Wednesday, May 18, 2011

Ke Muzium Beruas, Istana Kellie & RFC Ipoh



Pada mulanya kami singgah di Muzium Beruas. Muzium ini kecil sahaja. Adalah serba-sedikit maklumat tentang Kerajaan Gangga Negara dan sekitarnya.

Jalan utama pekan Beruas. Pekannya pun kecil sahaja. Di sini buat pertama kali saya terpikat dengan air kelapa pandan. Punyalah sedap meminumnya.

Kellie's Castle/ Istana Kellie ini terletak di Batu Gajah, Perak. Gambar ini diambil dari tempat letak kereta. Di seberang sungai, di atas bukit... memang sesuai untuk lokasi sebuah istana (walaupun sebenarnya Kellie's Castle ini ialah sebuah rumah besar, bukannya istana). Untuk ke sana kita kena menyeberangi sungai... melalui jambatan. Jom!


Pemilik asal rumah ini iaitu Mr. William Kellie Smith ialah seorang jutawan (saya kira ketika itu dia bertaraf billionaire) getah dan timah dari Scotland. Dia pernah ke India dan tertarik dengan senibina India. Oleh itu dia membawa tukang dan bahan binaan dari Madras, India untuk membina 'istana' ala Moghul idamannya di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1910.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, bilik bawah tanah dan dua lorong rahsia. Cerita tentang rumah ini pernah disiarkan oleh akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House (nama lain bagi bangunan ini) merupakan bangunan yang paling unik di Timur Jauh.

Bangunan suku siap ini berada di belakang bangunan utama Istana Kellie.

Pemandangan dari sisi rumah besar ini. Cantik kan?

Pintu masuk ke Kellie's Castle. Apakah ini pintu masuk asalnya? Mungkin ini pintu sisi. Bahagian sebelah kanan itu ada ruang untuk lif, lif yang pertama di Tanah Melayu.

Kebetulan Silat Serimau Hitam (asalnya Selima Hitam, iaitu nama sejenis baju tetapi digarangkan bunyinya menjadi 'serimau') sedang 'shooting' di sini. Kelihatan juga beberapa orang pesilat mat salleh (tak pasti sama ada dari perguruan yang sama ataupun lain), antaranya ada yang memakai t'shirt bertulis 'Guru'.

Pemandangan dari salah sebuah bilik di tingkat pertama. kelihatan Sungai Kinta dan jambatan masuk ke kawasan istana. Istana ini dibina di kawasan yang strategik lagi cantik.

Bumbung-bumbung istana ini mendatar dan tidak bertebing/ bertembok. Silap-silap bergurau boleh jatuh ke bawah. Bumbung di sebelah kanan (kelihatan lelaki berbaju belang biru di atasnya) hendak dibuat gelanggang tennis. Malangnya bangunan ini tidak sempat disiapkan kerana pemiliknya meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada tahun 1926. Bumbung tertinggi tu pula memang tinggi dan berangin. Bergoyang kaki saya di tempat-tempat yang tinggi, kerana gayat : )

Subhanallah.... pemandangan yang sangat indah.
Bayangkan diri anda sebagai salah seorang ahli pasukan memanah di atas ini, sementara di bawah sana ribuan askar musuh sedang mara ke dinding kota.

Kumpulan silat sedang merakamkan demo berkerambit di tepi istana

Akhirnya singgah menjamu selera di Radix Fried Chicken (RFC) Ipoh. Halal, organik, peratusan wang mengalir ke poket Islam sangat tinggi : )

2 comments:

Lasqarpelangi said...

Assalamualaikum ustaz RFC tu dah tutup ..sedih jugak

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Wlksm Lasqar Pelangi. Tiga minggu lepas saya dan keluarga ada pergi ke situ. Buka. Agaknya baru dibuka kembali.

Tapi banyak barang tak ada. Air pun hanya ada 2 piihan... mangga atau jambu batu merah. Air berkarbonat langsung tak ada. Menu pun banyak yang tak ada.

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails