Sunday, August 6, 2017

Carilah Ruang untuk Kenal Allah

Indahnya hidup bertasawuf.... Ada orang2 yang sekadar tahu Allah tetapi tidak kenal Allah. Dengan bertasawuf, kita tidak sekadar tahu dan kenal akan Dia, malah mencintai-Nya.
Orang minta kita sampaikan barang kepada Pak Udin. Kita tahu yang Pak Udin memang betul2 ada tetapi kita tidak kenal Pak Udin. Dapatkah kita sampaikan barang itu kepada Pak Udin? Mahu tak mahu kita kena bertanya kepada orang2 yang kenal Pak Udin. Orang2 inilah yang akan membawa kita kepada Pak Udin.
 
Begitulah halnya dengan orang2 yang tahu lagi yakin yang Allah memang ada tetapi mereka tidak mengenal Allah. Mereka kenalah bertanya (berguru) kepada orang2 yang sudah kenal akan Allah (guru2). Maka guru2 inilah yang akan membantu membawa mereka kepada Allah dan mengenali-Nya.

Ada guru2/pembimbing/naqib dsb yang membimbing kita begitu begini dalam hal2 berkhidmat untuk Allah, maka banyaklah perkhidmatan (ibadah dan kerja2 agama) kita kepada-Nya. Namun... sampai ke sudah kita tidak dikenalkanya dengan Allah. Jenis ini biasanya kerana mereka sendiri tidak mengenal Allah tetapi sekadar tahu Allah sahaja. Maka, bagaimana mereka mahu bawa kita untuk mengenal Allah?

Sekiranya kita sudah lama bertahun2 berjuang di dalam mana2 perkumpulan, jemaah, organisasi agama dsb yang benar tetapi tidak dibawa oleh perkumpulan, jemahah, organisasi dsb itu kepada mengenal Allah.... mestilah kita mencari. Mencari jalan2 mengenal Allah ini bukan bermaksud kita kena tinggalkan organisasi sedia ada, teruskan, sangat bagus, cuma kita hendak melengkapkan bahagian2 yang kurang.

Semua Rakaman Kuliah Kitab Ihya Masih Terpelihara

Setakat ini Allah pelihara kuliah2 kitab Ihya ‘Ulumuddin yang kita lalui. Salah satu caranya adalah melalui rakaman2nya sejak kuliah kali pertama sehinggalah kini kali ke-224, belum pernah terlepas atau terhilang walau satu kuliah. Semua masih boleh dilayari di Youtube.

Maksudnya Allah masih mahu memberi peluang kepada yang kurang/belum faham untuk mengulang2 dengar/tonton, yang terlepas mana2 kuliah boleh mendapatkannya semula, yang mahu mengajar boleh buat persediaan, dan yang belum pernah ikuti berpeluang mengikutinya sedari awal sehinggalah kini. Semua pelajaran dalam 7 tahun ini masih boleh didapatkan seluruhnya, asalkan yang utamanya kita sanggup sediakan masa.

Oleh kerana kitab Ihya’ ini merupakan induk dan ‘pakaian diri’ dalam Tariqat Ghazaliyyah, ringkas kata, kesemua kuliah itu tidak lain isi pelajaran Tariqat Ghazaliyyah itu sendiri. Di situlah terdapat pelajaran2, panduan2 dan petua2 dalam melayari tariqat ini. Selamat mengambil manafaat.
Alhamdulillah, syukur.

Semua rakaman kuliah kitab Ihya masih terpelihara, setakat ini. Moga2 berterusan.

Pertemuan Pengamal Kitab Ihya Ulumuddin dan Tariqah Ghazaliyyah


Alhamdulillah, syukur. Dengan izin-Nya Yang Maha Kuasa, pada 29 Julai 2017 yang lalu telah diadakan majlis ramah mesra para pengamal kitab Ihya' 'Ulumuddin & Tariqah Ghazaliyyah buat pertama kalinya. Yang belum pernah bertemu mata, dipertemukan oleh Allah pada hari tersebut. Dapatlah berkenal-kenalan.

Bertemu dan berpisah kerana Allah. Antara ikhwan yang hadir.

  
 Ada cream puff dan brownies.

Rendang hitam daging oleh Puan Asmah.

Ketupat daun palas oleh Puan Rohana dan Puan Asmah.

Ayam rendang masak merah oleh Puan Suzana,


 Bihun sup ayam oleh Puan Suzana.

Durian pun ada.

 Ruang solat berjemaah untuk muslimin. Untuk muslimat tertutup dengan screen divider.

Lemang dan rendang oleh Pak Teh Ayop. Dua jam bakar sendiri, siap.

 Selepas solat berjemaah, bersedia untuk berukhwah sambil menjamu selera.

 Sufi kecil.

Ribuan terima kasih juga kepada Tuan Hidir yang menyediakan nasi impit dan kuah kacang. Resepi bonda. Juga Tuan Ayoi yang menyediakan bihun goreng sedap.

 Demo kopek durian tak pakai parang, pakai tangan kosong je (sebab ada buah yang dah merekah hehe).

