallid dan muttabi’ (*kerana ternyata pula semua manusia adalah muttabi’/ mujtahid termasuklah muallaf tadi).

(Setelah kami katakan demikian, ia menyatakan bahwa sebenarnya pemuda tersebut kenalah membahas dan meneliti. Apakah ia tidak membaca hadis atau ayat lainnya?)

@ Dia tidak memiliki cukup bahan untuk membahas sebagaimana halnya anda ketika membahas tentang masalah talak (*tadi). Dia tak sempat membaca ayat-ayat lain yang berhubungan dengan masalah kiblat selain ayat di atas . Dalam hal ini apakah dia tetap kena mengikuti bisikan hatinya dengan meninggalkan ijma’ para ulama’?

# MEMANG KENA BEGITU (* muallaf tadi memang kena ikut bisikan hatinya dengan meninggalkan ijmk para ulama. Kalau muallaf saja sudah begitu, umat Islam lain tentulah lebih lagi layak begitu) kalau dia tidak mampu membahas dan menganalisis. Baginya cukuplah berpegang kepada hasil fikirannya sendiri dan ia tidaklah salah.

@ Ucapan (*pegangan) anda SANGAT BERBAHAYA dan menakjubkan, dan kami akan siarkan...

# Silakanlah tuan menyiarkan pendapat saya dan saya tidak takut.

@ BAGAIMANA ANDA AKAN TAKUT KEPADA SAYA SEDANGKAN ANDA TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH SWT? Sesungguhnya dengan ucapan tersebut anda telah membuang firman allah s.w.t :
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui”.
(An Nahl: 43)


(*Syeikh Ramadhan menghukum orang sebegini sebagai “tidak takut kepada Allah”/ berani menentang Allah. Janganlah hendaknya kita menjadi salah seorang daripada mereka)

# Tuan, para Imam tidaklah maksum yang terpelihara dari kesalahan. Mana boleh dia (si muallaf) meninggalkan yang maksum dan berpegang pada orang yang bukan maksum?

@ Yang terpelihara dari kesalahan adalah makna yang hakiki yang dikehendaki oleh Allah azza wa jalla dengan firmannya:
“Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat…”


Akan tetapi , fahaman “pemuda yang jauh sekali dari pendidikan Islam” sama sekali tidak maksum.


Jadi masalahnya:
Ialah perbandingan antara dua kefahaman, iaitu

a) fahaman atau pemikiran seorang pemuda yang jahil, dengan
b) fahaman atau pemikiran para imam mujtahiddin,
Yang kedua-duanya tidak maksum.

Perbezaannya hanyalah:
Yang satu terlalu jahil
Yang satu lagi sangat dalam ilmunya.

# Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak membebani dia melebihi kemampuannya.
(* Mengikut keputusan para Imam Mazhab bukanlah sesuatu yang di luar daripada kemampuan kita. Ini jawapan yang bukan jawapan, tetapi helah seorang yang sangat ego)

@ Tolonglah jawab lah pertanyaan ini .
Seorang mempunyai anak kecil yang sedang sakit panas. Menurut saranan semua doktor yang ada di kota , dia harus diberi ubat khusus dan mereka melarang orang tua si anak untuk mengubatinya dengan antibiotik. Merekapun telah memberitau kepada orang tua si anak sekiranya peraturan ini dilanggar, ia boleh menyebabkan kematian si anak.


Kemudian orang tua tersebut membaca lembaran tentang kesihatan dan menemukan keterangan bahawa antibiotik kadang-kadang bermanfaat untuk mengubat sakit panas.
Dengan adanya lembaran ini, orang tua tersebut tidak mempedulikan lagi nasihat doktor. Kemudian dengan PANGGILAN HATINYA, ia merawat anaknya dengan antibiotik sehingga mengakibatkan kematian si anak.


Dengan tindakan ini, apakah orang tua tersebut berdosa atau tidak?

# Saya kira masalah tersebut lain dengan masalah ini dan maksudnya pun berbeza dengan persoalan yang sedang kita bicarakan.
(*Si lelaki gagal menangkap tamsilan yang mudah ini, bagaimana agaknya dia mampu membandingkan hujah-hujah para imam mazhab?)

@ Masalah ini sama hakikatnya dengan hal yang sedang kita bicarakan.
Cuba anda perhatikan ! Orang tua tersebut sudah mendengarkan ijma’ (kesepakatan ) para doktor , sebagaimana pemuda tadi juga telah mendengar ijma’ para ulama. Akan tetapi, orang tua tersebut berpegang pada selembaran buku kesihatan , sebagaimana pemuda tersebut melaksankan panggilan hatinya”.

# Tuan, Al Quran adalah Nur. Nur Al Quran tidak dapat disamakan dengan yang lain.

@ Apakah pantulan Al Quran itu dapat difahami oleh yang membaca sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.? Kalau begitu apa bezanya antara ahli ilmu dan yang bukan ahli ilmu dalam menerima cahaya Al Quran?

# PANGGILAN HATI adalah yang paling asas/ pokok. (*Jadi, anda yang mengikut cara lelaki ini sebenarnya menganut MAZHAB PANGGILAN HATI)

@ Orang tua tersebut telah melaksanakan panggilan hatinya sehingga kematian anaknya . Apakah ada pertanggungjawaban bagi orang tua itu baik dari segi syariat mahupun tuntunan hukum?.

#Dia tidak dituntut apa-apa.
(*Jelas, pemikiran lelaki ini jauh terseleweng dan sukar untuk diperbetulkan lagi. Tuan Syeikh pun telah dapat apa yang dia perlukan daripada perbincangan ini, maka dirasanya tak perlu lagi dipanjang-panjangkan kerana tidak akan membawa apa-apa faedah)

@ Dengan pernyataan anda seperti ini , saya kira dialog dan diskusi ini kita cukuplah sampai di sini saja. Sudah putus jalan untuk menemukan pendapat kami dengan anda . Dengan jawaban anda yang sangat mengganjilkan itu, cukuplah kiranya kalau anda telah keluar dari ijma’ kaum muslimin”.
(*Sesiapa yang berpegang dengan fahaman seperti fahaman lelaki ini, maka Syeikh Ramadhan al-Buti menghukum mereka sebagai terkeluar daripada ijma’ kaum muslimin. Anda bagaimana?.......)

TAMAT DIALOG


Cuba anda renungkan. Seorang muslim yang jahil, hanya BERSANDARKAN PANGGILAN HATINYA dalam memahami apa yang dia temukan dalam Al Quran, lalu dia mengerjakan solat menghadap ke arah selain kiblat dan menyalahi semua umat Islam, tetapi solatnya dianggap sah dan tidak apa-apa.
Kemudian orang biasa dengan panggilan jiwanya mengubati orang sakit sekehendaknya, sehingga menyebabkan kematian orang yang dia ubati . Lalu atas perbuatannya itu, dia bebas daripada segala tuntutan.

Kalau begitu, mengapa mereka tidak membiarkan orang-orang jahil menggunakan panggilan hatinya untuk bertaqlid dan mengikut imam mujtahid, kerana mereka adalah lebih waspada daripada mereka yang jahil tentang urusan kitab Allah Azza w Jalla dan sunnah Rasulullah saw?
Pendapat ini mungkin salah menurut mereka , tetapi tercakup dalam pengertian memenuhi jiwa.

Setelah kami ungkapkan dialog kami dengan pemuda ajaib ini, kami ingin menghimbau para pembaca agar sedar dan insaf serta membebaskan diri daripada fanatik apabila pembaca ingin mengetahui perkara yang hak dengan segala alasan serta dalil-dalilnya , apa yang telah kami tulis dan kami jelaskan sudah cukup mengungkapkan perihal yang samar-samar dan menghilangkan semua hal yang meragukan.
Akan tetapi kalau anda mempertahankan pendapat lantaran fanatik dan fanatik itu sudah menjadi watak dan karakter anda, berapa banyak pun dalil dan alasan yang saya tambah , tetap tidak ada gunanya untuk anda.
Sesungguhnya masalah anda bukanlah masalah kebodohan yang dapat dihilangkan dengan ilmu, tetapi masalah fanatik yang tidak mungkin dapat dilengkapkan , kecuali dengan cara melakukan koreksi peribadi yang tulus ikhlas di hadapan Allah Azza wajalla.

Terlepas dari golongan manakah anda berada, yang perlu kami ingatkan ialah kelompok masyarakat tempat anda melakukan dakwah, mengenai golongan yang sasaran dakwahnya tidak lagi ditujukan pada usaha perbaikan iman dan menghindarkan kekufuran, tetapi satu-satunya usha mereka lakukan ialah menyalakan api persengketaan dikalangan umat Islam manakala api sudah padam.
(*Begitulah umat Islam di Nusantara. Ratusan tahun hidup aman damai tanpa persengketaan ini, apabila datang saja golongan ini ke sini maka merebaklah pelbagai perbalahan yang tidak selesai-selesai. Musuh-musuh Islam tersenyum senang)

Mereka seolah-olah melakukan kegiatan pembahasan ilmiah (*kononnya) untuk mengungkapkan pokok-pokok pemikiran, tetapi tujuan utamanya hanya ingin memperdalamkan jurang perselisihan dan mencetuskan terjadinya permusuhan dan perpecahan serta menjauhkan pola-pola berfikir yang sihat dalam segala persoalan . Inilah kenyataan yang dapat kita rasakan.

Lalu apa jalan keluar untuk menyelamatkan umat Islam dari kenyataan ini dan bagaimana cara menghindarkan diri daripada sikap-sikap yang menunjukkan pertengkaran , permusuhan serta perpecahan?

Satu-satunya jalan adalah kembali pada norma-norma ilmiah setiap kali hendak melakukan kegiatan pembahasan dan jauh daripada sikap fanatik, atau adanya maksud lain yang mencampuri kemurnian ilmu pengetahuan.
Dengan cara ini , perselisihan akan lenyap , sedikit-demi sedikit kemudian larut serta tidak ada kemungkinan bagi para penyeludup dari luar untuk mengiring ke dalam lembah perpecahan , hasad dan sakit hati.

Dalam risalah ini , telah kami kemukakan penjelasan yang diperlukan untuk mengetahui mana yang benar dalam permasalahan ini.
Telah kami ungkapkan bahawa penulis buku , yakni Syekh Khajandi telah menukil keterangan yang tidak benar, bahkan bertentangan dengan kenyataan.

Pembaca pun telah mengetahui bahawa penjelasan para imam yang dinukil oleh Syekh Khajandi adalah bertolak belakang dengan apa yang dituduhkan oleh Syekh Khajandi .
Kami yakin bahawa para pembaca telah mengikuti uraian (pemjelasan) kami dalam risalah ini dengan penuh perhatian dan pengharapan.

Demi Allah, orang yang iri dan tidak mempunyai keinsafan mungkin menuduh kami melakukan pelanggaran dalam pembahasan sekadar sambil lalu serta main-main dalam menukil suatu keterangan atau kurang professional dalam menukil suatu keterangan dan mengemukakan dalil .


Oleh kerana itu , kami mengajak pembaca untuk menuntut kebenaran yang selama ini selalu dipegang oleh JUMHUR KAUM MUSLIMIN setiap masa. Tegaklah berdiri sebagai pembela dalam mempertahankan kebenaran dengan memerangi segala macam sikap yang berlebihan.
(* Syeikh mengajak kita menjadi pembela. Sahutlah seruannya. Mari kita semua menjadi pembela agama dengan menentang kaum ini)


Nota bacaan oleh:
Alexanderwathern
NOV 2006

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Zikir Menurut Hasan al-Banna

Dalam Majmu’ Rasail Hasan al Banna di bahagian bertajuk Al Ma’thurat, beliau berkata:

“Saudara yang dihormati, jika anda memahami hakikat ini anda tidak sepatutnya berasa hairan jika seorang muslim sentiasa berzikir mengingati Allah dalam semua keadaan”.


Kata Imam asy-Syahid lagi:

“Nabi saw sendiri berzikir mengingati Allah dalam setiap keadaan.”

Huraian

Hasan al Banna mengakui wujudnya segelintir umat Islam yang sentiasa dalam keadaan berzikir. Pengalamannya ini adalah hasil sesi tarbiyyah sufi Tariqat Hasafiah yang pernah dilaluinya pada zaman-zaman awal kehidupan beliau. Beliau sangat mengkagumi tokoh tariqat ini iaitu Syeikh Abdul Wahhab al Hashafi bin Syeikh Hasanain al-Hashafi.


Sebenarnya Ikhwanul Muslimin tidak pernah menolak jemaah-jemaah tariqat sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian orang, cuma Ikhwanul Muslimin menolak jemaah tariqat yang ternyata sesat, dan kurang bersetuju dengan ruang lingkup dakwah jemaah-jemaah tariqat lain yang tidak cukup luas. Mereka hanya memperjuangkan beberapa aspek pilihan sahaja daripada keseluruhan aspek yang ada dalam dakwah Islam itu. Ikhwanul Muslimin tetap menghormati dunia sufi dan peranannya.


Hasan al Banna menceritakan pendapatnya tentang dunia tasauf dalam “Muzakkirat Da’wah wad Da’iyah”. Tulis Dr. Yusuf Qardhawi (tokoh utama Ikhwan dewasa ini) dalam “At-Tarbiatul Islamiyyah wa Madrasatul Hassan al Banna”: “Di dalam tasauf itu terdapat kehangatan dan semangat serta pengaruh yang tidak terdapat pada golongan yang lain dan dalam ucapan mereka terkandung kekuatan yang tidak terdapat dalam ucapan orang lain.”

Tulis Hasan al-Banna dalam Detik-detik Hidupku sewaktu menyatakan pandangannya tentang tasauf:

“Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu tasauf dan tariqat telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam di pelusuk dunia yang jauh. Penyebaran Islam tidak mungkin tercapai tanpa semangat berdakwah ahli-ahli sufi ini. Islam tersebar luas kerana usaha-usaha mereka ini.”

Tulis Imam al-Ghazali dalam kitabnya “Al Munqiz min adh’Dhalal” (Selamat daripada Kesesatan): “…aku berkeyakinan bahawa orang-orang sufi adalah golongan yang mengikut jalan yang hanya semata-mata menuju kepada Allah. Cara hidup mereka adalah sebaik-baik kehidupan dan tariqat yang diikuti adalah jalan yang paling tepat serta akhlak mereka adalah sebersih-bersih akhlak.” Pandangan al-Ghazali ini tentu sesuai dengan keperluan-keperluan dakwah pada zamannya, sesuai dengan statusnya sebagai mujaddid bagi zaman itu. Dengan datangnya zaman yang baru dengan mujaddid yang baru iaitu Imam asy-Syahid sendiri, maka teknologi berdakwah turut berubah.

Seperti yang kita maklumi, ulama-ulama tasauf memang membiasakan diri mereka berzikir dalam segala keadaan. Yang dimaksudkan oleh Hasan al Banna di sini ialah zikir khafi iaitu zikir di dalam hati (tersembunyi) seperti “Allah, Allah”, “Laailahaillallah” dan sebagainya secara berterusan daripada seawal terjaga dari tidur (pada waktu pagi ketika mata belum terbuka tetapi hati telah sedar) hinggalah masuk tidur (di kala mata telah tertutup hinggalah kesedaran hilang akibat lena). Inilah “trend” ulama-ulama tasauf. Biasa kita lihat si ulama berbual atau memberikan kuliah tetapi tasbih di tangannya masih tetap berjalan. Inilah yang dimaksudkan dengan “Nabi saw sendiri berzikir mengingati Allah dalam setiap keadaan.”

Fahamilah perintah Allah:

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah pada masa berdiri, pada masa duduk dan pada masa berbaring.”
(An-Nisa’ : 103)


Allah memerintahkan kita supaya selalu dalam keadaan berzikir, tidak kira semasa kita berdiri, ketika duduk mahupun sedang berbaring.


Bukanlah yang dimaksudkan itu zikir bersuara (terang-terangan) kerana zikir jenis ini akan terputus apabila kita berbicara, makan minum, masuk tandas, terkejut, sakit mulut dan sebagainya. Zikir di hati itulah yang dimaksudkan kerana ia boleh diamalkan tidak kira walau di mana kita berada.


Sabda Nabi:

“Zikir khafi itu melebihi zikir jahri dengan 70 kali ganda. Setelah hari kiamat, Allah mengembalikan semua makhluk ke tempat perhitungannya. Dan malaikat penjaga membawa apa yang mereka jaga dan apa yang mereka catat. Allah berfirman kepada malaikat penjaga: Perhatikanlah, masih adakah sesuatu yang tersisa daripada (amalan) hamba-Ku? Mereka menjawab: Tidak ada satu pun yang kami tinggalkan darpada apa yang kami tahu dan yang kami jaga melainkan kami batasi dan kami tulis dengan sebenarnya. Maka Allah pun berfirman (kepada hamba-Nya): Sesungguhnya kebaikanmu ada pada-Ku. Dan Aku akan membalasnya. Kebaikanmu itu ialah zikir khafi.”
(Baihaqi)


Dalam hadith lain:

“Zikir yang paling baik adalah zikir khafi dan rezeki yang paling baik ialah sesuatu yag mencukupi.”
(Ibnu Hibban & Baihaqi)


Bayangkan kita sedang berada di medan jihad dan sedang sibuk bergomol dengan musuh, ibadah apakah yang boleh kita lakukan? Tidakkah zikir khafi? Ketika kita menjeritkan, “Hei musuh-musuh Islam, kami datang memang untuk menemui syahid!” apakah ibadah yang boleh kita lakukan? Zikir di mulut pasti terhenti kerana kita perlu bersuara tetapi zikir di hati masih boleh terus berjalan. Maka zikir jenis ini amat sesuai dipraktikkan terutamanya ketika dalam kecemasan. Zikir khafi ini tidak mengganggu pekerjaan kita.


Dalam sebuah hadith qudsi:

“Aku (Allah) bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya dalam diri-Ku.”
(Bukhari)

Itulah diriwayatkan bahawa ketika Tok Kenali (seorang tokoh sufi dan waliyullah Kelantan) hampir meninggal dunia, mulutnya sudah tidak bergerak tetapi anaknya masih dapat mendengar suara “Allah, Allah” dari dalam dada bapanya.

Siapakah Tok Kenali? Beliau ialah anak murid kepada seorang ulama besar iaitu Syeikh Ahmad al-Fathoni. Dalam majalah Seni Beladiri (artikel bertajuk “Ustaz Ahmad Che Din: Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat” oleh Mohd Nadrin Wahab) diceritakan suatu ketika Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) memerlukan seorang pemudahcara dalam dialognya dengan Syeikh Nasiruddin (Beirut), para ulama Mekah memanggil Syeikh Ahmad Fathoni. Ketika itu beliau adalah salah seorang ulama rujukan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Syeikh Ahmad mencalonkan Tok Kenali.

Mulanya Syeikh Muhammad Abduh ragu akan kebolehan Tok Kenali. Setelah Tok Kenali mentafsirkan surah al-Fatihah selama 7 hari berturut-turut barulah Syeikh Muhammad Abduh akur dengan kelayakannya. Tok Kenali pun menyelesaikan dialog tersebut.


Diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar pernah memberitahu Nabi Muhammad saw yang baginda sentiasa bersama-sama dengannya walaupun ketika di dalam tandas. Kalau benarlah riwayat ini, maka memang jelaslah Abu Bakar orang terbaik umat ini kerana dia mampu mengingati Allah dan Rasul-Nya sekaligus secara berterusan di dalam hati.


Namun kita janganlah hendaknya menyempitkan makna zikir itu terbatas kepada sebutan-sebutan “Subahanallah”, “Allah”, “Laailahaillallah” dan seumpamanya sahaja. Kalau ketika itu kita sedang berfikir tentang kebesaran Allah, bermonolog dalaman menyatakan kasih sayang kita kepada-Nya, membaca al-Quran (terutamanya dengan pemahaman) dan seumpamanya masih di kira sedang berzikir, sedang ingat kepada Allah SWT. Zikir-zikir yang diutamakan oleh Hasan al-Banna ialah zikir-zikir yang ma’tsur, yang jelas datang daripada Nabi Muhammad saw untuk mengelakkan sebarang keraguan. Dalam buku “At-Tarbiatul Islamiyyah wa Madrasatul Hassan al Banna” karya Dr. Yusuf Qardhawi tertulis di sana “Sebaik-baik zikir ialah membaca al-Quran”.


Kata Imam Nawawi dalam Al-Adzkar: “Ketahuilah bahawa keutamaan zikir tidaklah terbatas kepada tasbih, tahlil, tahmid dan takbir serta yang seumpama dengannya, akan tetapi setiap orang yang beramal kerana Allah Taala dengan ketaatan, maka ia pun berzikir kepada Allah swt (juga).” Demikianlah yang dikatakan oleh Said bin Jubair ra dan ulama lainnya.


Hadith Rasulullah saw:

“Apabila seorang lelaki membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian keduanya bersembahyang dua rakaat bersama-sama, maka keduanya ditulis sebagai lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah .”
(Abu Daud, Nasa’i & Ibnu Majah)

Sewaktu kita tiada sebarang pekerjaan, maka eloklah kita berzikir secara bersuara sebagaimana hadith yang dipetik oleh Hasan al Banna dalam risalahnya ini:

“Seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, syariat Islam terlalu banyak untuk saya. Sila beritahu saya suatu perkara yang saya boleh tumpukan”. Baginda bersabda: “Hendaklah lidahmu sentiasa basah kerana berzikir kepada Allah”.
(Turmizi)


Ada orang yang berzikir tetapi tidak lebih sebutan di mulut sahaja kerana hatinya memikirkan perkara lain. Berzikir di mulut dengan kehadiran hati adalah yang terbaik.


Namun dalam tarbiyyah Ikhwanul Muslimin, item zikir khafi tidaklah dimasukkan ke dalam sukatan kerana ia bukanlah perkara pokok yang Allah wajibkan untuk semua umat Islam menguasainya. Lagipun sangat banyak masa dan tenaga akan dihabiskan untuk menguasai item ini sedangkan banyak lagi kewajiban yang lebih penting sedang berada di barisan depan yang mesti dilaksanakan terlebih dahulu. Ia adalah sekadar pengkayaan (usaha secara sendiri-sendiri) sahaja kepada sesiapa yang mampu, mempunyai lebih masa dan telah menyelesaikan kerja-kerja Islam yang digariskan oleh jemaah.


Namun bagi Ikhwan, membiasakan diri berzikir tetap sangat penting sebagaimana wasiat kedua Imam asy-Syahid dalam 10 Wasiatnya:

“Bacalah al-Quran, telaahlah tafsirannya atau dengarlah orang lain membacanya, atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau menggunakan sebahagian daripada waktu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.”




Imam asy-Syahid memetik hadith:

“Apabila satu kumpulan duduk berzikir kepada Allah Azza wa Jalla, malaikat akan mengelilingi mereka dan mereka akan dinaungi rahmat, mereka akan dilimpahi ketenangan dan Allah akan menyebut-nyebut nama mereka kepada sesiapa yang ada di sisi-Nya.”
(Muslim)


Tulisnya lagi:

“Mungkin anda sendiri kerap bertemu dengan hadith-hadith yang menyebut bagaimana baginda terserempak dengan satu kumpulan yang sedang menyebut nama Allah berzikir di dalam masjid. Baginda memuji mereka dan tidak mencegah perbuatan mereka.”

Huraian

Ikhwanul Muslimin memang menganjurkan zikir beramai-ramai pada masa tertentu. Al Ma’thurat yang disusun oleh Imam asy-Syahid biasa sangat dibaca beramai-ramai dengan kelajuan yang sama. Ini menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan kononnya tokoh Ikhwan seperti Dr. Yusuf Qardhawi misalnya menolak majlis zikir secara beramai-ramai.


Hadith qudsi:

“Aku (Allah) bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya dalam diri-Ku. Dan jika ia berzikir kepada-Ku secara berjemaah, nescaya Aku ingat kepadanya dalam kelompok jemaah yang lebih baik daripada mereka”
(Bukhari)


Sabda baginda saw:

“Tiadalah suatu kaum duduk berzikir kepada Allah pada suatu majlis melainkan malaikat mengelilingi mereka dan rahmat meliputi mereka, dan Allah mengingati mereka sebagai orang-orang yang dekat di sisinya.”
(Muslim)


Sabda baginda dalam hadith yang lain:

“Apabila kamu melewati kebun syurga, maka berkeliaranlah di situ.” Para sahabat berkata: “Apakah kebun syurga itu ya Rasulullah?” Rasulullah saw bersabda: “Majlis zikir”.
(Dipetik daripada kitab al-Adzkar oleh Imam Nawawi)


Rasulullah keluar mendatangi kelompok zikir dari para sahabatnya lalu bersabda: “Apakah yang menyebabkan kamu semua duduk?” Mereka menjawab: “Kami duduk berzikir kepada Allah swt dan memuji-Nya atas hidayah yang diberikan-Nya berupa agama Islam dan kurnianya-Nya kepada kami”. Beliau bersabda: “Demi Allah, hanya kerana itukah kamu duduk? Sesungguhnya aku tidak menyuruh kamu semua bersumpah sebagai tuduhan terhadap kamu semua, akan tetapi Jibril datang kepadaku dan menceritakan kepadaku bahawa Allah swt membanggakan kamu semuaa kepada para malaikat.”
(Muslim)


PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Alexaderwathern
NOV 2006

(*Kuliah ini telah disampaikan secara lisan pada 22 NOV 2006. Apa yang tertulis adalah “lebih kurang” sama dengan apa yang disampaikan)

Wednesday, July 9, 2008

Hiburan: Qardhawi Jawab Albani

Al Abani telah mengkritik fatwa Qardhawi dalam masalah “Hukum Mendengar Muzik dan Nyanyian”. Qardhawi menjawab balik dengan hujah-hujah yang ringkas tetapi padat dan kukuh.


Fatwa Hiburan: QARDHAWI JAWAB ALBANI

Seorang alim dan ahli hadis yang terkenal iaitu Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani telah mentakhrijkan hadis dalam buku karanganku iaitu Al-Halal Wal Haram Fil Islam lalu mengeluarkan buku komentarnya yang bertajuk Ghayatul Muram. Dia telah menyelidiki sanad hadis nombor 399, iaitu berkenaan nyanyian dua orang jariah di rumah Rasulullah s.a.w. pada suatu hari raya.

Di akhir komentarnya dia (Albani) berkata:

“Alangkah baiknya jika penulis (Qardhawi) mengkaji semula secara ilmiah dan terperinci hujah-hujah yang diambil daripada Ibnu Hazm dan Ibnu Arabi. Pendapat sebenar dalam hal ini ialah haram secara sepakat antara kesemua empat mazhab fiqh yang muktabar. Tambahan pula sunnah juga datang selari dengan hukum ini. Tidak sepatutnya seorang alim yang berwibawa menidakkannya.
Ghayatul Muram ms 227 cetakan Maktab Al-Islami.

Oleh kerana itulah kini saya berada di sini untuk menyahut nasihat syeikh. Saya telah menganalisa kembali secara terperinci dan menyeluruh. Namun begitu hasil kajian dan usaha saya itu tidak sepertimana yang dikehendaki oleh syeikh.

Terdapat beberapa perkara yang ingin saya ulas berkenaan komentar syeikh tersebut iaitu:

Pertama:
Keempat-empat mazhab fiqh yang muktabar tidak pernah bersepakat mengharamkan seni nyanyian, khasnya mazhab Syafie, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali: “Ia adalah hiburan yang makruh yang menyerupai perkara yang batil”.

Begitu juga apa yang disebut oleh Al-Kamal al-Adfawi dalam bukunya Al-Imta yang mengutarakan pendapat keempat-empat mazhab fiqh dalam masalah ini.

(*Jelas… Albani melakukan kesilapan yang tak sepatutnya dibuat. Entah dari mana diperolehinya fakta kononnya keempat-empat mazhab bersepakat menghukumkan haram)

Kedua:
Perkara yang tidak boleh disangkal ialah apabila berlaku ijma fuqaha kerana umat ini tidak akan sekali-kali bersepakat atas perkara yang salah. Mazhab fiqh yang empat mahupun lapan tidak terjamin selamat dari kesilapan. Kita lihat bagaimana Ibnu Taimiyyah telah menidakkan pendapat keempat-empat mazhab dalam masalah perceraian dan selainnya, walaupun beliau terpaksa meringkuk dalam penjara dan disiksa.

Sebenarnya perkara sebegini telah terbukti merupakan perkara khilafiyah, dan mungkin ia adalah merupakan antara masalah khilafiah yang paling rumit, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibnu Jumaah.

Ketiga:
Syeikh Al-Albani sendiri merupakan seorang ulama yang bebas daripada ikatan mazhab, seorang yang amat lantang menentang konsep bermazhab dan orang yang berpegang kepada pendapat mazhab. Beliau banyak mengeluarkan pendapat yang berbeza daripada empat mazhab ini bahkan juga dalam masalah yang telah diijma’kan, sepertimana yang berlaku dalam masalah “haram wanita memakai emas” dan masalah-masalah lain. Oleh itu, adalah tidak munasabah jika di sini beliau lantang menentang siapa sahaja yang tidak mengikut pegangan mazhab.

(*Hairan… Albani sendiri tidak bermazhab malah menentang konsep bermazhab. Tetapi apabila Qardhawi (mengikut dakwaan Albani) tidak mengikut keempat-empat mazhab dikira tidak benar. Dia boleh, Qardhawi tak boleh!)

Justeru itu saya menulis lembaran-lembaran ini dengan harapan ia akan dapat menjelaskan kebenaran, berkhidmat untuk agama, mendekatkan agama kepada manusia dan merealisasikan keberlangsungan konsep universal, kekal, sederhana, mudah dan toleran dalam Islam. Insya Allah. Saya berdoa kepada Allah agar mengurniakan taufik dan ketetapan hati kepada saya dan menulis dua pahala kepada saya jika saya benar dan tidak menidakkan satu pahala jika saya salah dalam penulisan ini. Taufik hanyalah datang daripada Allah, kepada-Nyalah aku berserah dan kepada-Nya aku kembali.


Petikan daripada buku “Fiqhul Ghina wal Muziki fi Dhuil Quran wa Sunnah”.oleh Dr Yusuf Qardhawi.

* Perkara ini tidaklah menghairankan kita kerana bagi Albani, Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi bukan Ahli Sunnah lagi sebagaimana dakwanya:

“Tidak benar jika dikatakan bahwa Ikhwanul Muslimin termasuk Ahlus Sunnah kerana mereka memerangi As-Sunnah.”

(Sumber: Kaset Fatwa Para Ulama sekitar Jemaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin, studio Minhajus Sunnah, Riyadh)



NOV 2006

Pengurusan Mayat dalam 'Fiqh Sunnah'

Tabah Menghadapi Cubaan

“Siapa yang akan beroleh limpahan kebaikan daripada Allah terlebih dahulu akan diberinya cubaan.”
(Buhari & Muslim)


Tiada satu musibahpun yang menimpa diri seseorang Muslim baik berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan kedukaan mahupun penyakit, bahkan kerana sepotong duri yang menyucuk anggotanya kecuali dihapuskan Allah kerana itu sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya."
(Bukhari & Muslim)


“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa kesakitan mulai daripada tusukan duri sehingga kepada yang lebih berat daripada itu kecuali dihapuskan Allah kerana itu keslahan-kesalahannya tak ubah seperti pohon yang menggugurkan kayu-kayu dan daun-daunnya.”
(Bukhari)



Fadhilat Menziarahi Orang sakit

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka akan terdengarlah seruan dari langit: Baik sekali perbuatan kamu, baik sekali kunjungan kamu, dan kamu telahpun menyediakan satu tempat tinggal di dalam syurga.”
(Muslim)


“Setiap Muslim yang menjenguk Muslim lainnya pada waktu pagi akan didoakan oleh 70,000 malaikat sampai ke petang, dan jika ia menziarahinya pada waktu petang, akan didoakan oleh 70,000 malaikat hingga ke waktu pagi, sedangkan di dalam syurga tersedia buah-buahan yang telah dipetik.”
(Turmizi)


Berubat Menggunakan Mentera & Tangkal

“Semasa jahilliyyah kami melakukan engubatan dengan mentera. Lalu kami tanyakan: Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda dalam hal ini? Jawab baginda: Cuba bawa kepadaku mentera tuan-tuan itu. Mentera tidak apa-apa jika tidak mengandungi kemusyrikan.”
(Muslim & Abu Daud)


“Jika salah seorang daripada kamu menagalami ketakutan di waktu tidur, hendaklah ia mengucapkan doa yang ertinya………….. maka syaitan itu takkan dapat menimpakan bencana kepadanya.”
Abdullah bin Amar ajarkan doa ini kepada anak-anaknya yang telah mengerti. (Anak-anak) yang kecil lagi, ditulisnya di kain lalu digantungnya di leher.”
(Abu Daud, An-Nasa’I, Turmizi & Al Hakim)


Doa dan Zikir di Sisi Mayat

“Jika kamu menjenguk orang yang sakit atau melawat orang yang meninggal, hendaklah kamu mengucapkan kata-kata yang baik kerana para malaikat akan turut mengaminkan apa-apa yang kamu ucapkan itu.”
(Muslim & Ahmad)


Hal-hal yang Sunat Ketika Ajal

  • Ajarkan Laailaahaillallah kepada yang tidak berdaya
  • Menghadapkannya ke arah kiblat dalam keadaan berbaring pada sisi badan yang kanan
  • Baca surah Yaasin
  • Tutup kedua matanya
  • Tutup dengan kain (boleh cium mayat)
  • Bayar hutangnya. Jika mati ada harta- kena bayar hutang. Mati tak ada harta tetapi memang berniat nak bayar- Allah akan bayar. Mati ada harta tapi waris tak bayar- Allah akan bayar.
  • Umumkan kematian seseorang kepada kaum kerabat, handai taulan dan orang-orang soleh.

Berkabung

Isteri boleh berkabung selama 3 hari kerana kematian kaum keluarga tetapi mesti dengan izin suami. Kalau suami meninggal dunia, tempoh berkabungnya ialah 4 bulan 10 hari.


Sediakan Makanan

Sunat sediakan makanan untuk keluarga si mati berdasarkan hadith:

“Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memberatkan mereka (akibat kematian Jaafar).:
(Abu Daud, Muslim & Turmizi)


Kita boleh sediakan kain kafan atau lubang kubur untuk diri kita sendiri. Boleh juga mewasiatkan agar kita ditanam di mana-mana.


