Ilmu-ilmu agama Islam ini begitu
banyak juzuk-juzuknya. Berusahalah untuk menyeimbangkan input ilmu-ilmu ini ke
dalam diri, kerana ia akan membentuk jiwa dan pemikiran. Jangan mudah
berasa senang hati dengan juzuk-juzuk ilmu agama Islam yang sudah atau sedang
dikuasai, banyak lagi yang mesti diterokai.
Jauh bezanya antara hukuman yang
datang dari seorang yang berpengetahuan dalam pelbagai juzuk ilmu agama,
berbanding hukuman orang yang menguasai 1-2 juzuk sahaja lalu berhukum
dengannya.
Seimbangkan input ilmu-ilmu agama
ke dalam diri kita mulai hari ini.
No comments:
Post a Comment