 Buka durian pun pakai zikir khusus jugak ke akhi?

 Sesi khidmat bekam pun ada juga. Ribuan terima kasih kepada ikhwah Pahang.

Antara muslimin yang berkesempatan hadir. Lewat ambil gambar, dah ada yang pulang.

Selain sesi bekam, cadangnya nak dibuat sesi memanah tapi ditangguhkan kerana ketiadaan ruang dan kesuntukan masa. Insya-Allah dalam pertemuan akan datang.

Kali pertama hendak dikumpulkan ikhwan Al-Ghazaliyyah dari serata tanah air memang tidak mudah. Tambahan pula umumnya antara sesama ikhwan pun tidak saling mengenali. Ramai yang tidak berpeluang hadir. Insya-Allah lain kali kita usaha tarik keluar semua yang sudah puluhan tahun menyepikan diri dari serata ceruk rantau. Doa-doakan.

Segala kekurangan dan salah silap, ampun maaf dipinta.

Tuesday, July 25, 2017

Pertemuan Ahli2 Ihya Ulumudidn dan Tariqah Al-Ghazaliyyah



Insya-Allah pada 29 Julai 2017 (Sabtu) ini akan diadakan buat pertama kalinya majlis pertemuan (perhimpunan ramah mesra) ahli2 kitab Ihya’ ‘Ulumuddin & Tariqah Al-Ghazaliyyah dari serata tanah air di rumah beralamat no. 6, Taman Pinggiran Indah, Sg Nyior, Trong, Perak. Kehadiran tidaklah dimestikan. Ikhwan yang ada kelapangan dan kemampuan pada tarikh dan waktu berkenaan sangatlah dialu-alukan untuk hadir. Semoga dimudahkan Allah segala urusan kita.

*ATUR CARA MAJLIS
- Solat Maghrib.
- Sesi ta’ruf.
- Jamuan makan.
- Solat Isya’
- Jamuan diteruskan & sembang2 kitab Ihya’ ‘Ulumuddin & Tariqah Al-Ghazaliyyah.
- Bersurai.

Cintai Allah, cintai Kitabullah.
Cintai Rasulullah, cintai As-Sunnah.
Cintai diri, cintai ummah.
Cintai ibadah, cintai dakwah.

- Abu Zulfiqar 012-5394892

Monday, July 3, 2017

Inti Kuliah Kitab Ihya Ulumuddin kali ke-221

Alhamdulillah - segala puji-pujian bagi Allah.
Semua pujian yang ada pada hakikatnya adalah untuk Allah, kena pada Allah, tidak kena langsung kepada makhluk.

Yang cantik = Allah
Yang indah = Allah
Yang pemurah = Allah
Yang gagah = Allah
Yang adil = Allah
Yang menawan = Allah
Yang baik budi = Allah
Yang hebat = Alah
Yang berjasa = Allah

dan puji-pujian yang lain, semuanya bagi Allah sahaja.

Pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin kita sudah masuk tahun ke-7, kali yang ke-221.
Sekarang kita syarahkan Kitab Zuhud untuk kali yang ke-18.

Kita bersyukur kerana pada malam bulan Syawal yang mulia ini kita masih dipilih oleh Allah SWT untuk sama-sama memerihakan salah satu daripada taman syurganya di muka bumi Allah ini, bertemu dan berpisah kerana Allah semata-mata. Dalam pelajaran yang lepas, kita sudah memahami betapa besarnya kelebihan bertemu dan berpisah kerana Allah.

Kita bertemu sebegini bukan kerana kita berada dalam satu jemaah agama (ada yang berjemaah dan ada yang tidka menyertai apa-apa jemaah) , bukan kerana kita punya hobi yang sama (hobi kita umumnya lain-lain), bukan kerana kita tinggal sekampung (antara kita datang dari tempat yang berbeza), bukan kerana umur kita sebaya (ada yang berusia dan ada yang muda), bukan kerana sama tempat kerja, bukan kerana kita berada dalam satu parti politik, bukan kerana kita ada hubungan kekeluargaan dan sebagainya, tetapi betul-betul kita bertemu duduk sekali hanya kerana Allah.

Kita baru habis bulan Ramadhan, maka bolehlah kita nilai diri kita masing-masing.
- Masih banyakkah solat-solat sunat kita? Atau masih ADAKAH solat-solat sunat kita?
- Masih banyakkah bacaan Al-Quran kita? Atau masih ADAKAH bacaan Al-Quran kita?

Ramai orang sasarkan untuk baca habis 30 juzuk tetapi langsung tidak membaca terjemahannya. Alangkah lebih baiknya jika kita dapat kurangkan bacaan tetapi kita baca sama terjemahannya. Insya-Allah lebih bermanfaat.



Apabila kita ikut adab-adab maka kita mendapat berkat, ilmu yang kita dapat itu jadi bermanafaat dan memudahkan berlakunya perubahan positif kepada diri.

Antara adab2 pelajar agama menurut Imam Al-Ghazali - Hendaklah berusaha membersihkan hati kerana ilmu agama itu barang yang bersih suci, yang tidak dapat bertempat pada hati yang banyak kotoran.

Antara adab2 pelajar agama menurut Imam Al-Ghazali - Mestilah sanggup berkorban untuk menyediakan ruang masa menuntut ilmu2 agama. Masa untuk belajar ini tidak akan wujud jika kita sendiri tidak berusaha untuk melapangkan waktu untuknya.

Antara adab2 pelajar agama menurut Imam Al-Ghazali - Janganlah kita menyombong diri dengan ilmu yang kita ada dan jangan dengan sengaja menentang guru-guru kita. Antara perlakuan sombong adalah sikap hanya mahu belajar dengan orang-orang yang terkenal sahaja seperti orang-orang yang selalu masuk tv, bertaraf selebriti, ornang yang ada banyak pengikut dan peminat, orang yang ada jawatan dan kedudukan, dan seumpamanya.

Antara adab2 pelajar agama menurut Imam Al-Ghazali - Murid mestilah faham bahawa ilmu yang paling mulia dan paling tinggi ialah ilmu tentang Allah dan yang bersangkutan dengannya. Banyak lagi ilmu2 yang mulia seperti ilmu tentang organ2 dalam tubuh (perubatan), pesawat, kenderaan, nuklear, ekonomi, masak-memasak, ilmu berkeluarga dan lain2 tetapi yang paling mulia tetaplah ilmu tentang Allah.





Monday, June 19, 2017

Tanda2 Seseorang Itu mencintai Allah

Pertama : Orang yang mencintai Allah tentunya cinta untuk bertemu dengan Allah setelah masuk ke jannah nanti. Untuk bertemu dengan Kekasih, mestilah melalui kematian. Oleh itu, pecinta mestilah orang yang tidak membenci mati.

“Sesiapa yang mencintai untuk bertemu dengan Allah, nescaya Allah juga cinta untuk bertemu dengannya.” (Bukhari, Muslim)

Kedua : Membanyakkan sujud (banyak melakukan solat-solat sunat).

Sebahagian salaf berkata : “Tidak ada suatu perkara pun yang lebih dicintai oleh Allah pada hamba sesudah cinta untuk bertemu dengan Allah,selain daripada banyak sujud.”

Ketiga : Sanggup berperang pada jalan Allah dengan perancangan yang bagus.

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang pada jalan Allah dalam barisan perang yang teratur.” (As-Saf : 4)

Keempat : Mencintai mati.

Sufyan ath-Tahuri dan Bisyr al-Hafi mengatakan : “Tidak benci kepada mati kecuali orang yang ragu.”

Benci mati berlaku kerana kuatnya cinta kepada dunia.

Ahli-ahli sufi meminta dipanjangkan umur bukan kerana mereka membenci mati, tetapi kerana mahu mempertingkatkan maqam masing-masing sebagai persediaan terbaik sebelum bertemu dengan Allah.

Kelima : Mengutamakan apa yang disukai oleh Allah berbanding apa yang disukai oleh diri sendiri.

Maksudnya hatinya memang suka untuk mentaati perintah-perintah Allah dan suka untuk menjauhi segala larangan Allah. Orang yang bercinta sudah tentu akn mendahulukan kemahuan kekasihnya berbanding kemahuan dirinya sendiri.

Keenam : Mencintai zikrullah. Sangat suka ingat akan Allah. Banyak ingat akan Allah.

Ketujuh : Mencintai Al-Quran.

Kata Sahl : “Tanda mencintai Allah ialah mencintai Al-Quran. Tanda mencintai Al-Quran ialah mencintai Nabi saw. Tanda mencintai Nabi ialah mencintai sunnah.”

Kelapan : Mencintai Nabi saw.

Firman Allah : “Katakan : Jika benr kamu mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya kamu akan dicintai oleh Allah.” (Ali ‘Imran : 31)

Kesembilan : Suka bersenang-senang dengan khilwah dan munajah.

Maksudnya suka memperuntukkan masa tertentu untuk bersendirian lalu bermesra-mesraan dengan Kekasihnya yakni Allah swt, lebih-lebih lagi pada malam hari.

Firman Allah Taala : “Orang-orang yang beriman itu, hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah, dengan mengingati Allah, tenteramlah hati.” (Ar-Ra’d : 28)

Kesepuluh : Tertanam dalam jiwanya bahawa terlepas selain Allah tidak mengapa lagi, asalkan jangan terlepas akan Allah.

Kesebelas : Berasa sedap dan lazat untuk taat kepada perintah-perintah Allah.

Kedua belas : Mengasihi segala makhluk Allah tetapi bertegas terhadap musuh-musuh Allah.

“Bersikap tegas terhadap orang-orang yang tidak beriman, (dan) bersikap kasih sayang antara sesama mereka.” (Al-Fath : 29)

Ketiga belas : Ada perasaan takut (risau, bimbang, khuatir), iaitu takut terlepas Allah, takut terjauh daripada Allah, takut cinta menjadi lemah, takut terubah hati dan sebagainya. Apabila ada takut, maka adalah juga harap akan hal-hal itu.

- Intipati kitab induk Ihya' 'Ulumuddin : Kitab Cinta Allah

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails