PERSOALAN :
Assalam Ustaz. Nak tanya, ada pandangan yang mengatakan
ustazah yang keluar tv pakai lawa-lawa (itu sebenarnya) berniat untukmenarik
wanita lain (yang belum menutup aurat dengan sempurna, yang belum bertudung
agar) memakai tudung… (supaya nampak ) tidak memberat-beratkan (sangat tentang
bertudung) di zaman ini (kerana kalau
memberat-beratkan, dikhuatiri tidak akan membuka hati mereka yang belum
bertudung agar bertudung). Sefaham saya yang tiada ilmu ini, ia adalah
tabarruj. Mohon ustaz beri pandangan yang tepat. Saya memang kurang arif.
Terima kasih. Wassalam.
JAWAPAN :
Wlksm Mencari Cahaya. Maaf lewat membalas. Tentang isu
ustazah di televisyen tu, saya juga punya pegangan yang sama, iaitu mereka sebenarnya
bertabarruj. Bukannya mereka dapat menarik orang lain untuk bertudung, tetapi
orang yang sudah bertudung sempurna pulak yang akan terikut-ikut fesyen dan
penampilan para ustazah itu. Alasan mereka.... "Alah.. ustazah terkenal
pun pakai gini gini gini, tentu kita pun boleh." Banyak mudarat berbanding
manfaat.
Abu Zulfiqar
3 OGOS 2012
No comments:
Post a Comment