Cara Mandi Mayat

  • Yang wajib- sampaikan air sekali ke seluruh badan
  • Hanya individu yang perlu saja hadir
  • Para pemandi hendaklah orang-orang yang terpercaya agar dapat sebarkan kebaikan mayat dan menutup keburukannya
  • Wajib niat
  • Tekan perut untuk keluarkan najis
  • Bersihkan kemaluan- mesti berlapik
  • Kemudian wudhukkan mayat
  • Kemudian mandikan 3 kali dengan air dan sabun atau dengan air bidara. Mulakan dengan bahagian kanan
  • Tak cukup 3 kali, jadikan 5 atau 7
  • Keringkan badannya dengan kain
  • Kenakan minyak wangi (usap dengan bilangan ganjil)
  • Makruh potong kuku, cabut rambut, kumis, bulu ketiak, bulu kemaluan walaupun sehelai dua. Namun Ibnu Hazmin membolehkan.
  • Jika keluar sesuatu daripada perut setelah mandi dan sebelum kafan, wajib cuci bahagian yang kena najis itu. Tak perlu ulang mandi mengikut Mazhab Hanafi, Syafie dan Maliki)

Hikmah campur air dengan kapur barus:

  • Baunya harum
  • Awet mayat
  • Usir binatang buas

Air ini boleh diganti dengan bahan lain yang fungsinya hampir sama.


Tayamum

  • Sekiranya tiada air
  • Jika kalau dimandikan, tubuhnya akan bertambah hancur/ terpisah-pisah
  • Jika yang meninggal itu wanita di kalangan lelaki, tiada wanita lain. Juga sebaliknya
  • Yang mentayamumkan wnaita itu muhrimnya- dengan tangan. Yang mentayamumkan wnaita itu lelaki asing- berlapik
  • Ikut Syafie, jika ada muhrim di kalangan lelaki, maka hendaklah dia memandikan mayat wanita itu.
  • Wanita boleh mandikan suami. Lelaki pula boleh mandikan isteri (pendapat jumhur)
  • Wanita boleh mandikan anak yang kecil.

Kafan

  • Kafan dengan apa sahaja walaupun sehelai kain- fardhu kifayah
  • Seboleh-bolehnya elok, bersih dan tutup semua dan berwara putih
  • Asapkan dengan kemenyan atau cendana 3 kali agar wangi
  • Lelaki 3 lapis, perempuan 5 lapis
  • Mengiktu Syafie- orang yang berihram dikafan dengan kain ihramnya, tidak diminyak wangi dan tidak ditutup kepala

Solat Jenazah

  • Fardhu kifayah
  • Suci daripada hadas
  • Jenazah lelaki, imam berdiri setentang dengan kepala. Jenazah wanita, imam berdiri setentang dengan pinggang
  • Bayi 4 bulan ke atas- kena mandi & solat

Syarat Solat Jenazah

  • Macam solat fardhu
  • Suci drpd hadas
  • Menghadap kiblat
  • Menutup aurat

Makruh dilakukan pada waktu-waktu terlarang solat.


Rukun-rukun Solat Jenazah

  • Niat
  • Berdiri- bagi yang mampu
  • 4 kali takbir
  • Baca al-Fatihah & selawat (secara senyap). Selawat sekadar “Allahummasaolliala Muhammad” sudah mencukupi. Yang baiknya seperti dalam tahayat akhir. Dibaca pada takbir yang kedua (walaupun tiada keterangan yang kuat menentukan tempatnya)
  • Doa, walaupun singkat. Ada pelbagai versi daripada Rasulullah. Dibaca lepas takbir ketiga (walaupun tiada penegasan)
  • Doa lepas takbir keempat- sunat
  • Beri salam- menurut jumhur fardhu.

Jenazah Syahid

  • Tak perlu solat- Syafie. Ulama lain berbeza pendapat- boleh solat da boleh tidak.
  • Boleh solat di makam walau berselang waktu
  • Boleh solat ghaib (contohnya apabila Raja Habsyi meninggal)
  • Boleh solat di amsjid
  • Wanita boleh solat jenazah secara sendirian atau berjemaah

Membawa Mayat

  • Disyariatkan hantar dan pikul
  • Disegerakan
  • Para pengiring berjalan di depan- jumhur. Berjalan di belakang- Hanafi. Sebenarnya mana-mana pun boleh.
  • Makruh berzikir atau membaca apa-apa dengan kuat. Elok diam sahaja.
  • Makruh mengiringi dengan api- kecuali waktu malam
  • Ketika mayat lalu, boleh berdiri dan boleh tidak. Kalau berdiri pun sebagai mengagungkan Allah yang mencabut nyawa

Tanam Mayat

  • Fardhu kifayah
  • Boleh dimakamkan pada waktu malam
  • Sunat mendalamkan kubur
  • Msukkan ke kubur, sunat kaki dulu
  • Sunat hadapka muka mayat kea rah kiblat
  • Sunat berdoa selepas ditanam

Talkin

  • Sunat- Syafie
  • Makruh- Hanbali

Binaan Kubur

  • Sunah tinggikan tanah sejengkal. Haram aklau lebih
  • Sunat kuburkan berdekatan ahli keluarga
  • Makruh adakan sembelihan di perkuburan
  • Haram duduk, berjalan atau bersandar pada kuburan kecuali terpaksa
  • Makruh buat tembok dan buat tulisan- Jumhur. Haram- Ibnu Hazmin. Haram kalau ayat Quran, nama boleh- Malik

Tilawah di Kuburan

  • Sunat bagi Syafie. Harus bagi Hanbali. Makruh bagi Malik. Makruh bagi Hanafi.

Bacaan:
FIQH SUNNAH oleh Syeikh Sayid Sabiq

Alexanderwathern 2005

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails