Katakanlah……. suatu hari planet bumi bakal musnah. Semua
penghuni bumi mesti menaiki kapal angkasa berhijrah ke planet lain. Oleh kerana
ruang pesawat sangat terhad, semua orang mesti pergi dengan sehelai
sepinggang dan membawa kad pengenalan sahaja, tidak boleh membawa
suatu apa pun selain itu hatta sehelai kertas atau sebatang pen sekalipun pun.
Setelah semua penduduk bumi tiba di planet itu dan bumi
musnah, rasa-rasanya kitab suci agama manakah yang akan keluar (ditulis semula
selengkapnya) terlebih dahulu?
Veda? Bible? Talmud? Avesta? La Goligo? Tao Te Ching?
Tripitaka? Lain-lain?
Percayalah, kitab suci Al-Quranlah yang pertama keluar
semula, bahkan mungkin satu-satunya kitab suci yang terselamat? Mengapa? Kerana
ada ramai umat Islam yang menghafaz keseluruhan isi kitab itu. Yang
menghafalnya secara terpisah-pisah (dalam jumlah yang banyak) lagi ramai. Dalam
masa yang singkat sahaja ia boleh ditulis semula secara keseluruhannya di
planet baru itu.
Kitab-kitab besar agama lain? Ringkas kata, tidak ada
manusia yang menghafalnya keseluruhannya. Secara terpisah-pisah dalam jumlah
yang banyak pun tidak ada. Jika usaha dilakukan untuk mengumpul dan mencetaknya
semula, pasti akan banyak lompong-lompong yang akan lompong buat
selama-lamanya.
Inilah salah satu kelebihan Al-Quran. Kita mestilah rasa
bertuah memilikinya. Kita mestilah selalu membuka, memandang, membaca dan
berfikir tentangnya. Kita sudah membuka, memandang, membaca dan berfikir
tentangnya hari ini? Jika belum lagi, berniatlah untuk melakukannya : )
No comments:
Post a Comment