Sunday, December 18, 2011

Tazkirah Facebook 6 (Sabtu 17.12.11)

Umumnya manusia jenis yang pelupa, termasuklah saya. Suatu hari saya mencari-cari cermin mata saya di dalam bilik tidur. Puas saya cari tapi tidak terjumpa juga. Akhirnya saya berhenti rehat dengan duduk di tepi katil.

Saya mendongak memandang ke cermin almari di hadapan saya, saya tertawa seorang diri. Kenapa ya? Rupa-rupanya cermin mata itu sudah sedia saya pakai, dan saya sedang memandang melaluinya sekarang.

Bagaimanalah saya saya boleh terlupa sehingga tidak dapat membezakan antara penglihatan kabur dengan penglihatan cerah...? Itu satu contoh betapa pelupanya manusia.

Atas dasar itulah maka manusia perlu sering memperingat dan diperingat, lebih-lebih lagi dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan hidupnya yang selama-lamanya... yang bakal didudukinya di akhirat nanti.

Di sinilah berperanannya tazkirah, sebagaimana yang sedang anda baca sekarang.

Jumpa lagi esok, insyaAllah.

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails