Dalam mengambil zikir harian Imam Al-Ghazali sebagai amalan, saya pernah ketemu orang-orang (di luar dan dalam internet) yang berbeza pandangan tentang KEBENARAN MENGAMALKANNYA. Berikut saya kelaskan pandangan-pandangan mereka kepada beberapa kelompok :
KELOMPOK 1
WAJIB mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali. Jika tidak, TIDAK BOLEH diamalkan sama sekali.
KELOMPOK 2
MESTI mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali. Jika tidak, TIDAK/KURANG ELOK untuk diamalkan.
KELOMPOK 3
MEMANG ELOK mengamalkannya, tetapi jika mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali, adalah LEBIH BAIK. Tidak ambil, tidak mengapa.
KELOMPOK 4
BOLEH saja mengamalkannya, tetapi jika mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali, adalah LEBIH BAIK. Tidak ambil, tidak mengapa.
KELOMPOK 5
TIDAK PERLU mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali. Ambil tak ambil, sama sahaja. Kalau mahu ambil juga, TIDAK MENGAPA.
KELOMPOK 6
JANGAN mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali. Hendak amal, amal terus. Tidak perlu bersanad-sanad.
Mungkin ada kelas-kelas yang lain tetapi tidaklah saya berniat untuk memperincikannya lagi. Kelompok ke-2, 3 dan 4 adalah yang paling ramai
Berdasarkan pengkelasan di atas, saya memilih untuk berada dalam KELOMPOK KE-3.
WaAllahua’lam.
Abu Zulfiqar
4 MAC 2012
1 comment:
makasih infonya sangat membantyuwww.rf3beauty.com
Post a Comment