Monday, September 17, 2012

SJ - Hilang Kemanisan Berabdi


PERSOALAN YANG DIAJUKAN:
Seringkali saya rasakan kemanisan itu tidak sentiasa bersama saya. Sekarang saya rasa macam malas hendak beribadah, saya rasa sedih tentang hal ini. Saya rasa diri ini tak berdaya dan tak bermaya. Kadang-kadang saya terasa- adakah saya dengan mengikut jalan yang ditunjuki oleh syaitan. Lantaran kesalahan-kesalahan yang yang pernah saya lakukan, syaitan berlumba-lumba hendak melarikan saya jauh daripada Allah dan rahmat-Nya. Sara rasa berada dalam kelalaian. Apa yang patut saya buat? Saya rasa lemah untuk membaca al-Quran, lemah untuk mengerjakan solat pada awal waktu, lemah untuk mengerjakan solat-solat sunat, lemah untuk berzikir, dan untuk tempoh yang agak lama juga saya tak berjaya bangun malam berqiamullail. Apa kena dengan saya ni? Saya takut! Saya dalam masalah!


JAWAPAN
Beberapa tips:

1.       Boleh juga anda sikitkan ibadah tapi naikkan kualitinya, kerana hanya itu yang mampu anda buat pada masa sekarang. Jangan “target” banyak ibadah tapi “target” kualiti ibadah- biar sikit tak apa.

2.       Niat dan percakapan hati anda menentang segala kemalasan tu sebenarnya adalah ibadah- mendapat ganjaran dan kasih sayang Tuhan. Jangan sangka anda sekarang kurang ibadah dan ganjaran daripada Tuhan. Berfikir sesaat dalam agama kan lebih baik daripada ibadah puluhan tahun.

3.       Kalau anda sedang ditunjuki syaitan, anda tak akan berfikir macam fikiran di atas. Syaitan akan buatkan anda rasa ibadah anda sudah cukup dan sempurna. Bila anda rasa ibadah masih jauh daripada sempurna , itu salah satu tanda anda bukan sedang ditunjuki syaitan. Biasanya begitulah kata-kata alim ulama.

4.       Anda teruskan kehidupan dan cuba “enjoy” kehidupan anda tanpa perlu menanggalkan pegangan anda.

5.       Iman dan amal ada pasang surut, itu fitrah manusia biasa. Saya dan saudara-saudara anda yang lain dalam agama ini pun begitu juga, bukan anda seorang. Jangan biar kekusutan ini melemahkan/ melumpuhkan anda.

Begitulah beberapa tips drpd asaya seimbas lalu, semoga ada membantu anda walaupun sedikit.

Abu Zulfiqar

*Saya terjumpa kembali soal jawab ini dan menyiarkannya. Sebenarnya ia berlaku pada tahun 2005.

No comments: