Beri sehelai kertas kosong dan sebatang pen kepada anak
atau adik kita. Beri dia masa dua minit, minta dia tuliskan nama-nama artis
atau ahli sukan yang dia ingat. Cukup dua minit, semak senarai yang dia buat. Biasanya
penuh muka surat dan tak cukup waktu menulis. Begitulah keupayaan generasi muda
hari ini.
Beri sehelai kertas kosong dan sebatang pen kepada anak
atau adik kita. Beri dia masa dua minit, minta dia tuliskan nama-nama ulama
yang dia ingat. Cukup dua minit, semak senarai yang dia buat. Biasanya banyak
ruang kosong dan senarainya pendek. Tidak sampai setengah minit, dia sudah
tidak tahu apa yang hendak ditulis. Kadang-kadang nama ustaz ustazah yang bukan
ulama pun ditulisnya juga. Begitulah keupayaan generasi muda hari ini.
Ambil sehelai kertas kosong dan sebatang pen. Dalam masa
dua minit, KITA PULA cuba senaraikan nama-nama artis atau ahli sukan. Dapatkah
kita memenuhkan helaian kosong itu? Insya-Allah mudah sahaja. Begitulah
keupayaan generasi tua hari ini.
Kemudian… ambil sehelai kertas kosong dan sebatang pen.
Dalam masa dua minit, KITA PULA cuba senaraikan nama-nama ulama. Dapatkah kita
memenuhkan helaian kosong itu? Begitulah keupayaan generasi tua hari ini.
Dengan generasi tua dan generasi muda yang rata-ratanya
sebegini, kita sudah boleh mengagak keupayaan generasi umat Islam yang akan
datang. Adakah kita hendak membiarkan sahaja keadaan sebegini berterusan?
Perubahan bermula pada diri sendiri. Jangan hanya
berharap orang lain untuk berubah, melainkan kita sendirilah yang mesti berubah
terlebih dahulu. Dan … perubahan itu mestilah bermula dari sekarang!
Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment